::.Memburu Lailatul Qadar.::  

Posted by: ~princess Islam~ in



Daripada Anas r.a, berkata,"Telah masuk bulan Ramadhan,lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadana maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia benar2 rugi.."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Daripada hadis di atas, memang tidak dinafikan orang yang 'terlepas' dari malam al-qadar ialah mereka yang rugi..Pada hakikatnya, mereka telah memusnahkan nikmat besar itu dengan tangannya sendiri..Malam yang menjanjikan balasan 1000 bulan, 80 tahun beribadat..Kita sendiri pun tidak yakin dapat hidup selama 80 tahun..Inilah peluang dan kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w..

Jikalau kita perhatikan, rata2 dalam masyarakat sekarang, meninggal dalam keadaan usia yang muda..Namun, cuma sekelumit yang mampu hidup dalam usia menjangkau 80 tahun..Usia tidak boleh dijangka oleh minda manusia..Semuanya dalam rahsia Allah s.w.t..Itulah umat Nabi Muhammad,usia semakin pendek namun Allah telah memberi bonus yang lumayan yang tidak pernah dirasai oleh umat terdahulu..Terpulang kepada diri kita untuk merebutnya atau membiarkan ia berlalu begitu sahaja..Di kesempatan ini jualah kita berpeluang untuk membersihkan diri kita daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan..

Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. telah bersanda,"Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab(berniat untuk mendapatkan ganjaran), akan diampunkan dosanya yang terdahulu..
(HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Hazrat Anas r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila tiba lailatul qadar, turunlah Jibril bersama satu kumpulan malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah dan apabila tiba hari Raya, iaitu Aidil Fitri, maka Allah akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya.

Dia berfirman,"Wahai malaikatKu!Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjaNya?"

Mereka berkata," Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya."

Allah berkata lagi," Wahai malaikatKu, hamba2Ku lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan perintahKu ke atas mereka, kemudia mereka keluar sambil melaungkan doa, demi kemuliaan dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu, dan demi kedudukanKu pasti Aku menerima doa2 mereka."

Kemudian Allah berfirman," Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan."

Nabi bersabda,"Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun."

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian..Jangan biarkan kita menjadi manusia yang rugi dek kelalaian kita mensia-siakan nikmat yang Allah beri ini..Ku mendoakan semoga doa yang selalu kita doakan..

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah! berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka..
~al-Baqarah : 201~

InsyaAllah, akan dimakbulkan Allah..Sesungguhnya, kita mengharapkan pelepasan dari api neraka dan kebaikan di dunia dan akhirat..Juga perbanyakkan juga doa ini, doa yang disebut Rasulullah kepada isterinya,Aishah, ketika ditanya doa apa yang perlu diperkatakan di malam al-qadar..
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

"Ya Allah, sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berilah daku keampunan.."

Wallahua'lam..


This entry was posted on 6:11 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

salam...

sue....

slamat ari raye maaf zahir batin..

insyaAllah jupo rayo ni deh...

jmput rayo dumoh, sue deh..

kem sale ko nadira deh..=)

Post a Comment