.::7 GUNUNG::.  

Posted by: ~princess Islam~ in

Mari kita telusuri gunung2 yang diperkatakan oleh Imam alGhazali..semoga 'post' ini menjadi panduan untuk manfaat kita semua..InsyaAllah..

Salam to all of you;

kata Imam Ghazali: "Tiada dapat seseorang itu beramal akan makbul sebelum ia dapat menaiki gunung yang 7"

1) Gunung Taubat
Dosa kepada Allah:
~meninggalkan yang wajib
~mengerjakan yang haram

Dosa pada makhluk:
~menganiaya diri mereka
~menganiaya harta meeka
~menganiaya ahli keluarga mereka
~menganiaya agama mereka

2) Gunung Ilmu
Usuluddin - Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul
Feqah - Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta
Tasauf - Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati

3) Gunung Penghalang Ibadah
Dunia - hendaklah zuhud
Manusia - hendaklah diasingkan
Syaitan - hendaklah diperangi
Nafsu - hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah

4) Gunung Perintang Ibadah
Rezeki - hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah
Khatir - ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang di harap hendaklah berserah kepada Allah
Qada - hendaklah redha
Bala - hendaklah sabar

5) Gunung Peringkat Ibadah
Khauf - takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka
Raja- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga

6) Gunung Pencatat Ibadah
Riak - hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah
Ujub - hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya

7) Gunung Syukur
Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepada mentaati Allah yang mengkurniakannya...

Semoga kita sama-sama ambil iktibar, mohon dibetulkan jika ada kesilapan.

APA ERTINYA KEHIDUPAN?  

Posted by: ~princess Islam~ in


Keujudan manusia di dunia ini dan penciptaan seluruh alam tidak berlaku secara kebetulan atau terhasil dari alam semulajadi. Alam ini, setiap atom daripadanya, membuktikan dan memandu kita kepada penemuan Pencipta Yang Maha Pengasih, Penyayang, dan Maha Berkuasa. Tanpa Pencipta, tiada yang boleh ujud. Setiap yang bernyawa sedar bahawa dia ujud dan keujudannya bergantung kepada Pencipta kerana dia tahu dia tidak mampu mencipta dirinya sendiri. Justeru, menjadi tugasnya untuk mengenali penguasanya, Penciptanya.

MANUSIA: Manusia adalah mahkluk yang unik. Tuhan berkehendakkan manusia menjadi wakilNya atau khalifahNya untuk menguasai makhluk-makhluk lain di dunia. Dia dianugerahkan akal-fikiran yang membezakannya daripada binatang lain. Bersama akal-fikiran yang memampukannya berfikir dan membuat keputusan, manusia juga diberikan kebebasan untuk memilih suatu cara hidup yang sesuai dengan kedudukannya sebagai wakil Tuhan atau menjatuhkan statusnya lebih hina daripada binatang atau mahluk-makhluk lain. Manusia dilahirkan suci dan tanpa dosa dan diberikan pilihan samada mahu melakukan kebaikan atau dosa.

BIMBINGAN TUHAN
: Disebabkan Kasih dan SayangNya kepada manusia, Pencipta telah tidak membiarkan kita di dalam kegelapan dalam mencari jalan yang lurus. Berbekalkan keupayaan kita berfikir, Pencipta kita mengurniakan BimbinganNya yang menjadi asas kepada kebenaran, ilmu, dan juga hakikat keujudan kita di dunia dan di akhirat.


WAHYU
: Sejak permulaan sejarah manusia, Pencipta kita telah menghantar nabi-nabi yang membawa WahyuNya dan mengajak manusia menuju kesejahteraan sebenar dan pengabdian kepada Tuhan Yang Satu. Inilah Islam. Mesej ini disebarkan dari generasi ke generasi manusia melalui nabi-nabi yang berlainan yang kesemuanya menyeru manusia menuju jalan yang sama. Walaubagaimanapun, mesej-mesej terdahulu kesemuanya telah diubah dan dirosakkan oleh generasi selepas mereka.
Disebabkan perubahan itu, Wahyu dari Pencipta kita telah dicemari dan ditokok-tambah dengan mitos, kepercayaan karut, penyembahan berhala, dan ideology falsafah yang tidak masuk akal. Agama Tuhan telah lenyap diselubungi agama-agama yang terhasil dari perubahan itu. Sejarah manusia membuktikan perubahan demi perubahan manusia antara cahaya dan kegelapan. Namun, demi KasihNya kepada manusia, Tuhan tidak melupakan kita.

WAHYU TERAKHIR
: Apabila manusia berada di lubuk Dunia Gelap, Pencipta kita telah mengutuskan PesuruhNya Yang Terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyelamatkan manusia dengan wahyu terakhir yang menjadi bimbingan yang kekal dan terakhir untuk seluruh dunia.