Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009
Posted by: ~princess Islam~ in Isu Semasa

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.
Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
From : Harakah Daily
Komentar dariku : Tahniah Tok Guru atas penghormatan yang diberikan..Semuanya menunjukkan hasil kewibawaan TGNA sebagai pemimpin, ulama, yang berpengaruh bukan sahaja di Malaysia malah di dunia..Bangga jadi rakyat Kelantan di bawah pemerintahan Tok Guru..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Sekarang ini, rata2 ipta atau ipts hari ini ditutup buat sementara waktu disebabkan wabak penyakit yang melanda negara kita pada hari ini iaitu Influenza A atau lebih dikenali dengan H1N1,selesema babi yang bermula di Mexico dan Amerika Syarikat, kini menyerang dunia menyebabkan ramai yang menjadi mangsa.
Begitu juga dengan institusi pengajianku telah ditutup buat sementara waktu selama seminggع atas arahan Kementerian Kesihatan.Berpeluang la aku bercuti di rumah selama seminggu..=)
Pagi tadi ada perhimpunan kat dataran, semata2 nak memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang bahayanya h1n1..sekarang ni institut dah tubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk mencegah h1n1 ni..alhamdulillah,institut ni amat mengambil berat kebajikan guru pelatih melihat kepada bilangan penduduk Malaysia yang menjadi korban akibat wabak Influenza A ini semakin meningkat kepada 15 orang..seperti yg dikatakan en eow, peratus mangsa yang terkorban daripada yang positive mencecah lebih 1%..perbandingannya, jika dalam 100 orang, mungkin seorang akan dijangkiti..dlm 600 orang, mungkin 6 orang yg dijangkiti..
Ya Allah,kami berlindung denganMu dari wabak penyakit h1n1 ini..Nauzubillah minzalik..
Segala yang terjadi itu ada hikmahnya..Mungkin ini adalah ujian dan juga mungkin sebagai balasan atas kesilapan manusia itu sendiri yang melanggar hukum Allah.Di dalam Surah Al-hadid ayat 22 Allah SWT berfirman yang mafhumnya: "Tiada suatu pun bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Loh Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."Inilah peringatan yang Allah turunkan.Namun, terpulang ke atas manusia itu sama ada untuk memikirkannya ataupun tidak.
Wabak selsema babi yang menular ini mudah berjangkit melalui sentuhan secara langsung dengan babi atau pemindahan virus selesema babi kepada manusia. Walaupun umat Islam tidak memakan babi atau terbabit secara langsung dalam menguruskan penternakan babi, virus yang menjangkiti manusia daripada babi boleh menyebabkan jangkitan antara manusia yang dijangkiti dengan manusia lain.Keadaan hari ini amat mendukacitakan kita yang akur akan perintah Allah yang sememangnya mengharamkan kita memakan daging babi tersebut.Semua yang terjadi hari ini akibat sikap sombong dan bongkak manusia melanggar perintahNya yang telah termaktub di dalam al-Quran.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah ayat 3 bermaksud: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik."
Kepada sahabat yang telah dijangkiti virus ini, bersabarlah di atas ujian yang menimpa. Dengan kesabaran itu diharapkan diganjar dengan kebaikan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Hebat dan amat mengagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa bahagia dia bersyukur, maka ia peroleh kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga." (Riwayat Muslim).
Apa yang perlu kita buat adalah kita perlu yakin dan berdoa bahawa wabak yang melanda akan terhapus juga akhirnya dengan kuasa Allah SWT yang menjadikan sesuatu dengan sebab dan musababnya.

Terkini|MANEK URAI, 14 Julai (Hrkh) - Keputusan rasmi, PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi.
8.15 malam:Berdasarkan pada penjumlahan undi melibatkan lima pusat mengundi, PAS mendahului dengan 3,471 undi manakala BN pula 3,262 undi. Perbezaan ialah 209 undi.
8.35 malam: Keputusan tidak rasmi PAS menang dengan majoriti 64 undi dan BN telah memohon untuk membuat kiraan semula.
9.00 malam:Keputusan rasmi PAS menang dengan kelebihan 65 undi mengalahkan BN di Manek Urai.
~ PRK Manek Urai: Membangun Bersama Islam lawan 1Malaysia
~ Nik Aziz istihar esok cuti!
Mansuh PPSMI bukan desakan - Tun Abdullah
KUALA LUMPUR 9 Julai - Keputusan kerajaan mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bukan kerana desakan pihak tertentu sebaliknya ia hasil keputusan analisis pelaksanaan dasar itu selama enam tahun.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh dengan serta-merta menukar dasar yang dilaksanakan tanpa membuat pertimbangan sewajarnya walaupun wujud desakan kuat supaya ia dimansuhkan.
Beliau yang bersetuju dengan langkah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012 berkata, keputusan itu dibuat setelah dianalisis keberkesanan pelaksanaan dasar itu sejak 2003.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima berhubung keberkesanan dasar itu, menunjukkan ia gagal.
Kerajaan jelas beliau, harus menjalankan kajian terlebih dahulu untuk memastikan keputusan yang dibuat lebih adil kepada semua pihak.
"Sebelum ini kita banyak mendapat memorandum meminta untuk mengkaji semula, maka kita menetapkan supaya satu kajian dibuat mengikut tempoh pelaksanaan dasar itu iaitu selama enam tahun (2003 hingga 2009).
"Dan semalam keputusan telah dicapai menerusi kajian selama enam tahun itu. Itu membuktikan keputusan semalam dibuat bukan kerana desakan," katanya.
Info lanjut..
K'jaan akui PPSMI banyak kelemahan
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.
Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.
Lagi..and more about PPSMI..
