Assalamualaikum wbt..
Semalam, Mok Su Yah (mak sepupuku) yang tinggal berhadapan dengan rumahku telah kembali ke rahmatullah dalam pukul 10.30 malam semalam..Mase tu aku baru sahaja pulang dari rumah tok ayahku di kampung patek kerana ada tahlil..Baru sahaja aku melangkah naik ke dalam rumah, Pak Su Lim memanggil mak aku dalam keadaan cemas..Aku menyangka ada sape2 yang sakit..Namun, Pak Su Lim khabarkan kepada mak aku bahawa Mak Su Yah sudah kembali ke rahmatullah, baru sahaja..Aku tercengang..Tak percaya dengan kata2 itu..Mana tidaknya, semasa aku nak ke rumah tok ayahku pagi tadi, elok2 lagi Mok Su jumpa aku..Begitu pantas masa berlalu..Semasa kecilku, Mok Su lah yang mengasuhku..Teringat lagi kenangan2 lalu bagaikan baru sahaja berlaku..Aku segera ke rumah Mok Su untuk melihat keadaan Mok Su..Semasa aku sampai di rumah Mok Su, jasad Mok Su sudah tidak bergerak..kaku..Pak Su Lim kata Mok Su sesak nafas dan meninggal dalam tempoh yang begitu singkat..
Semasa aku menulis posting ni, jenazah Mok Su sedang disembahyangkan dan seterusnya ke tanah perkuburan untuk dikebumikan..Selamat jalan, Mok Su..Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh Allah swt dan mendapat tempat dalam kalangan orang2 yang soleh..amin..
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak dua menjak ini, banyak kematian yang berlaku..Aku termenung sejenak..Mungkin ini boleh memberi pengajaran kepadaku untukku muhasabah balik..Kematian boleh berlaku bila2 masa sahaja..tak kira tua atau muda, sakit atau tidak, semua pasti mengalaminya..
Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 185, yang bermaksud,"Setiap yang hidup (jiwa) pasti menemui kematian."Kita tidak dapat lari dari kematian..Walau dimana saja kita berada mati tetap akan menjemput kita.."
Firman Allah lagi dalam Surah an-Nisa' ayat 78, maksudnya,"Di mana saja kamu berada pasti kamu sekalian akan menemui kematian, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.."
Dalam surah al-Jumu'ah ayat 8 pula merakamkan firman Allah yang bermaksud," Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya ia akan mencarimu.."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa2ku..Ampunkanlah segala kesilapanku..kerna aku tidak tahu bila masanya aku akan pergi..Kepada sahabat2ku, maafkan kesilapanku seandainya ada khilaf pada diriku..
Wassalam..
11.30 a.m.,17 Jun 2009..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Di Dalam Kubur ?
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.
Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?
Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.
Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.

Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia?
Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu"
Apa jawapannya sebenar ?
Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-
ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ
Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur.
Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"
Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !
Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.
Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-
إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ
Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)
Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini.
Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ye, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga. Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :-
إنما المؤمن طائر يعلق في شجر الجنة حتى يرجعه الله إلى جسده يوم يبعثه
Ertinya : Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya. ( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)
Assalamualaikum wbt..
“Cepat2 la buat rumah, nanti tak sempat ayah nak tengok rumah,” kata Tok Ayah kepada Su Ah yang tengah merancang ingin membuat rumah..
“Temuramah lah semasa Tok Ayah ado ni..”kata Tok Ayah ketika kakakku,Nor, menemuramah Tok Ayah untuk mengambil sedikit biodata Tok Ayah untuk dimasukkan di dalam blog khas Haji Ismail family..
“Misalnya Tok Ayah x dok, kumpul la mcm ni lagi..”pesan tok ayah ketika hari raya taun lepas..menitis air mata Tok Ayah ketika tu..aku terkedu seketika, sedih dengan ungkapan yg dilepaskan dari bibir tok ayah..
Kata-kata itu masih terngiang2 lagi di telinga kami sekeluarga apabila teringat akan Tok Ayah..
Kini, suara tok ayah tidak lagi kedengaran.. Aku masih lagi teringat peristiwa yang bersejarah ku kira yang berlaku pada hari Khamis malam..Iaitu pada 11 Jun 2009, Tok Ayah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir tepat jam 10.17 malam..Pemergiannya sukar untuk kami sekeluarga terima lantaran dialah ketua bagi kami sekeluarga..Sukar juga untuk kami percaya kerana begitu pantas masa berlalu..Namun, sikap redha kepada takdir dalam diri kami mengatasi segala-galanya..
“Cepat2, ayah su suruh pergi tempat tok ayah semua..tok ayah tengah nazak”,kata abang long ketika aku sedang asyik bersama adik2ku di dapur sebelum ketiadaan Tok Ayah..Aku bergegas ke ruang tamu melihat keadaan tok ayah..
Ketika Tok Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir, semua anak cucunya berada di hadapannya melihat pemergian Tok Ayah..Keadaaan suram menyelubungi kami semua..Tetapi, di setiap wajah ahli keluarga kulihat ketenangan sebaik sahaja melihat ketenangan di wajah Tok Ayah..
Kami mengucapkan syukur kerana roh tok ayah diangkat dengan selamat pada malam Jumaat..Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya..Tok Ayah selalu doakan dia mati pada malam Jumaat..Tenyata Allah telah mengabulkan doanya..Satu lagi doa yang dipinta dimakbulkan iaitu Tok Ayah cakap ,”Ayah x se sakit lama2”, katanya takut menyusahkan anak cucu..Masa yang begitu singkat antara tempoh tok ayah sakit dan meninggal..Peristiwa yang terjadi pada hari Isnin lepas kembali hadir di ingatanku..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selepas solat Asar, aku dan mak terus ke rumah tok ayah..Bukan kerana dia sakit, tetapi kerana aku ingin melawat tok ayah yang sudah menjadi rutin kami sekeluarga untuk berkunjung ke rumah tok ayah setiap minggu..Kebetulan, mak aku ingin memenuhi jemputan ke kenduri atas ajakan mok moh(tok sedara)..Sebelum ke tempat kenduri, mak aku meninggalkan aku di rumah tok ayah buat sementara..Semasa aku melangkah naik rumah Tok Ayah , ku lihat Tok Ayah berada di kerusi berehatnya dalam keadaan tak bermaya..namun, dia sedar akan kehadiranku..aku terus bersalaman dengannya dan bertanya khabarnya..katanya tak sihat..nenek aku cakap Tok Ayah demam sejak dua tiga hari ni..Pada masa tu, Tok Ayah dah tak larat untuk berbual panjang dan menyambung tidurnya untuk berehat..Pada jam 6.15 petang, kami dikejutkan apabila nenek aku kata Tok Ayah sakit2..aku terus menuju ke arah tok ayah melihat keadaannya..Keadaannya seolah-olah tidak sedarkan diri..Airmata yang mengalir tidak dapat dibendung lagi..Su Ah(mak sedara),dan Nor terus menelefon kepada mak dan pak sedara aku..dan saudara terdekat..Mak aku yang dalam perjalanan pulang dari tempat kenduri cepat2 memandu selepas mendengar berita ini..Semasa mak aku tiba, kami terus membawa Tok Ayah ke dalam kereta dengan bantuan jiran sebelah untuk dibawa ke hospital USM..Aku hanya tunggu di rumah Tok Ayah dan menunggu berita seterusnya berkaitan kesihatan Tok Ayah..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Setelah berbincang sekeluarga, semua bersetuju Tok Ayah di’simpan’ sebaik sahaja selepas solat Jumaat..Keesokan harinya, ramai yang berkunjung ke rumah tok ayah, sama ada yang dekat atau dari jauh, saudara mara dan orang lain..kunjungan yang tidak henti2 sehingga membanjiri rumah Tok Ayah..
Mak aku cakap, ramai yang datang melawat memuji Tok Ayah..kata orang ,”Tok Aji Ismail ni, dari orang lahir sampailah orang meninggal, dia jaga..”
“Ayah ni bukan setakat Kampung Patek jah dia jaga, malah kampong lain pun dia jaga..”
Mana tidaknya, banyak kebajikan yang Tok Ayah buat, sehinggakan ketiadannya amat dirasai oleh masyarakat sekeliling..
Orang yang hadir menitiskan air mata apabila melihat wajah tok ayah..terukir senyuman di raut wajah Tok Ayah..ku tatap wajah Tok Ayah sepuas-puasnya kerana tidak mungkin selepas ini akan ku tatap wajah itu lagi..
Tok Ayah dimandikan dan dikafankan..Selepas dikafankan, anak cucu diberi peluang untuk mengucup Tok Ayah..berderu-deru anak cucu tok ayah mengucup tok ayah..pada masa tu, air mata kami sekeluarga menitis..aku terasa amat sedih ketika ku mengucup wajah tok ayah, rasa sejuk di wajah tok ayah..sayang untuk ku lepaskan..air mataku tidak henti-henti mengalir..bukan tidak redha, tapi sedih akan kehilangan Tok Ayah yang tak akan lagi ku jumpa orang sepertinya yang bergelar datuk kepadaku..Semua cucu Tok Ayah kecik dan besar, semua menitiskan air mata..malah, kunjungan ketika itu turut sedih menyaksikan semua itu..Semasa Tok Ayah diturunkan, di atas keranda, Ayah Sir melaungkan azan di muka pintu..Syahdu sekali suara ayah sir..Kedengaran Ayah Sir juga dalam keadaan menahan sebak di dadanya..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jenazah tok ayah dibawa ke masjid Kg Patek yang berdekatan dengan rumah tok ayah..Apa yang menyedihkan kami semasa dilaungkan azan, kedengaran suara orang lain yang melaungkan azan..Mana tidaknya, biasanya suara Tok Ayah lah yang kedengaran kerana Tok Ayah merupakan Bilal di Masjid berkenaan..suasana di masjid itu amatlah ramai..Aku dapat lihat sendiri semasa aku ingin menghantar nasi bersama Cik Yah, kulihat tidak cukup runag untuk solat jumaat..malah, dikhabarkan ahli masjid di Masjid Binjai turut hadir untuk solat jenazah untuk jenazah Tok Ayah yg akan dilaksanakan selepas solat Jumaat..begitu sekali penghormatan yang diberikan kepada Tok Ayah..sebaik sahaja selepas solat jumaat, jemaah masjid terus menunaikan solat jenazah kepada jenazah Tok Ayah..setelah itu, orang ramai mengiringi jenazah Tok Ayah ke tanah perkuburan yang berada berdekatan dengan rumah Tok Ayah..aku juga turut ke tanah perkuburan untuk melihat jenazah tok ayah dikebumikan..berduyun2 orang ramai sehinggakan aku tidak ada peluang untuk melihat tok ayah dikebumikan dari dekat..aku hanya melihat dari jauh..jenazah Tok Ayah selamat di’simpan’ pada petang itu..
Ku doakan Semoga roh tok ayah dicucuri rahmat oleh Allah dan mendapat tempat bersama para solihin..Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afinuhu wa’fu’anhu..amin..
Venue : Perkasa Beach Resort, Melawi
Reunion Pertima SPM Batch '09 ini merupakan reunion yg pertama kali diadakan bertujuan mengumpulkan seramai mungkin ahli Pertima Batch 2007. Di samping itu, kami ingin mengeratkan kembali ukhuwwah antara ahli yang sudah lama tidak bertaut. Kehadiran yang dicatatkan amat memuaskan iaitu seramai 60 orang. Semoga dengan program ini akan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada yang hadir. Kepada yang tak dapat 'join' skali, jangan risau, kita buat lain kali. Semoga reunion seterusnya dapat diadakan lagi dan lebih mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli Pertima '07..InsyaAllah..
Di dalam surah Al-Baqarah ayat 3 telah menyatakan tiga golongan manusia yang beruntung..Yang mana mafhumnya.."mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada meraka.."tiga golongan inilah merupakan golongan yang dikatakan golongan mereka yang bertaqwa seperti yang dikatakan oleh ayat sebelumnya..
1) Beriman kepada perkara ghaib merupakan asas untuk kita beriman kepada Allah..kenapa?Ini kerana sekiranya kita tidak beriman, kita tidak akan percaya akan kewujudan Allah, syurga dan neraka, dosa dan pahala, hari akhirat dsb..Pada hakikatnya, dunia akan menjadi kucar kacir jika manusia tidak percaya akan perkara ghaib.
2) Solat merupakan 'imad al-din dan juga merupakan rukun Islam yang kedua..Malah yang membezakan seseorang Islam dengan kafir ialah solat.Barangsiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agamanya, manakala barangsiapa yang meninggalkan solat, dia telah meruntuhkan agamanya..sanggupkah kita meruntuhkan agama Islam itu sendiri..Dalam satu hadis, ketika para sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Apakah amalan yang paling afdhal, ya Rasulullah?" Rasulullah saw menjawab, "Solat pada waktunya"..Para sahabat bertanya lagi, "Apa lagi ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Taat kepada ibu bapa".. Para sahabat bertanya lagi, "Apa lagi, ya Rasulullah?"Rasulullah menjawab,"Berjihad fi sabilillah"..Berdasarkan hadis ini, begitu tinggi darjat bagi orang yang mendirikan solat pada waktunya.
Semoga kita berada dalam golongan orang2 yang mendirikan agamaNya dengan melaksanakan solat pada waktunya..Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk melaksanakan solat pada waktunya..Walau sesibuk mana pun kita, jangan sesekali meninggalkan solat.
3) Orang yang meninfakkan sebahagian hartanya juga termasuk golongan yang bertaqwa..Jika kita perhatikan, kenapa Allah menyatakan sebahagian?Bukannya keseluruhan?Ini kerana jika Allah mengatakan keseluruhan, manusia tidak akan mampu buat atau tidak ramai yang mampu melakukannnya..Maha Pengasih Allah kerna Dia memudahkan manusia untuk melakukan amal soleh..Allah telah berjanji akan mengganti balik apa yang disedekahkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah Saba' ayat 39, yang bermaksud," Dan apa yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik..
Serba sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat..Wallahua'lam..
INTRO..KETAHUILAH NIKMAT ALLAH..
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa'kan ke Hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udaranya yang tidak pernah putus-putus..ye la,cuba sahabat semua fikir sekiranya sistem pernafasan kita dihentikan buat seketika..Bukan lama,sekejap sahaja,,pasti sukar kan?Jantung yang tidak henti-henti mengepam manakala gas oksigen dan karbon dioksida tidak henti-henti bertukar haluan..ajaib kan?Namun..kita tidak sedar akan semua itu..begitu sukar untuk kita bersyukur..MasyaAllah..
Ya Allah,jadikanlah kami tergolong ke dalam hambaMu yang bersyukur..Memang kita tak dapat nafikan betapa sedikit hamba yang bersyukur..Di dalam alQuran sendiri merakamkannya..Firman Allah mafhumnya,"...betapa sedikit golongan yang bersyukur.."Mengapa kita terlalu sombong untuk hanya melafazkan kesyukuran kepada Pencipta kita??Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang telah dijamin oleh Allah memasuki syurgaNya tidak henti-henti melafazkan kesyukuran Baginda kepada Allah swt sehingga bengkak kedua kaki Baginda..Melihat kedua kaki Baginda bengkak, isteri Baginda,Aishah,bertanya "Wahai kekasih Allah,mengapa engkau bersusah payah bangun di tengah malam sedangkan Allah telah menjanjikan syurga buatmu?"Mendengarpertanyaan tersebut, Rasulullah hanya menjawab, "Bukankah aku hambaNya yang sentiasa bersyukur?"..Macam mana pula dengan kita??Tepuk dada, tanya iman..
Pada hakikatnya, bermacam nikmat yang Allah berikan kepada kita.. Sesungguhnya mengetahui dan mengenal nikmat, merupakan di antara rukun terbesar dalam bersyukur. Karena tidak mungkin seseorang dapat bersyukur, jika dia merasa tidak mendapat nikmat. Mengenal nikmat merupakan jalan untuk mengenal Yang Memberi Nikmat, dan kalau seseorang tahu siapa yang memberikan nikmat, maka dia akan mencintainya, sehingga cinta itu akan melahirkan kesyukuran dan terima kasih. Nikmat Allah tidaklah terbatas pada makanan dan minuman sahaja, malah seluruh gerak dan hembusan nafas kita adalah nikmat yang tidak terhingga nilainya. Abu Darda' mengatakan, "Barang siapa yang tidak mengetahui nikmat Allah selain makan dan minumnya, maka bererti ilmunya adalah sedikit dan azab telah menimpanya.”
Maka dikatakan, bahwa syukur yang bersifat umum adalah syukur terhadap nikmat makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kesehatan dan kekuatan. Dan syukur yang bersifat khusus adalah syukur atas tauhid, keimanan dan kekuatan hati.

NIKMAT-NIKMAT YANG UTAMA
Nikmat Allah tidak terhingga banyaknya, dan di antara yang utama yang perlu untuk kita sedari ialah:
Islam dan Iman
Demi Allah, inilah nikmat yang terbesar, di mana Allah menjadikan kita sebagai muslim yang bertauhid, bukan Yahudi yang dimurkai dan Nashara yang tersesat, yang mengatakan Allah mempunyai anak; Maha Suci Allah dari sifat yang tidak layak ini.
Sufyan Ibnu Uyainah berkata, "Tidak ada satu nikmat pun dari Allah untuk hamba-Nya yang lebih utama, daripada diajarkannya kalimat la ilaha illallah.”
Penangguhan hukuman ke atas dosa dan ditutupnya dosa kita
Ini juga merupakan nikmat yang sangat besar, kerana jika setiap kali kita melakukan dosa lalu Allah terus membalasnya, maka tentu seluruh alam ini akan binasa. Akan tetapi Allah memberikan kesempatan kepada kita untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Allah SWT berfirman,
"Dan (Dia) menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin” (Luqman : 20)
Berkata Muqatil, "Adapun (nikmat) yang lahir (nampak) adalah Islam, sedangkan yang batin adalah ditutupnya kemaksiatan yang dilakukan kalian."
Peringatan
Peringatan adalah termasuk nikmat yang besar, dan ini merupakan salah satu ketelitian Allah agar hamba-Nya tidak terlena. Tanpa kita duga terkadang ada seseorang yang datang meminta makanan atau sesuatu kepada kita, yang dengan perantaraan orang yang sedang kesusahan tersebut akan membuat kita ingat terhadap nikmat yang diberikan Allah.
Terbukanya Pintu Taubat
Adalah nikmat yang sangat besar dari Allah sekiranya terbukanya pintu taubat kepada kita , walau sebanyak mana pun dosa dan kemaksiatan kita. Selagi nafas belum sampai di halkum dan selagi matahari belum terbit dari barat, maka pintu taubat selalu terbentang untuk dimasuki oleh siapa saja.
Menjadi Orang Terpilih
Nikmat ini hanya dapat dirasakan oleh orang yang beristiqamah, wara', dan selalu menghadapkan diri kepada Allah s.w.t. serta tidak menoleh kepada yang lain. Maka Allah menguatkan hatinya ketika fitnah tersebar di sana-sini, meneguhkannya di atas ketaatan ketika orang berpaling darinya. Allah hiasi hatinya dengan iman dan dijadikan cinta kepadaNya, lalu dia benci terhadap kefasikan dan kemaksiatan. Ini termasuk nikmat paling besar yang harus disyukuri dengan sepenuhnya dan dengan pujian sebanyak banyaknya.
Kesihatan, Kesejahteraan dan Keselamatan Anggota Badan
Kesihatan, sebagaimana dikatakan oleh Abu Darda' r.a. adalah ibarat raja. Sementara itu Salman al Farisi menceritakan tentang seorang yang diberi harta melimpah lalu kenikmatan tersebut dicabut, sehingga dia jatuh miskin, namun orang tersebut masih memuji Allah dan menyanjungNya. Maka ada orang kaya lain yang bertanya, "Aku tidak tahu, atas alasan apa engkau masih memuji Allah? Dia menjawab, "Aku memujiNya atas sesuatu yang andaikan aku diberi seluruh yang diberikan kepada manusia, maka aku tidak mau menukarnya”. Si kaya bertanya, "Apakah benda itu?” Dia menjawab, "Apakah engkau tidak memperhatikan kesejahteraan penglihatanmu, lisanmu, kedua tangan dan kakimu?”
Nikmat Harta (Makan Minum dan Pakaian)
Bakar al Muzani berkata, "Demi Allah aku tidak tahu, mana di antara dua nikmat yang lebih utama untukku dan kamu, apakah nikmat ketika masuk (menelan) ataukah ketika keluar dari kita (membuang)? Berkata Al-Hasan, "Itu adalah nikmat makanan ."
Aisyah r.a. berkata, "Tidaklah seorang hamba yang meminum air dingin, lalu masuk ke dalam perut dengan lancar tanpa ada gangguan dan keluarnya juga dengan lancar, kecuali wajib baginya bersyukur."
Semoga kita tergolong di dalam hambaNya yang bersyukur..Ameen..



