Showing posts with label Bingkisan Ramadhan. Show all posts

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul Quran  

Posted by: ~princess Islam~ in



Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Cintailah al-Quran..dekatinya, basahkan lidah dgn senantiasa membaca kalimah2 Tuhan, bertadabbur dgnnya, dan berusaha utk mengamalkan apa yg tersirat di dlmnya..insyaAllah, ia kan menjadi peguam bela kita di mahkamah Allah Rabbul Jalil kelak..amin..

::.Memburu Lailatul Qadar.::  

Posted by: ~princess Islam~ in



Daripada Anas r.a, berkata,"Telah masuk bulan Ramadhan,lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadana maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia benar2 rugi.."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Daripada hadis di atas, memang tidak dinafikan orang yang 'terlepas' dari malam al-qadar ialah mereka yang rugi..Pada hakikatnya, mereka telah memusnahkan nikmat besar itu dengan tangannya sendiri..Malam yang menjanjikan balasan 1000 bulan, 80 tahun beribadat..Kita sendiri pun tidak yakin dapat hidup selama 80 tahun..Inilah peluang dan kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w..

Jikalau kita perhatikan, rata2 dalam masyarakat sekarang, meninggal dalam keadaan usia yang muda..Namun, cuma sekelumit yang mampu hidup dalam usia menjangkau 80 tahun..Usia tidak boleh dijangka oleh minda manusia..Semuanya dalam rahsia Allah s.w.t..Itulah umat Nabi Muhammad,usia semakin pendek namun Allah telah memberi bonus yang lumayan yang tidak pernah dirasai oleh umat terdahulu..Terpulang kepada diri kita untuk merebutnya atau membiarkan ia berlalu begitu sahaja..Di kesempatan ini jualah kita berpeluang untuk membersihkan diri kita daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan..

Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. telah bersanda,"Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab(berniat untuk mendapatkan ganjaran), akan diampunkan dosanya yang terdahulu..
(HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Hazrat Anas r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila tiba lailatul qadar, turunlah Jibril bersama satu kumpulan malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah dan apabila tiba hari Raya, iaitu Aidil Fitri, maka Allah akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya.

Dia berfirman,"Wahai malaikatKu!Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjaNya?"

Mereka berkata," Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya."

Allah berkata lagi," Wahai malaikatKu, hamba2Ku lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan perintahKu ke atas mereka, kemudia mereka keluar sambil melaungkan doa, demi kemuliaan dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu, dan demi kedudukanKu pasti Aku menerima doa2 mereka."

Kemudian Allah berfirman," Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan."

Nabi bersabda,"Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun."

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian..Jangan biarkan kita menjadi manusia yang rugi dek kelalaian kita mensia-siakan nikmat yang Allah beri ini..Ku mendoakan semoga doa yang selalu kita doakan..

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah! berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka..
~al-Baqarah : 201~

InsyaAllah, akan dimakbulkan Allah..Sesungguhnya, kita mengharapkan pelepasan dari api neraka dan kebaikan di dunia dan akhirat..Juga perbanyakkan juga doa ini, doa yang disebut Rasulullah kepada isterinya,Aishah, ketika ditanya doa apa yang perlu diperkatakan di malam al-qadar..
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

"Ya Allah, sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berilah daku keampunan.."

Wallahua'lam..


::.Bagaimana Ramadhanmu?.::  

Posted by: ~princess Islam~ in


Salam ramadhan..salam mahabbah..dan salam perjuangan..

Kaifa halukum??kaifa imanukum??semuanya dalam keadaan baik??dan macamana ramadhanmu??adakah kamu meraikannya dengan amal soleh ataupun tidak??Alhamdulillah, begitu banyak nikmat yang Allah kurniakan..Namun, selama kita hidup di atas muka bumi ini, Allah masih selamatkan kita dari kekufuran..masyaAllah!..Hari ini, ana baru berpeluang untuk meng'update' blog yang serba kekurangan ni..Hari ini masuklah hari ke18 kita menyambut Ramadhan..begitu pantas masa berlalu..Tinggal 12 hari sahaja lagi Ramdhan akan meninggalkan kita..Namun, apakah 18 hari yang lalu kita manfaatkan sebaiknya??Begitu besar ganjaran yang Allah sediakan..Namun, ramai dalam kalangan kita masih di takuk yang sama..dalam alam yang dipenuhi karat2 jahiliah..di mana kita??

Sedangkan, bulan rahmat inilah merupakan madrasah untuk kita tarbiah dan bersihkan hati kita..dari kekotoran jahiliah yang sudah lama bersarang dalam lubuk hati kita..selama 11 bulan hati kita ini terdidik oleh syaitan dan nafsu..selama itu jugalah kita tidak pernah serik melakukan dosa..Namun,Allah maha Penyayang kepada hamba-hambaNya..Peluang dihamparkan seluas-luasnya kepada kita untuk kita sucikan balik hati kita..Di bulan penuh barakah ini, marilah sama-sama kita berusaha mengembalikan diri kita yang asal..kembali kepada fitrah sebagaimana kita dilahirkan.. dalam keadaan suci bersih..tanpa sebarang dosa..Pintu rahmat terbuka luas, disediakan kepada mana-mana sahaja hambaNya yang mahu kembali kepadaNya..

Memetik kata2 Ustaz Rizal pada Majlis Nuzul al-Quran pada minggu lepas,
"..di waktu sunyi di sepertiga malam, bangunlah mengadap Allah..Lafazkan kasih kita pada Allah..Lafazkan kata yang tak pernah kita sebut sebelum ini.."Aku cintakanMu,ya Allah..Pernahkah kita sebut lafaz itu??Lafazkan juga kasih kita kepada junjungan besar,Nabi Muhammad saw.."

Aku menyeru diriku dan sahabat-sahabat sekalian,rebutlah peluang yang masih ada ini..Allah telah menjanjikan kita untuk memberi pelepasan dari api neraka bagi mereka yang benar2 memohon..Sungguh, kita sememangnya tidak mampu untuk melawan azab Allah..

JOM REBUT PAHALA!!
Sekadar renungan..Wallahua'lam..


Ahlan Ya Ramadhan Kareem..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum wbt..
Salam mahabbah, salam sejahtera, dan salam Ramadhan Al-Mubarak..

Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih diberi pinjaman nafasku untuk menghirup udara Allah ini..MasyaAllah,Maha Pengasih Allah..sehingga aku masih lagi diberi kesempatan untuk dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, Ramadhan al-Mubarak..Bukan sahaja muslimin muslimat sahaja yang ,menanti-nanti kedatangan bulan ini, malah para malaikat, dan seluruh makhlusk Allah di langit dan di bumi..MasyaAllah..

Maha Pemurah Allah..yang telah menjadikan bulan ini untuk memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk mengaut sebanyak mungkin pahala yang dilipat gandakan di bulan berkat ini..Tika ini aku baharu sahaja selesai menunaikan solat Tarawikh di surau berdekatan dengan rumahku..Aku bersyukur kerna telah diberi taufiq dan kudrat untuk menunaikannya..Aku sebenarnya baru sahaja tiba di bumi kelahiranku ini pagi tadi..Selamat sampai di destinasi pada pkul 3.30 pagi tadi..

Setibanya di rumah, aku terus menikmati sahur masakan emak..(walaupun simple, tapi masakan emak tetap no. 1)..berbeza dengan puasa sunat sebelum ni,kadang2 kita terlepas untuk bersahur..Ada juga yang mengambil ringan 'bersahur' ni..tetapi pada hakikatnya, Nabi s.a.w.:"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya.." (al-Bukhari dan Muslim)..Jadi,jangan lepaskan peluang untuk bersahur..

Banyak aku rasa tugasan menantiku di bulan berkah ini..assignment pun banyak, tambah2 lagi aku kena tolong mak buat biskut..ramai gak tempahan untuk raya kali nie..mudah-mudahan masa yang aku gunakan untuk tolong mak aku tidak disia2kan dan akan diganjari Allah..setiap apa yang kita lakukan untuk kebaikan dan niat kerana Allah insyaAllah akan mendapat balasan kebaikan,insyaAllah..

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk mempertingkatkan amalanku di bulan rahmat ini..Berikan aku hidayah dan taufiqMu kepadaku..Tidak akan aku lepaskan peluang ini dengan begitu sahaja..Begitu banyak bonus yang Allah sediakan sebagai kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya di bulan yang penuh 'promosi' ni..
Sebagai tambahan, berikut disertakan amalan2 yang dianjurkan di bulan ini berdasarkan nas yang kuat (dipetik dari http://www.zaharuddin.net/ :

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

SALAM RAMADHAN..