TOK AYAH SAKIT  

Posted by: ~princess Islam~ in

Salam..Minggu ini merupakan minggu kesukaran dan menyedihkan buat kami sekeluarga..apabila 'tok ayah'ku, Haji Ismail bin Ibrahim, jatuh sakit pada hari Isnin yang lepas..Amat mengejutkan kami, apabila tok ayah sakit secara tiba2 dalam keadaan elok..Mase tu aku ada kat umah tok ayah, dalam kul 6.30 petang..Kesedihan tidak dapat disembunyikan LAGI apabila melihat keadaan tok ayah..Ye lah,risau aku melihat keadaannya..tak pernah tok ayah kena penyakit seteruk tu..Dalam keadaan tersebut, mak aku bersama nenek saudara n pak sedara aku bergegas membawanya ke hospital Usm..Doktor kata tok ayah kena strok kesan drpd penyakit darah tingginya..Sekarang, dia dirawat di HUSM..Pada hari ini, mak aku cakap ada perkembangan positif apabila dia dah sedar dan sudah ada respon daripada pertanyaan yang diajukan..Alhamdulillah..


Harap sahabat semua sama2 mendoakan 'tok ayah' saya kembali sembuh dan diberi kesihatan yang baik..Ameen..

This entry was posted on 9:16 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

InsyaAllah...doa byk2 ea...
i'll pray for him too...

Post a Comment