Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts

Menjana "Ahsanu 'Amala" Dalam Kehidupan  

Posted by: ~princess Islam~ in



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.” –QS Al-Mulk ayat 1-2-

Dalam menjelaskan firman Allah ni, Al-Fudhail bin ‘Iyadh berkata : “ Orang yang terbaik amalnya adalah yang paling ikhlas dan paling benar amalnya. Maksud ikhlas di sini ialah amal yang dilakukan hanya kerana Allah, manakala amal yang benar maksudnya amal yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.”

Amal yang benar tanpa niat yang ikhlas tidak akan diterima Allah. Begitu juga sekiranya amal yang dikerjakan secara ikhlas, tetapi dibuat bukan dengan cara yang benar, tidak juga diterima. Allah hanya menerima amalan yang benar dan ikhlas.

Contoh yang paling mudah untuk dilihat ialah ibadah solat. Mari kita lihat tiga situasi ini:

1. Si A solat dengan niat yang ikhlas dan mengikut segala rukun solat dan menjaga sah batalnya solat itu sebagaimana yang diberi panduan melalui sunnah yang mulia, maka solatnya diterima Allah.

2. Si B pula solat dalam keadaan bukan berniat kerana Alah, tetapi berniat utuk menunjuk-nunjuk, menunjukkan diri baik di hadapan orang, atau mengerjkannya sebagai satu aktiviti rutin riadah, maka solatnya tidak diterima.

3 Si C pula solat kerana Allah namun tidak pula menjaga rukun-rukun dan sah solat yang betul, maka solatnya juga tidak diterima.

Sekiranya dipandang dari sudut zahir, semuanya sama sahaja tetapi yang tersirat nilaiannya sangat berbeza. Mari kita singkap kisah para Sahabat, sekiranya mereka ingin melakukan satu-satu kebaikan, mereka tidak akan membuatnya secara sambil lewa, 'acuh tak acuh’, atau ‘biasa-biasa’ tetapi mengerjakannya dengan cara yang paling baik, agar amalan mereka dipandang bukan dari segi kuantiti yang banyak tetapi ‘high quality’! Begitulah cara didikan Rasulullah kepada para sahabat degan menanamkan dalam diri para sahabat amalan yang dilakuan benar-benar menjdi luar biasa atau ‘ahsanu ‘amala’!

Amal ‘biasa-biasa’ pun boleh jadi ahsanu ‘amala

Betul ke? Ya, amalan yang biasa boleh menjadi luar biasa kerana nilai sebenar amal soleh terletak pada niat. Ingatkah anda pada kisah dua anak Nabi Adam, Habil dan Qabil, apabila diperintahkan untuk mengerjakan ibadah korban, mereka patuh, kata orang “sami’na waatha’na.” Namun apa yang berlaku? Hanya korban Habil sahaja dterima Allah kerana Habil melakukannya kerana Allah dan memilih ternakan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada Rabbul Jalil. Malang pula bagi Qabil yang tidak dterima Allah akan korbannya kerana niatnya yang tidak ikhlas dan memilih hasil ternakan yang kurang elok untuk dikobankan. Qabil menyahut perintah Allah, tetapi tidak mempersembahkannya dengan cara yang terbaik, tetapi dibuat secara ‘sambil lewa’. Maka korbannya tidak mendatangkan hasil apa-apa melainkan hanya penat lelah yang diperoleh. Rugilah bagi diri yang mempunyai nasib seperti Qabil.

Daripada kisah Habil dan Qbil, mungkin bilangan ternakan mereka sama banyak atau lebih kurang banyak sahaja, namun itu tidak dipandang Allah, Allah menerima korban hambaNya dari sudut ‘kualiti’, bukan hanya ‘kuantiti’!

Bagaimana niat boleh menjana Ahsanu ‘Amala?

  1. Niat lebih baik dari amal.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Niat orang mukmin itu lebih baik daripada amal perbatannya.” {HR Thabrani dari Sahl bin saad). Imam Ghazali rahimahullah mengibaratkan niat itu seperti tiang, katanya : “ Tiang amal itu niat. Amal memerlukan niat supaya dengan niat itu, ia menjadi kebajikan. Dan niat itu sendiri adalah kebajikan walaupun amal perbuatan itu terhalang dengan sesuatu halangan.”

  1. Amal jadi besar kerana niat

Amalan yang kecil skali pun akan menjadi besar di sisi Allah jika diniatkan keraa Allah, dengan syarat amalan yang baik, bukannya amalan yang keji. Malah amalan yang ‘biasa-biasa’ akan menjadi luar biasa sekiranya niat tulus kerana Allah. Tetapi amal yang baik tanpa niat yang ikhlas walaupun pada hakikat zahirnya nampak baik, tidak akan dinilai oleh Allah. Berpahala atau tidak, diredhai atau tidak, dipandang besar atau kecil di sisi Allah adalah berdasarkan pada keikhlasan niat.

  1. Satu kebaikan, banyak pula ganjarannya

“ Boleh ke satu kebaikan membuahkan banyak ganjaran?” Ya, dengan memperbanyakkan niat yang baik-baik, akan menjadi ‘nilai tambah’ atau ‘pemangkin’ (catalyst) kpada amalan yang satu tadi ibarat satu serampang tapi banyak mata! Kata Imam Ghazali, “ Banyaknya niat yang baik membawa kepada berlipat ganda kelebihan.” Malangnya bagi seseorang yang hanya sibuk dengan nikmat dunia yang tidak ada cita-cita akhirat kerana sukar untuk meniatkan yang ‘baik-baik’ kerana mata mereka hanya dikaburi kebendaan.

  1. Allah tolong mengikut kadar niat

Sudah semestinya manusia beriwa hamba memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Manusia yang yakin dengn ganjaran daripada Allah akan berusaha memperbaiki niat dan amalannya untuk dipersembahkan kepada Khaliqnya iaitu Allah Azzawajalla. Khalifah Umar Abdul Aziz ketika diutuskan surat dripada Salim bin Abdullah, membaca akan isinya yang berbunyi, “ Ketahuilah bahawa pertolongan Allah kepada hambaNya atas kadar niatya. Maka siapa yang sempurna niatnya, maka sempurnalah pertolongan Allah kepadanya. Dan jika kurang, nescaya berkuranglah kadarnya.” Jika amalan yang kecil pun boleh jadi besar, apatah lagi amalan yang besar, sudah pasti akan lebih besar ganjarannya. Betapa Allah Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNya. Maka semua amalan tu akan menjadi amal taqwa yang mendekatkan seorang hamba kepada Allah. Semakin dekat dengan Allah, semakin dekatlah dia dengan rahmat dan kasih sayang Allah.


Mendapatkan ahsanu ‘amala dalam gerak kerja

Secara ringkasnya, dalam menjana ahsanu ‘amala dalam gerak kerja terutamanya gerak kerja dakwah dari pelbagai aspek kehidupan sama ada dari sudut pendidikan, ekonomi, politik, sosial, ada beberapa kriteria yang perlu dititikberatkan :

1. Memaksimumkan kelebihan atau potensi yang dimiliki
Setiap individu yang dilahirkan di atas muka bumi ini sudah pastinya memiliki kelebihan dan potensi masing-masing. Bohonglah sekiranya seseorang yang berkata, “ Saya tidak dapati apa pun keistimewaan pada diri saya.” Sekalipun banyak kekurangan yang dmiliki, pasti ada kelebihan sama ada tersurat mahupun tersirat. Seseorang mungkin hebat dari segi penyampaiannya, yang lain pula hebat dari segi penulisannya, yang lain pula hebat dari segi memberikan pandangan bernas, semuanya saling melengkapi sekiranya diadun sekali sebagaimana ‘cucur udang’ yang diadun dengan bermacam bahan untuk menjadikannya bertambah sedap! Oleh sebab itu, dalam mendapatkan kerja yang optimum, semuanya harus menggunakan sepenuhnya potensi yang ada.

2. Dibuat dengan hati yang ikhlas, lapang, dan bahagia.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Jika kebaikanmu membuatmu bahagia, dan keburukanmu membuatmu susah, maka kamu adalah Mukmin" (HR.Ahmad) Sikap berlapang dada sesama manusia dan pandangan sangat penting, tambahan pula bagi yang mengerjakan gerak kerja dakwah. Bayangkan sekiranya hati tidak ikhlas, tidak dapat menerima teguran orang lain, saling bermasam muka, bagaimana mungkin hati dapat dipujuk untuk melakukan kerja yang terbaik. Belajarlah untuk membuat sesuatu untuk ‘menghargai’, bukan hanya untuk ‘dihargai’!

3. Bersyukur dan Doa kepada Allah, Yang Maha Menguasai segala sesuatu
Setiap usaha harus disertai dengan doa dan tawakkal kepada Allah, serahkan semua urusan kepada Allah yang berkuasa mempermudah segala urusan. Setiap muslim haruslah menyedari bahawa semua kebaikan dan potensi yang ada pada diri kita adalah anugerah dan rahmat dari Allah Ta'ala dan tidak pula merasakan bahawa semua kebaikannya adalah karena dirinya dan usahanya. Manakan dapat seseorang manusia hidup dan mencapai kejayaan tanpa kudrat dari Tuhannya??


”Bagi pemimpin dalam dakwah, mereka mempunyai hak seperti bapa dalam ikatan hati, guru dalam faedah keilmuan, sebagai Syeikh dalam pendidikan kerohanian, sebagai ketua dalam memutuskan siasah umum bagi dakwah. Malahan dakwah kita menghimpunkan seluruh pengertian ini.”

-AsSyahid Imam Hassan Al-Banna-

Tanah dan Hujan?  

Posted by: ~princess Islam~ in

TINTAKU..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah swt kerna izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersua kembali untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan coretan perjalanan sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Alhamdulillah, kerna kita masih lagi diberi peluang untuk terus menghirup oksigen yang tidak pernah putus-putus sejak dari kita dilahirkan. Dan yang paling utama dan pertama, kita masih diberi peluang untuk mengecap nikmat iman dan Islam dan sama2 kita doakan agar dapat terus-menerus mengecap nikmat ini sehingga akhir hayat kita. Amin ya rabbal 'alamin. Hari dan tika ini, bumi IPG Kampus Tuanku Bainun dibasahi dan disimbahi hujan setelah beberapa hari dipancar dengan sinaran cahaya matahari. Alhamdulillah, moga-moga hujan yang turun ini adalah rahmat dari Allah swt. Mendengar rintik-rintik hujan dan melihat titisan hujan yang membasahi bumi menerusi jendela, aku teringat dengan pembacaan Majalah Solusi tempoh hari yang mana membicarakan tentang tanah dan hujan. Untuk itu, ingin kukongsikan bersama dengan sahabat2 sekalian tentang satu hadis Rasulullah saw.
_____________________________________________________________________________________


IBARAT TANAH DAN HUJAN..


Dalam sebuah hadis sahih (Riwayat Al-Bukhari no. 79 dan Muslim no. 6093), Rasulullah saw telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan ilmu yang dibawa oleh Baginda untuk seluruh alam diibaratkan seperti 'hujan'. Manakala hati-hati manusia pula Baginda ibaratkan seperti "tanah". Ya, memang tepat dengan perbandingan tersebut, kerna memang asal kita daripada tanah dan akan dikembalikan jua di dalam tanah. Secara ringkasnya :


  • Hidayah dan Ilmu- hujan yang lebat dan turun menimpa bumi
  • Manusia - tanah di bumi

Untuk keterangan yang lebih jelas, Rasulullah saw lalu membahagikan pula tanah-tanah bumi yang menerima hujan ini kepada 3 jenis.


:: PERTAMA ::


Maksud hadis:


"Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak."


Tahukah anda siapakah golongan ini? Mereka ialah manusia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah swt lalu beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka. Malah kesan ilmu dan hidayah itu bukan sahaja untuk diri, malah mereka memanfaatkan juga orang lain yang berada di sekeliling mereka dengan mengajarkannya dan menyebarkannya.



:: KEDUA ::


Maksud hadis:


"Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air, maka dengannya Allah swt memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum, memberi minum dan juga bercucuk tanam."


Inilah golongan yang juga baik. Walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah daripadanya atau ilmu itu tidak begitu berkesan pada diri mereka, namun mereka berjaya menyebarkannya dan menyampaikannya kepada orang lain. Maka dengan itu ramai manusia yang mengambil faedah malah lebih baik daripada dirinya. Namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambakan sahamnya di akhirat.



:: KETIGA ::


Maksud hadis:


"Dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi, ia hanyalah tanah gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput."


Mampukah kita berkata apa-apa lagi tentang golongan ketiga ini? Sudahlah tidak mahu menerima ilmu, dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.


Di akhir bicara, Baginda saw telah membuat kesimpulan jenis tanah-tanah tersebut. Yakni maksud hadis yang berbunyi:


"Begitulah diibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaku. Dia mengetahui lalu mengajarnya kepada yang lain. Begitu jugalah diibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang diberikan kepadaku dan tidak menerima petunjuk Allah yang diutuskan aku dengannya."

_____________________________________________________________________________________


Ayuh sama-sama kita fikirkan. Tanah jenis apakah kita ini? Adakah selama ini kita benar-benar memanfaatkan "hujan" itu? Hadis ini sudah cukup jelas untuk kita renung dan sama2 fikirkan. Mudah-mudahan kita ditetapkan iman dan tetap dipandu hidayah dan ilmu untuk mengharungi bahtera akhirat yang bakal kita tempuhi.


Rujukan : Majalah Solusi Isu 18

Tetamu Terakhir..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Saudaraku, tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungimu? Tahukah anda apa tujuan ia menziarahi dan menemuimu? Apakah hajatnya darimu?

Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu, atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut!

Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu!!

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. Ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; ketika kamu sedang sibuk ataupun lapang, sedang sehat ataupun sedang sakit, semasa kamu masih kaya ataupun sedang melarat, ketika kamu sedang bemusafir atau pun tinggal di tempatmu.!!

Saudaraku! Pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah. Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan-ucapan dan tangismu bahkan oleh jeritanmu dan sahabat-sahabat yang menolongmu. Ia tidak akan memberimu kesempatan untuk menilai semula perhitungan-perhitunganmu dan meninjau kembali urusanmu!

Kalau pun kamu berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab seluruh hartamu itu tidak bererti apa-apa baginya dan tidak membuatnya berpaling dari tujuan asal nya!

Sungguh! Ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain! Ia menginginkanmu semuanya bukan separuh badanmu! Ia ingin membinasakanmu! Ia ingin kematian dan mencabut nyawamu! Menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! Dia lah malaikat maut!!!

Allah s.w.t berfirman, artinya:

"Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan." (QS. As-Sajadah: 11)

Dan firman-Nya, artinya:

"Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya." (QS. Al-An'am: 61)

Kereta Usia


Tahukah kamu bahawa kunjungan Malaikat Maut merupakan sesuatu yang pasti? Tahukah kamu bahawa kita semua menjadi musafir di tempat ini? Sang musafir hampir mencapai tujuannya dan mengekang kendaraannya untuk berhenti?

Tahukah kamu bahwa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan 'kereta usia' sudah mendekati destinasi terakhirnya? Sebahagian orang soleh mendengar tangisan seseorang atas kematian temannya, lalu ia berkata dalam hatinya, "Aneh, kenapa ada kaum yang akan menjadi musafir menangisi musafir lain yang sudah sampai ke tempat tinggalnya?"

Berhati-hatilah!

Semoga anda tidak termasuk orang yang Allah s.w.t. sebutkan, mafhumnya:

"Bagaimanakah (keadaan mereka) apabila Malaikat (Maut) mencabut nyawa mereka seraya memukul muka mereka dan punggung mereka?" (QS. Muhammad: 27)

Atau firman-Nya, mafhumnya:

"(Iaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata), ‘Kami sekali-kali tidak ada mengerjakan sesuatu kejahatan pun." (Malaikat menjawab), "Ada, sesungguh-nya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan. "Maka masuklah ke pintu-pintu neraka Jahannam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu." (QS. An-Nahl: 28-29)

Tahukah kamu bahwa kunjungan Malaikat Maut kepadamu akan mengakhiri hidupmu? Menyudahi aktivitimu? Dan menutup lembaran-lembaran amalmu?

Tahukah kamu, setelah kunjungan-nya itu kamu tidak akan dapat lagi melakukan satu kebaikan pun? Tidak dapat melakukan soalat dua raka'at? Tidak dapat membaca satu ayat pun dari kitab-Nya? Tidak dapat bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, beristighfar walau pun sekali? Tidak dapat berpuasa walaupun sehari? Bersedekah dengan sesuatu meskipun sedikit? Tidak dapat melakukan haji dan umrah? Tidak dapat berbuat baik kepada kerabat atau pun tetangga?

‘Kontrak' amalmu sudah berakhir dan engkau hanya menunggu perhitungan dan pembalasan atas kebaikan atau keburukanmu!!

Allah s.w.t. berfirman, yang bermaksud :

"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, "Ya Tuhanku, kembalikan lah aku (ke dunia)." Agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak. Sesungguh-nya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (QS. Al-Mu'minun: 99-100)

Persiapkanlah Dirimu!

Mana persiapanmu untuk menemui Malaikat Maut? Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya; di alam kubur ketika menghadapi pertanyaan, ketika di Padang Mahsyar, ketika hari Hisab, ketika ditimbang, ketika diperlihatkan lembaran amal kebaikan, ketika melintasi Shirath dan berdiri di hadapan Allah Al-Jabbar?

Dari ‘Adi bin Hatim r.a. dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tidak seorang pun dari kamu melainkan akan diajak bicara oleh Allah pada hari Kiamat, tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikannya dan memandang yang lebih malang darinya, maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya. Lalu memandang di hadapannya, maka ia tidak melihat selain neraka yang berada di hadapan mukanya. Kerana itu, takutlah api neraka walau pun dengan sebelah biji kurma dan walau pun dengan ucapan yang baik." (Muttafaqun 'alaih)

Hitungkanlah Dirimu!

Saudaraku, bermuhasabahlah ke atas dirimu di saat masa lapang mu, fikirkanlah betapa cepat akan berakhirnya masa hidupmu, bekerjalah dengan sungguh-sungguh di masa lapangmu untuk masa sulit dan keperluanmu, renungkanlah sebelum melakukan suatu pekerjaan yang kelak akan dicatit di lembaran amalmu.

Di mana harta benda yang telah kau kumpulkan? Apakah ia dapat menyelamatkanmu dari cubaan dan huru-hara itu? Sungguh, tidak! Kamu akan meninggalkannya untuk orang yang tidak pernah menyanjungmu dan maju dengan membawa dosa kepada Yang tidak akan bertolak ansur denganmu!

_____________________________________________________________________________________

Ibnu Umar r.a pernah berkata, "Aku pernah mengadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Anshor berdiri seraya berkata, "Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?" Beliau menjawab, "(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat." (HR. Ath-Thabrani, disahihkan al-Munziri)

TINTAKU..

Dalam pada aku bersembang-sembang bersama teman sebilik dan sahabat sekelas tadi, entah macamana kami terkeluar topik "kematian". Topik yang sangat takut untuk dibicarakan, namun sangat bagus untuk diperkatakan. Bukankah orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati? Dan kematian adalah sebaik peringatan. kematianlah sesuatu yang amat menakutkan bagi manusia yang masih hidup di atas muka bumi ini. Walhal, alim ulamak atau para pejuang sangat rindu akan kematian, sangat rindu untuk bertemu Allah swt. Mengapa tidak kita? Jawabnya kita masih tidak bersedia bertemu Allah dalam keadaan bekal kita masih tidak mencukupi.

Ingatan terhadap ayah dan datukku kembali segar di ingatan. Ya, aku masih ingat bagaimana mereka meninggalkan kami. Ayahku, sakitnya hanya sementara, tidak dijangka dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Datukku, memang tidak disangka-sangka dia akan pergi dalam keadaannya yang sihat walafiat. Memang, sesuatu yang tidak disangka. Bagaimana pula yang meninggal ketika tidur seperti yang diceritakan teman sebilikku apa yang dialami allahyarham ayahnya. Memang tidak dijangka, kematian akan menjengah bila sampai waktunya. Begitu juga dengan diriku, entah esok atau lusa kematian menjemputku. Namun, jangan pernah kita lupa untuk selalu berdoa dimatikan dalam husnul khatimah, mati dalam keadaan baik, amin. Jangan lupa untuk terus menambahkan bekalan kita. Aku teringin mati dalam keadaan syahid, berjuang di jalanMu, aku teringin mati dalam sujudku kepadaMu, dan aku teringin untuk mati dalam beribadat mengarapkan keredhaanMu. Ya Allah, jangan matikan kami dalam su'ul khatimah, na'uzubillah!!Ampunilah dosa hamba, Ya Allah!


SUDAH BERSEDIAKAH KITA UNTUK DIUSUNG PERGI??AYUH SAMA-SAMA PERSIAPKAN DIRI!

KKPNBKS  

Posted by: ~princess Islam~ in


Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang masih tidak putus dikurniakan kepada kita..Allahumma shalli wasallim 'ala nabiyyina Muhammad s.a.w.,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, akhirnya berpijak juga aku di bumi kelahiranku tepat jam 4.30 pagi tadi. Walaupun perasaan rindu akan famili dan kampung halaman yang membuak2, namun ku gagahi diriku untuk meneruskan kewajipanku. Cutiku terpaksa ditunda dua hari lewat kerana dikehendaki menghadiri Kem Kepimpinan BKS dan Pemantapan Nuqaba'. Alhamdulillah, walaupun masa yang singkat tersebut, boleh aku katakan aku mendapat motif/matlamat yang ingin disasarkan. Di sini, serba ringkasnya, besar hatiku untuk berkongsi sedikit pengisian daripada program tersebut. Sungguh, saya sungguh terkesan dengan slot kuliah dasar 1, 2, dan 3.

KULIAH DASAR 1 : DAKWAH DAN TUNTUTANNYA

Dalil kewajipan berdakwah :

Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud, " Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan(hikmah) dan pengajaran(nasihat) yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhamu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalnNya dan Dialah yang mengetahui siapa yang dapat petunjuk.."

Rasulullah pernah menyatakan yang bermaskud " Sampaikanlah kamu walaupun satu ayat."

Hukum berdakwah :

Terdapat dua pendapat dalam menyatakan hukum berdakwah iaitu :

1) Fardhu Kifayah
Ini berdasarkan firman Allah :
" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh membuat segala perkara baik serta melarang daripada yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang beruntung."
~Surah Ali Imran : 104 ~

2) Fardhu Ain
" Kamu adalah umat yang terbaik, yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat salah."
~ Surah ali Imran : 110~

Ciri2 berdakwah :
1) Rabbani
2) Sejagat
3) Syumul


KULIAH DASAR 2 : TUNTUTAN BERORGANISASI DALAM ISLAM

Firman Allah dalam surah al-Sof ayat 4 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah anat mencintai mereka yang berjuang di jalanNya dalam keadaan Saf (berorganisasi) seumpama bangunan yang terbina kukuh."

Kaedah usul fiqh :
ما لا يتم الواجب الا به وهوواجب
"Tidak sempurna sesuatu yang wajib itu dengan sesuatu kecuali dengan sesuatu itu, maka ia menjadi wajib.."

Konsep Berorganisasi :
  • Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas Islam sebagai satu cara hidup
  • Mencapai matlamat badan dakwah yang telah disepakati
  • Mengamalkan amar makruf nahi munkar
  • Menghormati ketua, mengangkat bai'ah dan memberi wala' kepadanya
  • Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan sebarang bentuk program
  • Tidak mempunyai penyakit2 hati seperti riya',bangga, penting diri sendiri, dengki dan menjatuhkan orang lain
  • Mempunyai ukhuwwah yang mantap dlm kalangan ahli
  • Selalu berbincang apabila timbul sebarang masalah
  • Berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta dsb untuk menbantu organisasi

KULIAH DASAR 3 : MEHNAH DAN TRIBULASI DLM DAKWAH

Firman Allah yang bermaksud :

"Apakah manusia menyangka bahawa akan dibiarkan berkat "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Demi sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum daripada kamu. Maka dengan itu terbuktilah pada sisi Allah orang2 yang benar sbgaimana terbukti pula orang2 yang dusta.."
~ Surah al-Ankabut : 2-3 ~

Perlu diingat dengan Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud :
Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah, iaitu :
  • Mukmin yang dengki padanya
  • Munafik yang benci kepadanya
  • Kafir yang memeranginya
  • Syaitan yang menyesatkannya
  • Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Hikmah mehnah :
  1. Menunjukkan sifat kehambaan, t/jawab serta pergantungan kpd Allah
  2. Menampakkan yang hak dan batil
  3. Melahirkan individu yang berjiwa besar utk kebangkitan Islam
  4. Mendidik kesabaran, dan azam yang kuat
  5. membersihkan orang2 yang beriman supaya keimanan mereka mantap

Cara Menghadapi :
  1. Ikhlas dlm perjuangan
  2. Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
  3. Berada dlm jemaah
  4. Sabar dan gigih dlm menghadapi musuh2 Islam
  5. Meletakkan cita2 tertinggi "syahid dalam perjuangan."
....................................................................................................................................................................
Dari Ust Afnan :
5 Syarat pemimpin berpengaruh / berjiwa besar :
  • Berwawasan
  • Menguasai pasukan
  • Mesti dipercayai
  • Menjadi Rijalu Siyasi
  • Menjadi ahli masyarakat(amal jama'ie)
..........................................................................................................................................................

Sebelum berakhirnya program tersebut, aku membuat refleksi serba ringkas. Kataku :

" Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah, wa syukurillah..Pertamanya, jutaan terima kasih kepada fasilitator yang terlibat, ajk pelaksana, dan sahabat2 sekalian atas kerjasama yg diberikan, dan ribuan kemaafan seandainya terdapat khilaf dalam diri saya..Walaupun kita berpenat lelah selama dua hari ni, saya berharap dengan masa yang kita luangkan sedikit ini menjadi titik mula dan akan diganjarkan dengan berlipat kali ganda dari Allah. Secara peribadinya, saya sangat terkesan dengan pengisian ketiga2 kuliah dasar yang disampaikan, bermula dari KD1 iaitu Tuntutan dakwah yang mana kita telah mengetahui hukum dakwah itu sendiri, kemudian diteruskan dengan Tuntutan Berorganisasi dan last sekali Mehnah dan Tribulasi dlm dakwah. Mehnah dan tribulasi memang tidak boleh dipisahkan dengan dakwah seumpama perkara yang wajib.

Suka saya mengingatkan kembali akan firman Allah di dalam surah ali Imran ayat 110 yang bermaksud : " Kamu adalah umat yang terbaik, yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat salah, dan kamu beriman kepada Allah".Dalam ayat ini, dapat kita lihat syarat untuk menjadi "khaira ummah" mengandungi 3 aspek yang mesti kita laksanakan iaitu amar makruf, nahi munkar, dan beriman kepada Allah. Dan saya yakin kita semua sudah berada dalam landasan yang betul. Dan saya mendoakan kita semua tergolong dalam golongan "khaira ummah" yang difirmankan Allah swt. Akhir sekali, salam perjuangan untuk semua dan berjuanglah untuk Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.InsyaAllah,amin.."

Bergambar bersama barang amanah..hehe..

Apakah ini??

Presentation from our group..pandai kome berlakon..:)

Pelukan seorang sahabat..seutuh ukhwah kami..insyaAllah.:)

Serba sedikit perkongsian dariku..Wallahua'lam..

Seminar + Hebahan  

Posted by: ~princess Islam~ in


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kali ini aku berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu setelah lama membiarkan blog ini bersarang. Semalam, aku berkesempatan untuk menghadiri satu seminar pemantapan aqidah. Akan ku kongsi komentar ringkas dari pengisian yang ku timba dari seminar tersebut.

SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Tarikh : 10 Disember 2009 (Khamis)

Tenpat : Dewan Besar Balai Islam, Lundang



Pembentangan Kertas Kerja Pertama :

Aqidah Islam : Asas Perpaduan Ummah dan Cabaran

Dr Johari Mat -Ketua Eksekutif KIAS

KOMENTAR :

Pembentangan yang dibuat oleh Dr Johari begitu berkesan mengenai asas pegangan aqidah dalam seluruh aspek kehidupan. Perkara ini ditekankan memandangkan masalah kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini berpunca dari aqidah yang longgar. Betapa peri pentingnya pegangan aqidah dalam kehidupan kita untuk mencapai matlamat sebenar hidup kita iaitu menggapai redhaNya. Untuk mencapai addin yang sebenar, hendaklah mempunyai pegangan aqidah yang utuh dan mempunyai sistem hidup berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.



Pembentangan Kertas Kerja Ke-2 :

Bahaya Ajaran Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah & Negara

Ust Ahmad Nasim B Abdul Rauf
- Pusat Pengajian Al-Quran Darulkautsar

KOMENTAR :

Pembentangan yang dibuat oleh Ustaz Nasim membuka mindaku tentang bahaya Syi'ah kepada pegangan aqidah kita khususnya. Antara kita sedar atau tidak, ajaran Syiah mula disebar luas termasuk di Malaysia sendiri. Seminar ini memberi jalan kepadaku untuk mengenali Syiah dengan lebih teliti supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan oleh mereka terutama secara "taqiyyah". Pembentangan yang amat berkesan dari Ust Nasim memberiku impak yang besar dalam memperbaiki diri dan berusaha memantapkan aqidah dari semasa ke semasa. Masa begitu singkat, belum puas aku mendengar penjelasan, dan banyak lagi yang perlu dikupas. Namun, aku cukup berpuas hati dengan pembentangan kali ini.




Pembentangan Kertas Kerja Ke-3 :

Masalah Khilafiah Di Malaysia

YB. SS Dato' Mufti Negeri Kelantan

P/S : Untuk pembentangan kertas kerja yang ketiga. aku tidak dapat hadir disebabkan sedikit kekangan..

" Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama yang telah diwahyukan kepada Nuh, dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, Isa, iaitu tegakkan agama, dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.."

~ Mafhum surah asSyura :13 ~

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami atas agamaMu.."

---------------------------------------------------------------

::.HEBAHAN.::