Tamsas 2..  

Posted by: ~princess Islam~

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,,dengan kudrat yang dikurniakan Allah ta'ala, dapat juga menjenguk blog setelah beberapa hari menyepi..sebenarnya, saya agak keletihan kerana baru sahaja habis mengendalikan Kem TAMSAS Usrah Amilin yang bertempat di Baling dari hari Khamis hinggalah hari Ahad semalam..Jika sebelum ini saya menjadi peserta dalam rehlah usrah pilihan, namun pada kali ini saya berpeluang untuk menjadi salah seorang fasilitator untuk turut sama2 mengendalikan kem tersebut..Ini juga merupakan proses untuk saya metarbiahkan diri ke arah yang lebih baik,,insyaAllah..moga Allah memberikanku kekuatan..

Lata Chelak ~ 2008
Lata Sedim ~ 2009
Kenangan rehlah usrah pilihan masih tersemat di ingatan..

Namun, apa yang pasti saya cukup berpuas hati dengan perjalanan program kem tersebut..Mungkin juga kami usai sahaja menjalankan aktiviti "jungle tracking" semalam menyebabkan kami keletihan hari ini..sama2 meredah hutan untuk ke Lata Gading di tengah2 hutan..Keadaan alam semulajadi yang nyaman dan indah menyebabkan aku bermuhasabah sendirian..hebatnya kekuasaan Allah,subhanallah!!Tambahan pula,,sempat kami berendam di sekitar air terjun di Lata Gading seberapa ketika sebelum meneruskan perjalanan pulang..

Kelima2 slot yang berlangsung moga2 dapat memberi seberapa banyak input untuk dikongsi bersama sahabat2 yang lain..Jutaan tahniah dan terima kasih kepada AJK induk,gen 1 alghazali, dan juga adik2 usrah amilin yang menjayakan program kem tamsas kali ini..Moga kem yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini memberikan kita satu roh atau semangat baru untuk menegakkan Islam di bumi IPG Kampus Tuanku Bainun..Moga2 ilmu dan pengalaman yang kita kutip sepanjang kem ini dapat kita praktikkan dan moga2 usaha kita ini menjadi bekal kita di sana..amin..

Peserta muslimin~mengalunkan nasyid dengan penuh semangat..

Peserta muslimat~semasa aktiviti riadah di sungai..

di Kolam Air Panas Ulu Legong~masa ni dlm kul 3.00 pagi..

Jalan Dakwah..

Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan).

Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini. Yakinlah wahai sahabat, jika hati kita ikhlas berjuang menegakkan kalimah Allah, Allah sentiasa bersama kita. Jom sama2 mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w. serta para sahabat. Moga keredhaan Allah sentiasa bersama kita,amin..

Firman Allah swt :
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah, Berbicara dengan baik serta komunikasi yang berkesan.” (An-Nahl: 125)


This entry was posted on 6:36 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

4 comments

This comment has been removed by the author.

Owh hang pi masuk hutan lagi ke?
Wah dahsyat la adikku sorang ni..
Slm perjuangan buatmu, cik Su'aidah comel=)
p/s: Harap2 muka tak hangus lagi. Hehe.

ye,,cek p msuk utan lagi..asyik hutan je cek ni..
tapi kali ni muka x brapa hangus,,hehe..
insyaAllah,,selagi nyawa di kandung badan,,doakan daku tsabat di atas medan perjuangan..amin..

InshaAllah.. Same2lah kita doakn yer=)

Post a Comment