::.SALAM AIDILFITRI.::  

Posted by: ~princess Islam~ in

Di kesempatan kali ini, saya ingin mendedikasikan ucapan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
Maaf, zahir dan batin..

Khususnya kepada:-

1) Bonda tercinta ; Hjh Fauziah bt Ismail

2) Adik-beradik tersayang ; Kak Long, Kir, Nor, In, Din, Rah, Fah, dan Syir..

3) Seluruh ahli keluarga besar Haji Ismail..

4) Semua sepupu2ku khususnya KAK YA yang sekarang berada di perantauan..

5) Warga IPGM Kampus Tuanku Bainun terutamanya kepada ahli kelas 3PPISMP Pengajian Agama 1 ; Ustazah Amanisah (tutor), Fai, Kak Waniey, Kak Filzah, Amal, Farah Syafiqah, Kak Fiqa, Kak Nini, Kak Og, Kak Bela, Nani, G-ha, Farah Hani, An, Anis, Isa, Bad, Hassan, Emi, Anam, & Afiq..

6) Semua guru dan pensyarah2ku ; Tadika, SKSM, SMKAM, IPGM KTB..

7) Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor..terutama kepada guru2, dan bekas kelas 5 Ibnu Sina 2007..

8) Sahabat karib ; Robiey, Mc Shah, Kak Teen, Kak Shah, Pqah, dan Mirah..

9) Semua yang mengenali diriku..

10) Seterusnya para pengunjung blog nie..

Kehadiran kalian dalam hidupku membawa seribu satu makna..Ribuan kemaafan ku pohon seandainya ada khilaf sama ada sengaja atau tidak sengaja..Mintak maaf, ye=)

" Pemergian Ramadhan Ditangisi, Syawal Disambut Penuh Kesyukuran.."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berikut merupakan ringkasan amalan yang perlu kita titipkan dalam menyambut Syawal mengikut amalan sunnah..selamat mengamalkannya..

(dipetik dari laman blog Ust Zaharuddin)

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

::.Memburu Lailatul Qadar.::  

Posted by: ~princess Islam~ in



Daripada Anas r.a, berkata,"Telah masuk bulan Ramadhan,lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadana maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia benar2 rugi.."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Daripada hadis di atas, memang tidak dinafikan orang yang 'terlepas' dari malam al-qadar ialah mereka yang rugi..Pada hakikatnya, mereka telah memusnahkan nikmat besar itu dengan tangannya sendiri..Malam yang menjanjikan balasan 1000 bulan, 80 tahun beribadat..Kita sendiri pun tidak yakin dapat hidup selama 80 tahun..Inilah peluang dan kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w..

Jikalau kita perhatikan, rata2 dalam masyarakat sekarang, meninggal dalam keadaan usia yang muda..Namun, cuma sekelumit yang mampu hidup dalam usia menjangkau 80 tahun..Usia tidak boleh dijangka oleh minda manusia..Semuanya dalam rahsia Allah s.w.t..Itulah umat Nabi Muhammad,usia semakin pendek namun Allah telah memberi bonus yang lumayan yang tidak pernah dirasai oleh umat terdahulu..Terpulang kepada diri kita untuk merebutnya atau membiarkan ia berlalu begitu sahaja..Di kesempatan ini jualah kita berpeluang untuk membersihkan diri kita daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan..

Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. telah bersanda,"Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab(berniat untuk mendapatkan ganjaran), akan diampunkan dosanya yang terdahulu..
(HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Hazrat Anas r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila tiba lailatul qadar, turunlah Jibril bersama satu kumpulan malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah dan apabila tiba hari Raya, iaitu Aidil Fitri, maka Allah akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya.

Dia berfirman,"Wahai malaikatKu!Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjaNya?"

Mereka berkata," Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya."

Allah berkata lagi," Wahai malaikatKu, hamba2Ku lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan perintahKu ke atas mereka, kemudia mereka keluar sambil melaungkan doa, demi kemuliaan dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu, dan demi kedudukanKu pasti Aku menerima doa2 mereka."

Kemudian Allah berfirman," Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan."

Nabi bersabda,"Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun."

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian..Jangan biarkan kita menjadi manusia yang rugi dek kelalaian kita mensia-siakan nikmat yang Allah beri ini..Ku mendoakan semoga doa yang selalu kita doakan..

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah! berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka..
~al-Baqarah : 201~

InsyaAllah, akan dimakbulkan Allah..Sesungguhnya, kita mengharapkan pelepasan dari api neraka dan kebaikan di dunia dan akhirat..Juga perbanyakkan juga doa ini, doa yang disebut Rasulullah kepada isterinya,Aishah, ketika ditanya doa apa yang perlu diperkatakan di malam al-qadar..
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

"Ya Allah, sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berilah daku keampunan.."

Wallahua'lam..


::.Bagaimana Ramadhanmu?.::  

Posted by: ~princess Islam~ in


Salam ramadhan..salam mahabbah..dan salam perjuangan..

Kaifa halukum??kaifa imanukum??semuanya dalam keadaan baik??dan macamana ramadhanmu??adakah kamu meraikannya dengan amal soleh ataupun tidak??Alhamdulillah, begitu banyak nikmat yang Allah kurniakan..Namun, selama kita hidup di atas muka bumi ini, Allah masih selamatkan kita dari kekufuran..masyaAllah!..Hari ini, ana baru berpeluang untuk meng'update' blog yang serba kekurangan ni..Hari ini masuklah hari ke18 kita menyambut Ramadhan..begitu pantas masa berlalu..Tinggal 12 hari sahaja lagi Ramdhan akan meninggalkan kita..Namun, apakah 18 hari yang lalu kita manfaatkan sebaiknya??Begitu besar ganjaran yang Allah sediakan..Namun, ramai dalam kalangan kita masih di takuk yang sama..dalam alam yang dipenuhi karat2 jahiliah..di mana kita??

Sedangkan, bulan rahmat inilah merupakan madrasah untuk kita tarbiah dan bersihkan hati kita..dari kekotoran jahiliah yang sudah lama bersarang dalam lubuk hati kita..selama 11 bulan hati kita ini terdidik oleh syaitan dan nafsu..selama itu jugalah kita tidak pernah serik melakukan dosa..Namun,Allah maha Penyayang kepada hamba-hambaNya..Peluang dihamparkan seluas-luasnya kepada kita untuk kita sucikan balik hati kita..Di bulan penuh barakah ini, marilah sama-sama kita berusaha mengembalikan diri kita yang asal..kembali kepada fitrah sebagaimana kita dilahirkan.. dalam keadaan suci bersih..tanpa sebarang dosa..Pintu rahmat terbuka luas, disediakan kepada mana-mana sahaja hambaNya yang mahu kembali kepadaNya..

Memetik kata2 Ustaz Rizal pada Majlis Nuzul al-Quran pada minggu lepas,
"..di waktu sunyi di sepertiga malam, bangunlah mengadap Allah..Lafazkan kasih kita pada Allah..Lafazkan kata yang tak pernah kita sebut sebelum ini.."Aku cintakanMu,ya Allah..Pernahkah kita sebut lafaz itu??Lafazkan juga kasih kita kepada junjungan besar,Nabi Muhammad saw.."

Aku menyeru diriku dan sahabat-sahabat sekalian,rebutlah peluang yang masih ada ini..Allah telah menjanjikan kita untuk memberi pelepasan dari api neraka bagi mereka yang benar2 memohon..Sungguh, kita sememangnya tidak mampu untuk melawan azab Allah..

JOM REBUT PAHALA!!
Sekadar renungan..Wallahua'lam..


Ahlan Ya Ramadhan Kareem..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum wbt..
Salam mahabbah, salam sejahtera, dan salam Ramadhan Al-Mubarak..

Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih diberi pinjaman nafasku untuk menghirup udara Allah ini..MasyaAllah,Maha Pengasih Allah..sehingga aku masih lagi diberi kesempatan untuk dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, Ramadhan al-Mubarak..Bukan sahaja muslimin muslimat sahaja yang ,menanti-nanti kedatangan bulan ini, malah para malaikat, dan seluruh makhlusk Allah di langit dan di bumi..MasyaAllah..

Maha Pemurah Allah..yang telah menjadikan bulan ini untuk memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk mengaut sebanyak mungkin pahala yang dilipat gandakan di bulan berkat ini..Tika ini aku baharu sahaja selesai menunaikan solat Tarawikh di surau berdekatan dengan rumahku..Aku bersyukur kerna telah diberi taufiq dan kudrat untuk menunaikannya..Aku sebenarnya baru sahaja tiba di bumi kelahiranku ini pagi tadi..Selamat sampai di destinasi pada pkul 3.30 pagi tadi..

Setibanya di rumah, aku terus menikmati sahur masakan emak..(walaupun simple, tapi masakan emak tetap no. 1)..berbeza dengan puasa sunat sebelum ni,kadang2 kita terlepas untuk bersahur..Ada juga yang mengambil ringan 'bersahur' ni..tetapi pada hakikatnya, Nabi s.a.w.:"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya.." (al-Bukhari dan Muslim)..Jadi,jangan lepaskan peluang untuk bersahur..

Banyak aku rasa tugasan menantiku di bulan berkah ini..assignment pun banyak, tambah2 lagi aku kena tolong mak buat biskut..ramai gak tempahan untuk raya kali nie..mudah-mudahan masa yang aku gunakan untuk tolong mak aku tidak disia2kan dan akan diganjari Allah..setiap apa yang kita lakukan untuk kebaikan dan niat kerana Allah insyaAllah akan mendapat balasan kebaikan,insyaAllah..

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk mempertingkatkan amalanku di bulan rahmat ini..Berikan aku hidayah dan taufiqMu kepadaku..Tidak akan aku lepaskan peluang ini dengan begitu sahaja..Begitu banyak bonus yang Allah sediakan sebagai kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya di bulan yang penuh 'promosi' ni..
Sebagai tambahan, berikut disertakan amalan2 yang dianjurkan di bulan ini berdasarkan nas yang kuat (dipetik dari http://www.zaharuddin.net/ :

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

SALAM RAMADHAN..

Amalan Pemakanan Sunnah..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi diberi nikmat iman dan Islam..masih lagi menghirup udara Allah yang segar..masih lagi diberi nikmat tubuh badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit..(walaupun sebahagian dari ahli kelasku demam2 dan roomateku sendiri x sihat..)

Bukannya nak berbangga dengan kesihatan yang dikurniakan kepadaku, kerna aku yakin bila2 masa sahaja Allah boleh tarik nikmat tersebut jika Allah menghendaki..Aku terfikir2 juga, apa yang menyebabkan seseorang itu terhindar dari penyakit..mungkin dari kekuatan antibodinya, pemakanannya, kebersihannya, dan sebagainya..Namun, aku rasa kesihatan yang masih dikurniakan kepadaku hari ini disebabkan pemakanan yang kuamalkan iaitu mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu madu dan habbatus sawda'..

Sebagai seorang muslim yang percaya bahawa Rasulullah s.a.w. itu pesuruh Allah, kita juga mestilah yakin dan percaya bahawa setiap kata2 Rasulullah adalah benar berdasarkan wahyu dari Allah..ketika H1N1 menular sekarang ini, mungkin ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk mengelak diri dari jangkitan ini..Mungkin ini adalah hikmahnya bagi yang beriman kepada Allah dan RasulNya..

Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. bahwa ia pernah mendengar Nabi Muhamad SAW bersabda yang ertinya: “Sungguh dalam habbatus sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali as-sam.” Saya bertanya, “Apakah as-sam itu?” Beliau menjawab, “Kematian”.

Maksud Surah An-Nahl: Ayat 68-69:

Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah s.w.t.) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Antara pemakanan amalanku..

MASAD CAFE
"Minuman Kesihatan Generasi Terkini"

Harga Runcit: RM18

JENIS PRODUK : MINUMAN KESIHATAN

BAHAN : MADU ASLI, HABBATUS SAWDA', KISMIS & BADAM

KEGUNAAN : Adunan Madu Lebah, Habbatus Sawda’, Kismis dan Badam mengikut juzuk-juzuk tertentu membantu :
Meningkatkan kecerdasan otak
Memulihkan tenaga mental
Membekalkan nutrien bagi menyempurnakan hayat
Mengatasi masalah pelupa
Menajamkan otak dan menguatkan daya berfikir
Menghilangkan keletihan
Meningkat tenaga secara total
Membantu memperlahankan proses penuaan
Mengatasi masalah lemak berlebihan dan kegemukkan
Menegangkan permukaan kulit terutama di bahagian muka
Awet muda

ATURAN : MASAD CAFÉ dibancuh dengan segelas air panas dan menjadi gantian kepada minuman harian

JANGKA MASA : 8 HARI

KUANTITI : 16 paket

MADU SAWDA' (MASAD) "Anugerah Ilahi Yang Tidak Ternilai"Harga Runcit: RM49(120ml)/RM65(190ml)
BAHAN : CECAIR PEKATJENIS PRODUK : MINUMAN KESIHATANBAHAN : MADU ASLI ( 80% ), HABBATUS SAWDA’ ( 20% )KEGUNAAN : KEBERKESANAN YANG TELAH TERBUKTI SEBAGAI KUASA PENYEMBUH YANG MENAKJUBKAN SEJAK 1974.BERKESAN MERAWAT PENYAKIT YANG RINGAN,SEDERHANA DAN KRONIK TERUTAMA :
Kencing Manis, Gastrik, Buasir, Batu Karang, Buah Pinggang, Angin.
Sakit Puan, Keputihan, Senggugut, Insomnia, Athma, dan Ghout.
Memulihkan tenaga, & mental, kolestrol, Rheumatic dan Batuk yang lama
Kemandulan, Jantung, Lumpuh, Kanser, Mati Pucuk dan Sakit Buah Pinggang yang kronik

ATURAN : MASAD dibancuh satu sudu teh dengan segelas air suam, diminum ½ jam sebelum mengambil sarapan.Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik jangan mengambil apa-apa makanan 1 jam selapas minum MASAD.
( Gunakan Sudu Plastik )

JANGKA MASA GUNA : 20 HARI / 40 HARI

KUANTITI : 120ml / 190ml

Semua produk adalah keluaran PRM Global Vision Sdn Bhd
______________________________________________________________________________

Sebagai hamba Allah, kita harus yakin dan percaya akan setiap yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.Terdapat banyak lagi pemakanan yang boleh diamalkan yang telah disebut di dalam al-Quran dan hadis..Antaranya..


1) KURMA

Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.”

Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25- 26]

Kurma tinggi kandungan Tannin (Vitamin B1) yang mana digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus. Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik.

Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin dalam menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan yang terbaik, sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!

Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan Saidatina Maryam ‘Alaihissalam memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..”.

Keberkatan

Makanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah

Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani

Kurma Menenangkan Perasaan

Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “..bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh mereka yang pakar;

“Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan”. -Dr Suriya Osman¹.

Kurma Memelihara Kesihatan

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ². Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

Ia berserat tinggi, mengandungi kalisum, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol. Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.³

2 ) MADU LEBAH

Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada
yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

a. Penyembuh Yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:
Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten. Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.

Antara manfaat Madu yang lain ialah:

Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.

Membantu melawaskan sistem pencernaan
Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
Mengurangkan parut
Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

3 ) AIR ZAM-ZAM

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Air Zam-Zam dicipta Allah Subhanahu Wata'ala bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat. Ia diberkati dan mengenyangkan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi” Hadis Riwayat Muslim

Diminum dengan tujuan (niat)

Manfaat meminum Air Zam-Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat. Dan berniatlah bersungguh-sungguh. Sepertimana pesan baginda;

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Air Zam-Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” Hadis Riwayat Ibnu Majah

4) BUAH TIIN

a. Tiada Keraguan Akan Manfaatnya

Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

Buah Tiin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan..

b. Umpama Hadiah Dari Syurga

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. “Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”

Antara manfaatnya adalah:
Mengimbangi tekanan darah
Merendahkan tahap kolestrol
Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal
Membantu mengatasi angin ahmar
Mencegah penyakit kencing manis
Memerangi penyakit kanser
Mencegah serangan ghout, sembelit dan buasir

5 ) BUAH ZAITUN

a. Sarinya Tinggi Berzat & Bercahaya

Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya..” Al-Quran [24] Surah An-Nur [Ayat 35]

Banyak kajian ke atas Buah Zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:

“Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati”- Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah

b. Manfaatnya

Membantu mengatasi masalah darah tinggi
Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
Mengurangkan risiko serangan kanser
Menyihatkan kulit
Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)

6) HABBATUS SAUDA'

a. Penawar Segala Jenis Penyakit

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”

Sehingga ke hari ini Habbatus Sauda’ terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesihatan yang kronik. Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya.

7) ZA'FFARAN

a. Raja Segala Rempah

Dalam kitab Perubatan Saidina Ali’Thib Al Imam Ali’ halaman 381:

“Sesiapa yang mengambil Za’ffran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan Madu, diminum sebanyak dua misqal(sudu) pada setiap hari, dia dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir..”

Selain meningkatkan daya ingatan, Za’ffaran juga dipercayai dapat mengatasi masalah usus, penyakit wabak kulit ‘bubonic plague’ dan cacar yangmana juga hasil ujikaji menunjukkan Za’ffran berpotensi sebagai anti-kanser dan agen awet muda.

b. Manfaatnya

Melancarkan sistem daya ingatan
Melancarkan sistem saraf
Meningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria

8) GINKGO BILOBA

a. Kemampuannya Unik

Ginkgo mengandungi flavanoid glycosides dan terpenoids (ginkgodes,
bilobades) dan digunakan secara farmaseutikal. Banyak juga yang
menyatakan kemampuan nootropic atau nutrisi-bijak yang keutamaannya
berfungsi sebagai penguat daya ingatan dan anti-vertiga (mabuk laut,
gayat dan seumpamanya)

Antara tiga kesan utamanya adalah

Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat.

Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas

Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.

Rujukan : http://maduherba.blogspot.com/

SELAMAT MENGAMALKAN PEMAKANAN SUNNAH!!

Salam Takziah..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid nombor satu negara, Rabbani, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi. Beliau yang sedang menjalani rakaman program Syahadah di RTM, rebah, dipercayai akibat serangan jantung. Ustaz Asri Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai dan diisytiharkan meninggal dunia di situ.

Kehilangan Ustaz Asri Ibrahim amat dirasa kerana beliau dan nasyidnya di dalam kumpulan Nadamurni dan kemudiannya Rabbani, telah saya dampingi semenjak di usia kecil. Nasyidnya, zikirnya, doanya, malah tazkirah dan nasihatnya, adalah peneman diri dalam kehidupan dan perjuangan. Moga segalanya menjadi amal kebaikan peneman diri beliau dalam kembara pergi tak kembali itu.

Memetik ucapan Ustaz Asri Ibrahim di blog beliau:

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…

Semoga Allah melimpahkan seluas-luas rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya ke atas roh Almarhum, dan mengurniakan sabar dan tabah sebanyak-banyakkan buat seluruh ahli keluarga beliau.

2_156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [al-Baqarah 2: 156]

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Setelah seluruh hidupku pada liku suka dukanya ditemani oleh buah tangan Ustaz Asri Ibrahim, mudah-mudahan buah tangan itu kini menjadi amal soleh yang menemani perjalanan al-Marhum di alam yang sepi dan sunyi itu.

Bilakah pula perjanjian itu ke atas diriku dan dirimu?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Sedikit komentar dariku..

Seperti lirik nasyid di atas, kita datang dari Allah,kepadaNya jua kita dikembalikan..Kudoakan moga2 roh beliau ditempatkan dalam kalangan roh orang2 yang soleh..dan moga2 alam yang allahyarham alami sekarang menjadi tempat istirehat untuk beliau..terasa satu kehilangan dalam seni nasyid tanah air..atas perjuangannya dalam memartabatkan industri nasyid seterusnya meluaskan gerakan dakwah..allahummaghfirlahu warhamhu..amin..

Selepas ini,kita pula yang akan menyusul pergi..memang sudah menjadi satu kemestian..ya!kita harus pergi..cuma sedang menunggu masanya..namun, sejauh mana persediaan kita???

Asykuru ilaLlah..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum w.b.t..

Aku bertambah hairan, kenapa hari ni ramai yang demam??Aku pun risau melihat sahabat-sahabatku ramai yang demam..pada permulaannya hanya beberapa orang..kemudian hari ni dah enam tujuh orang yang dah start demam..demam berjangkit agaknya..pernah satu ketika kami sekelas berborak2, "kalau kita sakit,kita sakit sama2 ye.."terpancul kata2 itu dari mulut salah seorang sahabatku..satu famili la katakan..memang kami sehati sejiwa..sampaikan demam pun berjemaah..

Semasa makan2 dengan sahabatku tadi, aku cakap kat depa,
"eh,kita je la yang sihat..yang lain dah mula demam dah..mintak2 la antibody kita mampu bertahan..insyaAllah.."
"esok kena pakai mask ni.."katanya sahabatku..

Petang tadi aku ambil sedikit masaku untuk menziarahi sahabat2ku ke bilik mereka bagi memenuhi hak sebagai seorang sahabat..mana lah tau suatu hari kita yang demam, siapa lagi kita nak harapkan pertolongan..nak harapkan family,nun jauh di Kelantan sana..hanya sahabat lah yang dapat menghulurkan pertolongan..mintak maaf ye kawan2 sekiramya aku tidak membantu sepenuhnya..hmm,teruk demam mereka,sampai tak larat nak bangun..Aku doakan semoga kalian cepat sembuh..

Ya Alah,aku bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Kau anugerahkan kepadaku sehingga kini..tidak dapat aku bayangkan jika aku berada dalam kelesuan,keletihan dan keadaan x larat,macamana aku nak meneruskan tugasku sebagai khalifah di muka bumi Allah ini?..bagaimana aku nak menunaikan kewajipanku sesempurna semasa waktu sihat?..semestinya ketika kita sakit, nak menunaikan solat secara berdiri pun tak larat..Hikmah yang besar Allah memberikan rukhsah untuk solat secara duduk, menelentang,mengiring, sehinggalah ke tahap solat dengan isyarat hati..

Teringat sabda Rasulullah s.a.w. yang menyatakan,
“Dua nikmat yang sering manusia rugi kerananya, iaitu kesihatan dan waktu lapang..”

Untuk diriku sendiri dan para sahabat,marilah kita muhasabah diri kita, apa yang kita buat semasa kita sihat?Adakah untuk mentaati perintah Allah ataupun menggunakan diri kita untuk melanggar perintahNya??Cuba renung2kan..Jangan sampai Allah tarik dahulu nikmat kesihatan kita sebelum sempat menunaikan perintahNya secara sempurna (waiyyazubillah)..Dan jangan sampai suatu masa kita akan menyesal dek kelalaian kita yang mensia2kan nikmat sihat dan nikmat masa lapang..


Wallahuta’alaa’lam..