Hikmah Israk Mikraj : dorong umat tingkat takwa  

Posted by: ~princess Islam~ in

Oleh : Dr Juanda Jaya


“MAHA suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA ( Nabi Muhammad saw ) pada suatu malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat” ( maksud ayat 1, surah al-Isra’

Salah satu fakta menggambarkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW adalah peristiwa Israk dan Mikraj yang sentiasa diingati setiap Rejab. Walaupun ada beberapa pandangan berbeza menentukan tarikh sebenar peristiwa itu seperti dilaporkan kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan al-Mubarakfuri.


Hal itu tidak menjejaskan hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj sebagai panduan bagi mereka yang berjalan di atas jalan dakwah.

1) Menilai semula hubungan dengan Allah.

Pendakwah bertugas membekalkan iman kepada masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya mesti memiliki bekal yang cukup untuk dirinya sendiri. Seorang doktor bertugas mengubat penyakit masyarakat diharapkan memiliki jasad sihat dan mental positif sebelum terjun ke medan berat.

Melalui perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu sebagai ikatan kukuh antara hamba dengan Penciptanya, sesungguhnya ia memberi gambaran kepentingan ibadah ini.

Umar bin al-Khattab pernah mengirimkan arahan kepada panglima perangnya, Saad bin Abi Waqqash dalam peperangan al-Qadisiyah, katanya: "Wahai Saad, takutlah kamu kepada Allah dengan urusan solat pasukanmu. Kerana sesungguhnya bukanlah kekalahan yang aku khuatirkan melainkan hanya apabila kalian meninggalkan solat, kekalahan akan terjadi apabila solat ditinggalkan. Jika kalian meninggalkan solat maka akan cenderunglah zina, riba, khamar, ingkar kepada Allah dan akhirnya terkeluar daripada agama."

Jika Umar, Saad dan sahabat yang berada di al-Qadisiyah begitu prihatin dengan ibadat solat mereka, mengapa pula kita yang daif, lemah lagi hina dibandingkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda risau dengan ibadah solat kita?

Ketika memperingati peristiwa naiknya Rasulullah SAW menghadap Allah, sememangnya ilmu dan penghayatan kita akan terus bertambah dalam menjalankan ibadat solat kerana kita sentiasa menambah baik maklumat sedia ada dengan maklumat baru dalam al-Quran dan hadis.

Dengan ilmu mengenai solat maka jalan mengenal Allah sudah kita fahami dan seterusnya hubungan ini akan sentiasa erat dan akrab. Akhirnya, ujian apapun yang menghadang di setiap simpang jalan dakwah tidak dirasai terlalu berat kerana hati sentiasa menikmati kemanisan berdekatan dengan Allah.

2) Allah mengganti musibah dengan anugerah bagi sesiapa yang reda.

Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW adalah musafir terbaik pernah dialami Baginda. Ia ibarat hadiah bernilai yang bermatlamatkan menghapus kesedihan demi kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah.

Bukan hanya itu, tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif kepada Rasulullah SAW dan Zaid bin Harithah menjadi ujian terhebat yang menumpahkan darah Nabi SAW sehingga kasut Baginda dibasahi darah.

Kemudian berlanjutan ujian dan musibah ke atas diri Rasulullah SAW seperti dilaporkan Imam Al-Bukhari dalam hadisnya: "Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, pernahkah engkau melalui suatu hari yang lebih dahsyat daripada peperangan Uhud? Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah mengalami daripada kaummu apa yang pernah aku alami dan yang paling dahsyat ialah ketika di al-'Aqabah iaitu ketika aku menawarkan diriku kepada Ibn Abdu Yalail bin Abdu Kallal. Dia tidak menyahut ajakanku dan aku beredar dengan penuh kesedihan.

Sedar-sedar aku sudah berada di Qarn Al-Tha'alib. Kemudian aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku melihat segumpal awan menaungiku. Aku perhatikan lagi, tiba-tiba aku melihat Jibril dan dia menyeruku: Sesungguhnya Allah mendengar kata-kata kaummu dan tindak balas mereka ke atasmu.

Allah mengarahkan malaikat bukit supaya engkau suruh dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka. Lalu malaikat bukit itu menyeruku dan memberi salam kepadaku seraya berkata: Wahai Muhammad, apa yang kamu mahu, kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka al-Akhsyabain (dua bukit di Makkah) nescaya aku lakukan. Nabi SAW bersabda: Sedangkan aku mengharap supaya Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang yang akan menyembah Allah semata-mata, tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu."

Daripada peristiwa ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa setiap ujian yang Allah bebankan kepada kita pasti akan diganti dengan penghormatan serta kemuliaan. Hanya saja kita tidak tahu bilakah kenikmatan itu akan diberi, apakah di syurga atau di dunia.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah, ayat 214)


3) Bebaskan Palestin, bumi umat yang bertakwa.

Ketika Israk, Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman. Hal ini jelas ditegaskan dalam surah Al-Israk.

PENDERITAAN rakyat Palestin terhadap keganasan tentera Israel perlu dihapus dan umat Islam perlu membebaskan bumi al-Aqsa dari kekejaman tentera Zionis.


Mengapa Allah hanya menyebut kisah perjalanan Rasulullah dalam satu ayat saja dan selebihnya kisah kejahatan bani Israil? Jelas mesej dibawa surah ini, bahawa hanya umat beriman kepada Allah, al-Quran dan Rasulullah SAW, berbuat kebaikan di muka bumi saja berhak memimpin manusia. Tidak kira suku, bangsa dan bahasanya, kerana kemuliaan manusia terletak pada takwanya.

.::INTI PATI::.

  • Peristiwa Israk Mikraj perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu serta kepentingannya kepada setiap umat.

  • Perjalanan dalam Israk Mikraj menghapus kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah serta tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif.

  • Dalam Israk Mikraj Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman.

  • ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Program sempena Isra' Mikraj IPGM Kampus Tuanku Bainun

    Isnin (20/07/09) ~ Pelancaran sambutan Isra' Mikraj
    Rabu (22/07/09) ~ Kembara Isra' Mikraj
    Khamis (23/07/09) ~ Ifthar Jama'ie dan Ceramah Isra' Mikraj yang akan disampaikan oleh alFadhil alUstaz Zakaria (adik Mufti Penang)

    Antara pertandingan yang dianjurkan :

    1) Pertandingan kaligrafi seni khat
    2) Pertandingan teka silang kata
    3) Pertandingan mencipta logo BKS

    Semoga program berlangsung dengan lancar! Mari sama-sama mengimarahkan program isra' Mikraj ini!


    Zainab al-Ghazali al-Jubaili  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    Tajuk buku : Hari-hari Dalam Hidupku
    Penulis :
    Zainab al-Ghazali al-Jubaili


    SINOPSIS

    Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Beliau adalah ketua jamaah muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.

    Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Naseer, puluhan ribu, malah ratusan ribuanggota Ikwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab al-Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan..

    Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan katasnya. Tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Naseer telah mengarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.

    " Atas perintah Jamal Abdul Naseer, Presiden Republik Mesir, Zainab al-Ghazali al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki."

    Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing2 yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus, dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah mengahadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah : " Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baikPelindung.."

    Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan kepada pertolongan Allah menghadapi segala bentuk penyeksaan menjadikan beliau qudwah kepada generasi pejuang kebenaran sehingga hari Kiamat..

    *p/s:best buku nie!!buku dah lama kuar tapi aku baru baca..amat menyayat hati,menusuk kalbu,menyedarkan para pembaca tentang besarnya peranan para pejuang di jalan Allah..kepada para pejuang,jgn lepaskan peluang membaca buku ni..semoga dengan pembacaan kalian,dapat menyuburkan semangat kalian untuk terus berjuang menegakkan panji-panji Islam..insyaAllah..

    Renung-renungkanlah.....

    Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 139-140 yang bermaksud :

    "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (oada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada Perang Badar) mendapat luak yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran) dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang zalim."

    To : Sahabat2 Blogger..  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    boleh tekan image di atas untuk ke group blogger semekam

    Assalamu'alaikum wbt..Alhamdulillah..nampaknya semakin ramai blogger dari semekam..semoga dengan kemajuan teknologi yang kita kecapi hari ini dapat dimanfaatkan sebaiknya..Tahniah kpda Kak Ayu yang mewujudkan 'Blogger Semekam' dlm web melorian untuk sama2 berkongsi pendapat,perkongsian hidup, dan pandangan..

    Namun, apa yang perlu kita fikirkan adakah blog kita itu memberi manfaat untuk diri kita atau orang lain..Mula2 nak buat blog,terfikir juga, apa yang aku nak masukkan dalam blog?Namun, bila memikirkan ada juga faedah dengan posting2 yang memberi manfaat sedikit sebanyak, aku tidak akan melepaskan peluang ini..

    Lagipun, dakwah fardhiah melalui penulisan ini mesti teruskan untuk mempelbagaikan penyampaian mesej dakwah selain menggunakan lisan..Lagipun, sesetengah orang tidak boleh terima dengan dakwah lisan kita, tapi terbuka hati untuk membaca entry2 yang bermanfaat..

    Alangkah eloknya jika kita dapat memanfaatkan masa kita berblog dengan entry-entry yang mempunyai pengajaran,berbanding membazir masa lapang dengan entry tanpa mesej pengajaran yang jelas..Sahabat~sahabatku,teruskan dakwah anda melalui penulisan yang bermanfaat..semoga istiqamah..

    Saya berdoa agar ruang yang diwujudkan ini menjadi penambah peluang untuk meraih rahmat dan redha Allah swt dan tidak menjadi beban kita di akhirat kelak..

    GAMBAR, BLOG DAN FRIENDSTER

    (ni saya petik dari blog Ust Zaharuddin)

    "ana rasa anta patut tulis satu artikel berkenaan etika berblog, khususnya blogger wanita muslimah" kata seorang ustaz popular kepada saya semasa menziarahi rumahnya.

    Elok juga sebenarnya jika beliau sendiri yang menulis topik itu berbanding meminta saya untuk menulisnya.

    Namun memang benar, ada diantara pemilik blog yang tiada menjaga auratnya, dipaparkan gambarnya di rumah yang adakalanya tidak sempurna tutupan auratnya, jika sempurna pun terlalu banyak gambar dirinya sehingga boleh membuat pembaca yang kurang beriman ditarik Syaitan untuk melihat dengan ‘pandangan tembus baju' di setiap gambar-gambarnya di blog, selain itu, banyak juga gambarnya yang sedang duduk dengan pelbagai gaya, malah berbaring.

    Selain blog, ruangan facebook dan friendster juga menjadi tempat sumbatan ribuan gambar dengan pelbagai gaya. Padahal berita rasmi sudah memaklumkan bahawa setiap info dan gambar di facebook, adalah hak milik facebook dan tidak boleh dipadam buat selamanya oleh tuan punya gambar.

    Justeru itu, berpadalah dan fahamilah, diri ini bukan milik kita, ia milik Allah swt dan tertakluk dengan batas-batasan yang ditentukan Allah swt. Bukan tidak boleh meletak gambar tetapi wajiblah menutup aurat penuh, dalam kedudukan yang sopan dan seterusnya tidaklah pula terlalu banyak sehingga boleh membuka ruang fitnah. Khususnya seorang wanita yang boleh saja seorang lelaki jahat memetik gambarnya lalu dibomohkan.

    Setiap pemilik blog sememangnya bebas untuk memuatkan apa jua coretan dan gambar yang mereka sukai, namun mereka juga WAJIB bertanggungjawab untuk meemastikan entrynya tidak menggalakan pembzairan waktu dan masa diri sendiri dan pembaca tanpa mesej jelas. Selain itu, WAJIB pula dijaga dari sebarang komen buruk dan negatif terhadap Islam.

    Ibn Umar berkata :

    العلم ثلاثة، كتاب ناطق، وسُنّة قائمة، ولا أدري

    Ertinya : "Ilmu itu punyai tiga cabang, al-kitab yang bertkata ( nas alquran), sunnah baginda nabi yang lalu, dan kata-kata "aku tida tahu" ( Uyun al-Akhbar, 5/130 ; Riwayat Al-Khatib secara Mawquf )


    Sekian.Wassalam..


    Seorang pahlawan dan seorang rahib..  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    Seorang Pahlawan yang terkenal amat dihormati dan digeruni di dalam negaranya. Para serdadu bawahan amat menyanjungi dan takutkan akan beliau. Sesiapa sahaja yang mencabar beliau akan pasti dapat dikalahkannya. Maka pada satu hari ketika pahlawan hebat ini berjalan dengan lagak yang sombong dan angkuhnya di pasar, beliau telah ditegur oleh seorang rahib yang sedang duduk memerhatikan gelagat manusia di pasar.

    Sang rahib tersenyum menyindir dan menegur.
    "Wahai anak muda, adakah kau pahlawan yang sering disanjungi itu?".

    Dengan pandangan yang menyindir melalui lirik anak matanya, beliau segera menjawab "Akulah yang mereka sanjungi itu".

    Sang rahib masih lagi tersenyum dan berkata, "Sayang sekali, kau masih lemah dan tidak selayaknya disanjungi itu".

    Pahlawan yang gagah itu pun naik berang dan mula mengangkat suaranya. "Jangan kau mencabar aku wahai rahib, sekali aku tumbuk, aku pasti semua tulang-tulangmu akan patah remuk!". Dengan perasaan marah, si pahlawan meninggalkan sang rahib.

    Tidak lama selepas peristiwa tersebut, berlaku peperangan di antara negeri tersebut dengan negeri jiran yang berdekatan. Negeri itu telah kalah teruk, serdadu mereka ramai yang telah terbunuh. Negeri jiran berjaya menawan negeri berkenaan. Di dalam keadaan yang parah dan luka, sang pahlawan yang gagah itu terpaksa mencari perlindungan di hujung kota. Beliau segera terjumpakan sang rahib.

    Sang rahib pun bertanya. "Apakah yang telah berlaku kepada dirimu wahai pahlawan yang gagah?". Sang pahlawan dengan malunya berkata, "Benar katamu, aku amat lemah dan tidak segagah yang aku sangkakan wahai rahib". Sang rahib memegang bahu si pahlawan dan berkata,"Kau tersilap, sekarang kau telah menjadi gagah dan menyedari kekuatanmu. Kekuatan seorang pahlawan ialah apabila dia menyedari kelemahan dirinya dan berusaha mengatasinya. Bangkitlah wahai pahlawan, binalah kekuatanmu dan kumpulkan serdadu yang baru untuk bangkit menyerang semula!".

    Selepas setahun sang pahlawan berjaya mengumpulkan tenteranya semula dan menyerang negeri jiran tersebut. Mereka telah menang dan berjaya memerdekakan negara tersebut. Pahlawan itu sedar bahawa kekalahan negerinya sebelum itu hanyalah merupkan permulaan untuk kejayaan yang sebenar...


    Bagaimanakah pula dengan diri anda?, apakah anda di puncak kelemahan ataupun pada permulaan kekuatan diri?

    Ayuh, jangan biarkan rebahnya diri menjadi alasan untuk tidak bangkit semula!

    from : http://maszleemalik.blogspot.com/

    ..........  

    Posted by: ~princess Islam~ in



    Terkini
    |MANEK URAI, 14 Julai (Hrkh) -
    Keputusan rasmi, PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi.

    8.15 malam:Berdasarkan pada penjumlahan undi melibatkan lima pusat mengundi, PAS mendahului dengan 3,471 undi manakala BN pula 3,262 undi. Perbezaan ialah 209 undi.

    8.35 malam: Keputusan tidak rasmi PAS menang dengan majoriti 64 undi dan BN telah memohon untuk membuat kiraan semula.

    9.00 malam:Keputusan rasmi PAS menang dengan kelebihan 65 undi mengalahkan BN di Manek Urai.

    ~ PRK Manek Urai: Membangun Bersama Islam lawan 1Malaysia
    ~ Nik Aziz istihar esok cuti!

    =)(=  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    To : Nur Filzah binti Fisal
    3ppismp pia/bi/ba,
    ipgm kampus tuanku bainun..




    Dapatkan ecard NasyidFM Disini

    Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 20..ari ni, 15 Julai 2009,genaplah umur akak 20 taun..Su doakan Kak Filzah sentiasa berbahagia dalam hidup di dunia dan juga di akhirat..Semoga terus mujahadah dalam perjuangan..

    Bersabarlah!  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    Assalamualaikum wbt..
    Alhamdulillah,dapat juga aku luangkan masaku untuk menulis sedikit catatan perjalanan hidupku..

    Masih ku ingat peristiwa semalam..ketika aku sedang 'ghalik' dengan laptopku, masa tu dalam kul 12 tgh malam, kak waniey datang ke bilikku..aku menyapanya seperti sedia kala kerana dialah antara pengunjung kerap ke bilikku selain kak ninie..namun, baru aku perasan ada kerisauan di raut wajah kak wani..risau aku..Tangannya sibuk dengan handsetnya..Sekejap dia call alongnya,abangnya..

    "Kak Wani, kenapa ni??"
    "Su..tadi mak akak tefon..dia cakap ayah akak dah tak ada,su.."
    Ku dengar sebak untuk diucapkan kepadaku..
    "Ya Allah..betul ke akak??Innalillahi wainnailaihiraji'un..kak wani sabar ye.."
    Aku dan roomateku cuba menenangkan kak wani..terkejut juga aku sebab hari Jumaat lepas, tok wan nya baru sahaja meninggal dunia..aku terus menghubungi sahabat-sahabatku yang lain untuk mengkhabarkan berita itu..

    Dalam pukul 12.50 malam, setelah selesai segala urusan dengan warden, kami menghantar kak wani ke rumahnya di Sik,Kedah..Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..Ketika sampai di rumah kak wani, ku lihat ramai orang..apabila masuk ke dalam rumah kak wani, kami terus bersalaman dengan mak kak wani yang kami panggil 'Mak Lang'..kami juga turut memeluk Mak Lang yang kami rasakan seperti ibu kami sendiri..ku lihat jasad ayah kak wani terbujur kaku..aku juga turut sedih akan kehilangannya..Pagi tadi kami bertolak pulang ke maktab dan sampai dengan selamat..

    Pagi tadi, ahli kelasku dan tutorku skali, Ustazah Amanisah, serta Ustaz Sukari berkunjung ke rumah kak wani..ketika kami sampai, jenazah sedang dikafankan dan pada pukul 11 pagi, jenazah disembahyangkan..

    Innalillahi wainnailaihirajiuun..Kepada Allah kita datang,kepadaNya jua kita kembali..
    Salam takziah ku ucapkan kepada kak wani sekeluarga..semoga bersabar atas ujian ini..Innallahama'assabirin..semoga roh Pak Lang dicucuri rahmat dan kasih sayangNya..amin..

    "Dan dialah yang menciptakan hidup dan mati,dan untuk menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya.Dan dia Maha PERKASA ,Maha PENGAMPUN. -almulk:2-

    Redha..  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    REDHA ~ INTEAM ~

    Usah di salahkan takdir yang melanda
    Renung kembali sejarah silam
    Dengan membiarkan ku sendiri
    Ku terumbang ambing mengenal diri

    Mujurlah Allah itu mengasihi
    Aku diberi arah petunjuk
    Berlindung dengan Allah
    Menerus kehidupan
    Ku mengenal makna
    Dosa dan pahala

    Dengan kehendakNya
    Kau datang semula menghampiri ku
    Dan aku terpaku
    Hingga ku hilang tiap bicara

    Bukan ku menjauhi
    Tetapi amat sukar sekali
    Bila kenang kembali
    Aku disisih dan dibuang ke tepi
    Malah aku tidak dipeduli
    Allah Maha Mengetahui
    Yang ada di hati
    Biar Dia menentukannya

    Usah di salahkan takdir yang melanda
    Renung kembali sejarah silam
    Ku redha dan sedia, terima
    Yang tertulis dalam kehendakNya

    Isu ~ PPSMI dimansuhkan..  

    Posted by: ~princess Islam~ in


    Mansuh PPSMI bukan desakan - Tun Abdullah

    KUALA LUMPUR 9 Julai
    - Keputusan kerajaan mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bukan kerana desakan pihak tertentu sebaliknya ia hasil keputusan analisis pelaksanaan dasar itu selama enam tahun.

    Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh dengan serta-merta menukar dasar yang dilaksanakan tanpa membuat pertimbangan sewajarnya walaupun wujud desakan kuat supaya ia dimansuhkan.

    Beliau yang bersetuju dengan langkah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012 berkata, keputusan itu dibuat setelah dianalisis keberkesanan pelaksanaan dasar itu sejak 2003.

    Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima berhubung keberkesanan dasar itu, menunjukkan ia gagal.

    Kerajaan jelas beliau, harus menjalankan kajian terlebih dahulu untuk memastikan keputusan yang dibuat lebih adil kepada semua pihak.

    "Sebelum ini kita banyak mendapat memorandum meminta untuk mengkaji semula, maka kita menetapkan supaya satu kajian dibuat mengikut tempoh pelaksanaan dasar itu iaitu selama enam tahun (2003 hingga 2009).

    "Dan semalam keputusan telah dicapai menerusi kajian selama enam tahun itu. Itu membuktikan keputusan semalam dibuat bukan kerana desakan," katanya.

    Info lanjut..

    K'jaan akui PPSMI banyak kelemahan

    Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.

    Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.

    "Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

    Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

    "Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.

    Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.

    Lagi..and more about PPSMI..

    Al-Waqtu Kassaif  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    Assalamualaikum semua..

    Alhamdulillah,ari ni tercapai la hasratku untuk meng'update' aku punya blog..Bukan apa,x sempat..Aku bukanlah seorang yang petah dalam berkata-kata, bukan jua seorang yang lincah mengukir pena, namun akan ku terus berusaha untuk mempertingkatkan kemahiranku dalam bidang penulisan ni..InsyaALLAH..

    Tanpa kita sedari, begitu cepat masa berlalu..Kadang-kadang tak sedar dah masuk hujung minggu..Terfikir juga..

    "eh,kenapa singkat sangat masa yang aku ada..rasa baru je hari Jumaat, da nak masuk hari Jumaat..hmm.."

    Semalam,aku tanya sahabatku..
    "erm,hari ni berapa rejab ek??"
    "15Rejab..."
    "Owh..ye ke?Ya Allah, awat cepat sangat ni?rasanya ari tu baru masuk bulan Rejab.."

    Hmm..macam tak percaya,dah nak masuk bulan Ramadhan..Memang benar,masa begitu pantas berlalu..Dalam usrah semalam, kami baru sahaja berdiskusi pasal "MASA" berdasarkan surah al-Asr..Allah telah bersumpah dengan masa untuk menunjukkan betapa pentingnya masa..

    Demi masa..
    Sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian..
    Kecuali org2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan menasihati supaya menatapi kesabaran..

    Surah ni cukup ringkas dan juga cukup padat kandungannya..
    Benarlah kata pepatah arab..

    "al-waqtu kassaifu inlam taqtha'hu qatha'aka..masa itu ibarat pedang..barangsiapa yang tidak memotongnya,nescaya ia akan memotongmu.."


    Dalam satu hadis pula, baginda bersabda yang bermaksud..

    "Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Padang Mahsyar selagi tidak ditanya dengan 4 perkara..
    1) Umurnya ~ untuk apa dia menghabiskannya
    2) Ilmunya ~ Sejauh mana dia mengamalkannya
    3) Hartanya ~ Untuk apa dia menghabiskannya
    4) Dirinya ~ Di mana dia menggunakannya"

    Hadis ni begitu terkesan untuk sama2 kita fikirkan..Sekiranya kita tidak mampu untuk menjawab kesemua soalan yang akan dikemukakan tersebut, dimanakah kita akan berada??Mahukah kita terus ter'sangkut' di Padang Mahsyar??Waiyyazubillah..

    Memetik kata2 Prof Izzi :

    " Begitu beruntung orang yang dikurniakan umur yang panjang dan dengan umur tersebut dia menghabiskan masanya dengan amal soleh dan benda yang bermanfaat..Dan begitu rugi seseorang yang dikurniakan nikmat umur yang panjang tetapi mempergunakan masa tersebut untuk perkara yang sia2 dan melanggar perintah Allah.."

    Ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara sia2 yang boleh melalaikanku..Kurniakan aku umur yang panjang dalam mentaati perintahMu..Amin..

    Ronda-Ronda Alor Star..~4 Julai 2009~  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    Nasihat Imam Syafie mencari sahabat  

    Posted by: ~princess Islam~ in


    TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.

    Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

    Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

    · Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

    Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

    Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

    Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.

    · Mencari sahabat pada waktu susah.

    Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

    Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

    Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

    · Pasang surut persahabatan.

    Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

    Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya rodazaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

    Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

    Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

    · Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

    Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.


    Kepada sahabat-sahabatku..(sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah, dan sahabat di tempat aku menuntut sekarang..)aku bersyukur dipertemukan dengan kalian..Semoga persahabatan yang kita jalinkan ini mendapat keredhaan Allah swt...Tiada apa yang kita harapkan melainkan redhaNya semata-mata..Aku hanyalah seorang manusia biasa yang tidak sempurna di mata kalian..Maafkan aku..Namun,akan ku berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk kalian..Peganglah tanganku,pimpinlah aku menuju ke jalanNya..Aku memerlukan dirimu,SAHABAT..


    Wallahua'lam..

    Kenapa Kita Diuji??  

    Posted by: ~princess Islam~ in


    KENAPA AKU DIUJI?

    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

    KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

    KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286


    RASA FRUST?
    "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

    BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
    "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200

    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

    APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
    "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
    "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129


    AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
    "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12


    Ya ALLAH..Berikan kekuatan kepada kami dalam menempuh hidup yang penuh dgn dugaan dan cabaran dunia..Masukkanlah kami dalam golongan yang sentiasa istiqamah dalam mengerjakan ketaatan kepadaMu dan dalam menegakkan agamaMu..Permudahkanlah,Ya Allah..Rabbi Yassir Wa La Tu'assir..Salam Mujahadah..InnaLLaha ma'assabirin..

    ..(,")..  

    Posted by: ~princess Islam~ in

    Kak Waniey!!
    Selamat hari Lahir..
    Epi Besday to you..
    Eid Milaad..



    Semoga dipanjangkan umur dlm ketaatan..
    Dimurahkan rezeki..
    dan..
    Semoga berbahagia selalu..


    Tulus Ikhlas,

    Sue..