Sabda Rasulullah saw :
“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)
Sabdanya lagi:
“Dengarlah dan taatlah, sekalipun kamu diperintahkan oleh seorang budak Habsyah yang rambutnya seperti anggur kering”
Dalam sabda Rasulullah ini, bahawa ketaatan tidak mengira paras rupa dan wajah seseorang, wajib taat terhadap kepimpinannya sekiranya ia menyuruh ke arah kebaikan. Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi orang yang paling bertaqwa di antara manusia. Lihatlah Bilal bin Rabah, sahabat Rasulullah yang berasal dari Habsyah, diangkat darjatnya kerana Islam dan ketaqwaannya di sisi Allah.
Dalam sabdanya yang lain :
" Engkau dengarlah dan taatilah pemimpin(mu) walaupun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas. Maka dengarlah dan taatilah! (HR Muslim)
al-Imam Fakhrur Razi memberi ketegasan di dalam hal ketaatan ini dengan meletakkan keputusan syura secara ijma’ adalah satu sumber dalil. Keputusan ini menjadi kewajipan kepada manusia untuk mentaati secara jazam. Martabat ini lahir disebabkan ijma’ ummah itu bukan keputusan yang ma’sum. Hak ketaatan yang asahaja. Sungguhpun begitu kewajipan untuk meletakkan kepatuhan kepada ketua atau pimpinan seterusnya memberi wala’ adalah diputuskan sebagai kewajipan dalam agama.
~HARAM ~
Dalam hal ini jelas sebab-sebab mengapa Islam mengharamkan penganutnya memberi wala’ kepada pemimpinnya. Rasulullah saw sendiri telah menggariskan batas-batas ketaatan kepada para pemimpin. Sabda Rasulullah saw:
“Tiada ketaatan untuk makhluk dalam perkara maksiat (derhaka) kepada pencipta (Allah)”
KESIMPULAN :
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah dan RasulNya. Adapun terhadap pemimpin yang derhaka kepada Allah tidak diharuskan kepada orang beriman memberi wala’ dan ketaatan bahkan Islam mewajibkan umatnya supaya menentang kemungkaran dan kezaliman.
BEBERAPA MASALAH DISEKITAR WALA’ DAN PENYELESAIAN
Permasalahan memberi wala’ ini sering berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah:
1. Tidak meletakkan wala’ yang mutlak kepada Allah.
2. Tidak memahami konsep berjemaah
3. Tidak menghayati waqi’ semasa
4. Tidak mempunyai pendidikan Islam
5. Tidak ada unsur tawadhu’ ketika berjemaah
6. Tidak ada perasaan cintakan kepimpinan.
LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
Secara dasarnya masalah yang timbul sekitar wala’ dan ketaatan di dalam Harakah Islamiyyah ini dapat dibendung melalui:
1. Mengemaskinikan kembali organisasi saf
2. Membuat pengisian pentarbiyyahan kepada anggota.
3. Mengemaskinikan lagi tanzim dalaman.
4. Membuat tindakan dan perancangan melalui keputusan syura
5. Meluaskan medan perjuangan keperingkat global.
6. Memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan am.
Permasalahan wala’ dan ketaatan ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pendokong-pndokong Islam tetapi ia merupakan satu pentarbiyyahan dalaman yang tidak sekali-kali melemahkan semangat perjuangan bahkan meningkatkan lagi prestasi perjuangan.
KESIMPULAN
Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu”(Muhammad : 7)
* Sumber : beberapa artikel di internet

Namun perlulah diingatkan pendakwah rabbani tidak akan lahir secara automatik dan sendirinya dalam gerakan Islam. Ia perlulah dibentuk dan melalui pelbagai marhalah. Namun pembentukan ini bukanlah satu proses yang mutlak. Ada yang dipilih untuk dibentuk namun gagal lahir sebagai jundi dakwah dan ada yang tidak dibentuk, namun ternyata keikhlasan bekerja untuk Islam ternyata melebihi orang lain.
Ciri-ciri Pendakwah Rabbani
1. Mempunyai Ilmu Yang Mantap
Ilmu yang mantap adalah merupakan bekalan ang perlu ada kepada setiap tenaga dakwah. Berapa banyak keaiban yang diterima oleh Islam hanya kerana pendakwah-pendakwah yang bergerak di atas namannya ternyata tidak mempunyai kemantapan ilmu lalu mendatangkan krisis keyakinan kepada masyarakat. Pepatah Arab ada menyebut : “Orang yang tidak mempunyai apa-apa tidak akan dapat memberikan apa-apa”.
2. Mengutamakan kepentingan Islam.
Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya; “Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.”
Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud; “Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”
Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud; “Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”
3. Menyertai Jemaah
Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.
Firman Allah SWT: maksudnya; “Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)
Firman Allah SWT lagi: bermaksud; “Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)
Sabda Rasulullah SAW: maksudnya; “Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.” (Shahih Bukhari, Kitab Fitnah)
4. Tabah dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian
Ketabahan dan istiqomah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah SWT. Betapa ramai orang ang ingin lahir sebagai pendakwah namun akhirnya kelayuan sebelum sempat untuk berkembang. Allah SWT berfirman yang bermaksud : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah Ali-Imran, 142)
Oleh :
Alhamdulillah..tika ini aku masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar secara percuma ini. dan tika ini aku baharu sahaja melepaskan kekusutan yang bersarang di mindaku. Ku sedar, ini semua adalah ujian dari Allah. Masakan orang beriman itu mengaku beriman sedangkan dia tidak diuji? Ku capai al-Quran di hadapanku lalu ku memerhatikan ayat ini. Firman Allah dalam Surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?". Tiada siapa pun yang mampu menolak ayat ini. Menitis air mataku. Subhanallah! Ayat-ayat al-Quran seolah2 memujukku. Diteruskan lagi sehingga ayat yang ketujuh seolah menusuk kalbuku. Firman Allah dalam al-ankabut ayat 7," Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, pasti akan Kami hapus kesalahan2nya dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.." Nah!inilah janji Allah. Wahai diri, akuilah hakikat yang tersurat, semuanya ada hikmahnya. Tika ini juga, saya terjumpa satu artikel yang amat bermanfaat untuk dikongsi bersama yang mana telah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin ,"Berbangga Menjadi Hamba Allah.."Ya!Saya berbangga menjadi hamba ALLAH!! Selamat membaca! BERBANGGA MENJADI HAMBA ALLAH Saya masih ingat ketika pertama kali membaca rantaian sanad yang menghubungkan diri saya dengan kitab “Sunan Al-Tirmidzi”. Saya begitu gembira melihat nama-nama ulama yang tercantum di dalamnya sambil membayangkan kebesaran jiwa dan ketinggian ilmu mereka. Salah satu dari nama itu sangat saya kenali, iaitu Abdul Wahab bin Ahmad Al-Sya’rani. Beliau seorang ulama Mesir yang dilahirkan pada tahun 898 H dan wafat pada tahun 973 H. Beliau sempat berjumpa dengan Imam ahli hadis di Mesir, Jalaluddin Al-Suyuthi, dan belajar dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Zakaria Al-Anshari, Nashiruddin Al-Laqani, Syihabuddin Al-Ramli dan lain-lain. Singkat cerita, Asy Sya’rani kemudian terkenal sebagai seorang ulama Mesir yang memiliki ramai murid. Bukan hanya itu, tokoh-tokoh besar kerajaan juga sering berkunjung ke tempatnya. Saya teringat suatu kisah. Suatu hari Perdana Menteri Ali Pasya berkata kepadanya, “Besok aku akan menghadap sultan. Jika engkau mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepadanya, beritahukan kami.” Apakah jawapan al-Sya’rani? Sebagai ulama yang bangga dengan kedudukannya di sisi Allah, beliau hanya tersenyum lalu berkata, “Alhamdulillah, kami tidak memerlukan apa-apa daripada sultan. Namun jika engkau mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahukan kami.” Mendengar itu, Ali Pasya menunduk beberapa lama. Dia lalu berkata, “Astaghfirullah. Kalian sangat bergantung kepada Allah, sementara kami sangat bergantung kepada hamba-Nya. Kalian yang lebih benar. Sebab Allah memiliki semua kerajaan di langit dan di bumi.” Tingkatan Golongan Faqih Kebanyakan manusia pada hari ini begitu buta mata hatinya sehingga mereka melihat kelebihan duniawi satu-satunya ukuran kemuliaan dan kebanggaan. Harta dan pangkat menentukan status sosial; semakin banyak hartanya dan semakin tinggi pangkatnya, maka semakin tinggi kedudukannya di dalam pergaulan masyarakat. Semua orang tahu dan yakin bahawa semua kenikmatan duniawi ini tidak abadi, oleh sebab itu tidak layaklah ia menjadi ukuran kemuliaan. Sebab mengapa berbangga dengan kemuliaan yang hanya beberapa saat sahaja dan diikuti dengan kehinaan selama-lamanya? Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Pada hari kiamat nanti, akan didatangkan seseorang penduduk dunia yang paling berbahagia. Dia akan dilalukan ke dalam Neraka beberapa saat, dan ditanyakan kepadanya, “Pernahkah engkau merasakan kenikmatan walau hanya sedikit?” Ia menjawab, “Tidak pernah wahai tuhan.” Demikian hadis riwayat Muslim dari Syaddad bin Aus. “Laluan” sesaat di neraka ternyata dapat melupakan semua kenikmatan yang dirasakan sepanjang hidupnya di dunia. Atas dasar ini, orang yang terbuka mata hatinya tidak pernah bangga dengan kelebihan duniawi yang dimilikinya. Dan jika melihat orang lain yang memiliki kelebihan, dia tidak akan rasa kagum apalagi iri hati hendak menyamainya. Dia selalu teringat ucapan Al-Hasan Al-Basri (w. 110 H) katanya, “Jika seseorang berusaha mengalahkanmu dalam urusan dunia, maka kalahkanlah dia dalam urusan akhirat.” (Riwayat Imam Ahmad dalam kitab Al-Zuhd ). Imam al-Sya’rani melakukan itu dengan ucapan tegas, namun masih ada sopannya kepada pejabat tertinggi kerajaan. Ketika orang ini tertipu dengan membanggakan kedudukannya di sisi manusia, al-Sya’rani menyandarkan dirinya dengan membanggakan kedudukannya di sisi Allah. “Alhamdulillah, kami tidak memerlukan apa-apa dari sultan. Namun jika engkau mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahu kami.” Kata-kata ini hanya lahir dari hati yang benar-benar faqih. Sebab sebagaimana makna asalnya, fiqh bererti memahami bentuk dan roh ajaran agama dengan mendalam. Abu Hamid al-Ghazali dalam Ihya berkata, “Darjat paling rendah seorang faqih (pakar fiqh) ialah dia meyakini bahawa akhirat lebih baik daripada dunia.” Semakin mendalam pengetahuannya tentang agama, semakin hatinya menyandari kebesaran Allah s.w.t. sehingga melahirkan rasa hormat, takut dan cinta kepada-Nya. Mujahid bin Jabr (w. 101 H) berkata, “Faqih (ahli fiqah) adalah orang yang takut kepada Allah s.w.t.” Imam al-Hasan al-Basri (w. 110 H) juga berkata, “Faqih ialah orang yang zuhud terhadap dunia, selalu mengharapkan akhirat, menyedari dosa-dosanya dan sentiasa beribadah kepada Allah s.w.t.” Semua ini diriwayatkan Imam Ahmad dalam kitab Al-Zuhd. Indahnya menjadi Hamba Allah Semakin hatinya mengenal Allah, semakin ia bangga menjadi hamba-Nya. Sebab Allah adalah tuhan pemilik alam semesta dan seisinya. Pangkat-Nya berada jauh di atas semua pangkat. Dan menjadi hamba-Nya, apalagi diakui sebagai hamba yang berbakti, merupakan kehormatan besar bahkan kedudukan paling berpengaruh di semesta raya wujud ini. Itu rahsianya mengapa Allah menyebut Muhammad s.a.w. sebagai hamba-Nya dalam ayat yang bercerita tentang perjalanan Isra’ dan Mi’raj. “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al- Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsha.” (Surah Al-Isra: 1). Itu juga sebabnya mengapa Allah memanggil kaum mukminin kesayangan-Nya dengan sebutan hamba-hamba-Ku. “Wahai hamba-hamba-Ku, tiada kekhawatiran terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati.” (Surah Al-Zukhruf: 68). Pakar Tafsir terkenal dari Tunisia Syeikh M. Thahir bin ‘Asyur berkata: “Allah sering kali menyebut kaum mukmin dengan gelaran hamba yang di-mudhaf-kan kepada-Nya untuk menunjukkan kehormatan dan hampir.” Aduhai betapa indah menjadi hamba Allah s.w.t. lalu mendengar panggilan Ilahi, “wahai hamba-Ku”. Keindahan itu melahirkan kepuasan dan kenikmatan di dalam hati melebihi kenikmatan apa pun yang ada di muka bumi ini. Bangga Menjadi Muslim Kenikmatan dan kebahagiaan yang dirasai seorang faqih jauh lebih tinggi daripada kenikmatan yang dirasai manusia mana pun. Ibrahim bin Adham pernah berkata: “Andai raja-raja dan putera-putera mahkota mengetahui kebahagiaan dan kenikmatan hidup kami, nescaya mereka akan berusaha merebutnya walau harus dengan pedang.” Maka tidak mungkin seorang faqih seperti ini melihat tokoh-tokoh dunia dengan mata kagum, lalu mencari berbagai cara untuk mendekatkan diri kepadanya walau harus dengan menjual idealisme dan kesucian agamanya. Abdullah bin ‘Amr (seorang sahabat Nabi s.a.w.) berkata: “Barang siapa yang membaca al-Quran, namun ia masih merasa bahawa orang lain memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada apa yang dimilikinya, maka ia telah menghina sesuatu yang Allah hormati dan menghormati sesuatu yang Allah hinakan.” Demikian seperti yang diriwayatkan Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd. Sebaliknya, kita selalu menyaksikan jiwa besar para ulama yang selalu menjaga kehormatan diri dan agamanya. Bagi mereka, nikmat Islam satu-satunya kebanggaan yang patut disyukuri. Ibn Abi Syaibah di al-Musannaf dan Al-Hakim di al-Mustadrak meriwayatkan ucapan Umar bin Al-Khattab yang sangat faqih: “Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Jika kita cuba memuliakan diri dengan selainnya, Allah akan menghinakan kita.” Hammad bin Zaid bercerita, “Ayyub pernah bersahabat dengan Yazid bin Al-Walid. Ketika Yazid menjadi khalifah, Ayyub berdoa: Ya Allah, buatlah dia melupakan diriku.” Kisah ini dapat ditemui dalam kitab Tazkiratul Huffaz karya Al-Dzahabi. Ayyub yang dimaksud di sini ialah Ayyub bin Abi Tamimah al-Sakhtiani, seorang ulama tabiin pakar hadis dan fiqah di Basrah. Beliau salah seorang guru hadis Imam Malik; Al-Bukhari dan Muslim yang banyak sekali meriwayatkan hadis melalui salurannya. Dalam kitab Manaqib Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn al-Jauzi meriwayatkan dari Said bin Ya’qub katanya, “Ahmad bin Hanbal pernah menulis surat kepadaku (isinya): bismillahirrahmanirrahim. Dari Ahmad untuk Ya’qub. Amma ba’du. Dunia ini penyakit, penguasa penyakit, dan ulama adalah doktornya. Jika engkau melihat seorang doktor menarik penyakit kepada dirinya, maka jauhilah ia.Wassalam.” Jiwa Pendakwah Setiap al-da’i ilallah (pendakwah yang mengajak manusia kembali kepada Allah) wajib bersifat faqih dan meyakini kebaikan dakwahnya. Alasannya sederhana; seorang penjual harus meyakini kelebihan barang jualannya. Jika tidak begitu, dia tidak mungkin menjadi penjual yang berjaya. Wallahu a’lam.
Kali ini, besar hati saya untuk berkongsi sebuah hadis Rasulullah saw untuk dijadikan panduan hidup kita. Mungkin hadis ini biasa kita baca atau dengar, namun cuba tanya diri kita sejauh mana kita menghayati, merenungi , dan seterusnya mengamalkannya dalam hidup kita sehari-harian.
1) Imam(pemimpin) yang 'adil
2) Pemuda yang hidup terdidik pada 'ibadat Tuhannya
3) Lelaki yang hatinya bergantung dengan masjid2
4) Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kedua-duanya keranaNya, dan berpisah keranaNya
5) Lelaki yang meminta kepadanya oleh perempuan yang mempunyai kemuliaan dan kecantikan, maka dia berkata, "bahawa aku takut kepada Allah.."
6) Lelaki yang bersedekah dan menyembunyikan sedekah hingga tiada yang mengetahui oleh tangan kirinya apa yang dibelanjakan tangan kanannya
7) Lelaki yang mengingati Allah dengan ikhlas maka mengalirlah dua matanya kerana menangis..

Komentar dariku : Sama2 muhasabah dan koreksi diri, adakah kita tergolong dalam salah satu dari 7 golongan tersebut?? Mudah-mudahan kita digolongkan dalam salah satu dari golongan tujuh golongan di atas lalu mendapat naunganNya di hari kiamat kela yang mana tiada naungan pun selain naunngaNya..Amin..

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .
3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .
4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat berguna untuk membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .
5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .
6. Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .
10. Kami menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .
*dipetik dari laman blog ustaz thantawi ~ http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Sumber : http://www.darulkautsar.net/ عن سفيان بن عبد الله الثَّقفي قال: قلت "يا رسول الله، قل لي في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً بعدك. قال: قل: آمنت بالله، ثم استقم" رواه مسلم. Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi berkata bahawasaya berkata: Wahai Rasulullah! Katakanlah kepadaku satu perkataan tentang Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ucapkanlah ‘aku beriman dengan Allah’ kemudian beristiqamahlah." (hadis riwayat Muslim) Sahabat ini bertanyakan kepada baginda satu ucapan yang menghimpunkan segala kebaikan dan faedah yang membawa kejayaan abadi. Rasulullah s.a.w. telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kemampuan untuk menyampaikan ucapan yang ringkas tetapi mengandungi maksud yang padat. Baginda menasihatkannya tentang beriman dengan Allah s.w.t. yang merangkumi keseluruhan aqidah, amalan hati, penyerahan diri kepadaNya dengan perbuatan-perbuatan secara berterusan sampai akhir hayat yang dikatakan sebagai istiqamah. Hal ini selari dengan maksud al-Qur’an: إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata; ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhid, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka tidak pula akan berduka cita. (Al-Ahqaf: 13) Keimanan dan istiqamah ini akan menatijahkan keselamatan dari segala bahaya dan memperolehi keredhaan Allah dengan memasuki syurga. Nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah jelas menyatakan bahawa iman meliputi aqidah yang benar, amalan hati seperti keinginan kepada kebaikan dan membenci kejahatan, perbuatan anggota fizikal seperti solat, zakat, haji, menolong orang lain dan sebagainya. Hadis ini menegaskan makna ayat di atas iaitu keimanan hendaklah dinyatakan dengan ucapan dan juga tubuh badan. Iman tidak memadai dengan keyakinan di dalam hati tanpa diisytiharkan dan didakwahkan kepada orang lain. Begitu juga iman bukan sekadar ucapan yang bermain di bibir tetapi merangkumi amalan hati, lidah dan tubuh badan. Pada diri muslim ini zahirnya erti keimanan kepada Allah. Pernyataan sebagai beriman kepada Allah mestilah ditegaskan dan sentiasa diteguhkan. Keteguhan dalam keimanan akan menentukan ketepatan dalam amalan-amalan iaitu dengan mengikhlaskan diri kepada Allah serta melakukannya menurut petunjuk Rasulullah s.a.w. Amalan-amalan ini akan menjadi lebih sempurna apabila dilakukan dengan penuh istiqamah dan keteguhan baik dalam apa jua kebaikan. Halangan-halangan yang berlaku kepada seseorang tidak akan menyekatnya dari terus mengabdikan diri kepada Allah baik ketika sakit atau sihat, senang atau susah, dalam perjalanan atau di tempat sendiri. Ringkasnya, kita katakan, istiqamah merupakan tanda kesempurnaan amalan mukmin yang merangkumi hati, ucapan dan perbuatan. Istiqamah menuntut seseorang itu menerima segala ajaran Islam mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa mengurangkan, menambahkan sesuatu yang bukan daripadanya, meminda-minda atau menukar ganti dengan yang lain. Sebagaimana yang diperintah itulah yang dilaksanakan. فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka. (Al-Syura:15) Dan sabda Rasulullah s.a.w.: عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "قاربوا وسددوا. واعلموا أنه لن ينجو أحد منكم بعمله" قالوا: يا رسول الله! ولا أنت؟ قال "ولا أنا. إلا أن يتغمدني الله برحمة منه وفضل". Hendaklah kamu bersederhana dan tetap lurus beristiqamah dan ketahuilah seorangpun dari kalangan kamu tidak terselamat(dari neraka) dengan amalannya. Lalu sahabat bertanya: Anda juga wahai Rasulullah?, baginda menjawab: Ya, tidak juga saya melainkan Allah menyelimutiku dengan rahmat dan limpahan-Nya.(hadis riwayat Muslim) Apa yang penting kita mesti berusaha sedaya usaha kita dalam keadaan mengharapkan rahmat dan kurniaan Allah s.w.t. kerana kita tidak ditugaskan dengan sesuatu hukum melainkan dalam batas kemampuan kita. Sifat berterusan patut dikekalkan dan itu lebih baik daripada amalan yang banyak kerana semangat yang yang berkobar-kobar yang kemudiannya sepi tanpa penerusan. Ibarat air paip yang kecil lebih baik daripada curahan air setangki yang kemudiannya kering tidak ada walaupun setitik. فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu (Al-Taghabun: 16) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Ali `Imran: 106) Ketaqwaan perlu diusahakan dan dikekalkan sehingga akhir usia kita sehinggalah kita meninggal dunia dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Kehidupan ini mesti ditempuhi dalam keadaan mengharapkan rahmat Allah dan rasa takut kepada-NYa. Tidak ada jalan lain untuk memperolehi husnul khatimah kecuali dengan meneguhkan keimanan dan beristiqamah di atas jalan hidayat dan taqwa selagi hayat dikandung badan. (Syarah hadis disediakan oleh Ust Muhammad Hanief Awang Yahya untuk www.darulkautsar.com )

