Kenangan seminggu PBS di SK Mulong 2  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,,aku bersyukur kepadaMu,ya Allah dia atas segala yang nikmat Kau berikan kepadaku..Ampuni diriku seandainya aku terleka dengan nikmat yang Kau berikan ini sama ada aku dalam sedar atau tidak..Astaghfirullahal'azim..Saat dan tika ini, aku tengah berserabut dengan timbunan assignment yang perlu dilunaskan sebgai seorang student..Begitulah sunnah orang belajar..Semoga Allah permudahkan aku untuk menempuh hari-hari yang mendatang..Rabbi yassir wala tu'assir..

Pada posting kali ini, tiada apa yang ingin ku kongsikan..Rasa tidak puas hati meninggalkan blog bersarang saja..Teringin rasanya nak berkongsi serba sedikit pengalamanku menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana telah dilaksanakan selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Mulong 2, yang mana tempat ibuku mengajar..Mesti ada yang tertanya-tanya, apa itu PBS??Bagi pelajar institut perguruan sepertiku, adalah menjadi suatu kewajipan untukku menjalani PBS selama seminggu setiap semester hinggalah semester ke-4. Pelaksanaan PBS memberi kefahaman awal kepada pelajar IPG tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Dalam erti kata yang mudah, PBS memberi peluang kepada bakal guru untuk menghayati kerjaya seorang guru..=)

Alhamdulillah, selama seminggu di SK Mulong 2, banyak pengalaman yang ku kutip walaupun hanya 5 hari berada di situ. Antara rentetan aktiviti yang kulibatkan ..

Ahad ~ 21 Mac 2010

Hari pertamaku di sekolah tersebut..terus menjalankan tugas,,jaga pendaftaran untuk Pelancaran "Kantin Kering, Tandas Wangi" yang mana dirasmikan oleh Pengarah JPN Negeri Kelantan. Tetamu yang hadir terdiri daripada Guru Besar dan pengetua PPD Kota Bharu, Pegawai PPD seluruh kelantan, dan JPN Kelantan. Sungguh bertuah rasanya dapat berhadapan dengan orang2 besar dan cukup berpengalaman.



Isnin ~ 22 Mac 2010

Ke SK Long Gafar-relief cikgu iring murid-murid yang mewakili sekolah dalam olahraga..Dari pagi sampai tengah hari..Pengalaman yang menarik..=)

Sempat bergambar bersama atlet2 SK Mulong 2..chaiyok2..=)

Bersama PK KO Sk Mulong 2 =) (ibuku la tu..)

Selasa ~ 23 Mac 2010

Aku menghabiskan masaku di sekolah dengan meronda-ronda sekitar sekolah..aku diamanahkan oleh PK1 utk 'relief' kelas bahasa Inggeris bersama sahabatku, Salwana..Sedikit pengalaman menjadi guru ganti ini kuanggap sebagai latihan utkku menjadi bakal guru pda masa hadapan..

Sabar..sorang2 baca..

Pengalaman menjadi seorang "teacher"..

Bersama pelajar2 di pusat sumber..sambil memerhatikan mereka membaca..

Sempat juga bersembang-sembang dengan GB, Pn Marilah..dapat setitip motivasi dari beliau..Gambar kenangan..

Rabu ~ 24 Mac 2010

Hari ni full time relief kelas(b.melayu, b.inggeris, mat) sebab kebanyakan cikgu2 sibuk dengan urusan2 penting..Aku just pantau2 murid-murid buat kerja sekolah di samping membantu mereka..Sangat seronok walaupun agak penat sedikit coz kena control murid2 yang nakal2..=)Cara mudah suh diorang senyap, bagi kertas suh diorang lukis..barulah senyap..Memang kanak-kanak suka melukis..

Kena relief kelas..suh budak2 melukis..=)..sangat tertarik dengan lukisan adik Fauzan..

Bagus2.."semua tulis gapo hok cg tulis..pahni maghi baco dekt cg.."jdi cg bm darjah 1..

Khamis ~ 25 Mac 2010

Hari terakhir ku menjalani PBS di sekolah ni..hari ni la aku banyak menemu bual cikgu2 sebagai kolaborasi utk menyelesaikan tugasanku..Sangat sporting cikgu2 di sini..Tidak la terasa kekok sangat..Ada gak relief kelas Sains darjah 5..Best boleh bermesra dengan murid2..n berkesempatan memantau kelas prasekolah..Waktu aku masuk ke prasekolah Bestari, mereka sedang beratur untuk makan..Sangat comel2,,sangat bersopan dan beretika..mereka telah dididik untuk berakhlak mulia..moga2 dengan usaha guru2 mereka, akan terbentuklah generasi yang produktif dan berkualiti..


Gambar kenangan bersama kak Ira dan adik2 prasekolah..comel2 mereka nie..=)

*Luahan hati kecilku : bukan mudah menjadi seroang guru..seorang guru memerlukan pengorbanan yang tinggi..Bukan hanya mengajar semata-mata,,malah membentuk murid dengan akhlak yang mulia berlandaskan apa yang disyariatkan oleh agama..walaupun sesetengah orang memandang kerjaya guru sebagai "low class",,tapi seorang gurulah yang akan melahirkan golongan2 profesional..aku bangga menjadi seorang guru!sesetengah orang pula menganggap guru kerjaya yg sangt senang..kata mereka,"Alah..senang2 jadi cg la,,balik sekolah pn awal, belajar x susah sangat pun,,elaun pun dapat.."Bagiku,, bukan elaun yg ku harapkan, namun hati ikhlas yang berjuang mendidik anak bangsa..TAKBIR!

Kenangan seminggu di SK Mulong x kan ku lupakan..=)

Be Careful With The Sign!!  

Posted by: ~princess Islam~ in

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)

Meaning : Neither the Jews, nor the Christians, will accept you, unless you follow their religion. Say, "GOD's guidance is the true guidance." If you acquiesce to their wishes, despite the knowledge you have received, you will find no ally or supporter to help you

Golongan Yahudi tidak akan sekali-kali mengikut jejak langkah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahkan mereka tegar untuk menyeret kaum muslimin kepada agama mereka walaupun tanpa kita sedari. Cukup halus suntikan jarum Yahudi untuk menjatuhkan agama Islam. Lihatlah dunia Islam sekarang yang dihimpit pelbagai kesukaran menghadapi kecaman dan ancaman orang kafir laknatullah. Umat Islam juga dikatakan terrorist dan dibunuh tanpa belas kasihan bagaikan tiada harga nyawa bagi mereka. Tiada nilai kemanusiaan dalam diri mereka dan tidak layak digelar manusia.

Sebagai peringatan kita bersama. Mungkin sesetengah daripada kita pernah meniru simbol2 ini. mungkin ini dianggap "saje2" atau simbol rock. Namun, apa yang tersirat di sebaliknya jarang2 daripada kita yang tahu. Kasihan apabila melihat kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa meniru simbol ini dan sudah menjadi kebiasaan mereka. InsyaAllah sampaikanlah kepada sahabat2 kita semua...

Simbol-simbol

TABIK SETAN


Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.



Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.





Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above



Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.



A Satanic Ritual
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)



Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

King Abdullah dan Vladimer Putin
Obama



France President




Macdonald's CEO




George W.Bush





MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!
Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...

ENTAH APA YANG DIPERJUANGKAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI..
YA ALLAH,,tunjukkanlah kami jalanMu yang lurus..amin..
Sumber :

Maha Suci Allah!  

Posted by: ~princess Islam~






KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

Sumber : Harakahdaily

Hujan Turun Sebaik Saja Solat Istisqa’ Dimulakan

Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”. -MI

Sumber : http://malay.sompost.com/?p=4991

Saya : alhamdulillah..ketika saya tiba di bumi Kelantan pada Sabtu pagi, hujan berderai-derai turun..Saya pun naik heran, bukan ke sekarang musim kemarau..Alhamdulillah,berkat doa Tok Guru dan rakyat Kelantan, bumi kelantan mula disimbah hujan..Subhanallah!

Cintaku padaMu..  

Posted by: ~princess Islam~

DOA RASULULLAH..

Ya Allah,
kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu,
Dan cinta kepada orang yang mengasihiMu,
Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cintaMu,
Jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon cintaMu,
Dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang mendekatkan aku kepada cintaMu.


Ya Allah,
Apa sahaja yang Kau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai,
Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai,
Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai,
Maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah,
Jadikanlah cintaMU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,hartaku, da air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah,
Jadikanlah aku mencintaiMu,
mencintai malaikatMu,
RasulMu dan hambaMu yang soleh.


Ya Allah,
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai,

Ya Allah,
Jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu.



(Hadis riwayat at-Tirmizi, Rasulullah saw bersabda,"Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.)

Kenangan Masih Tersemat..  

Posted by: ~princess Islam~

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, bersyukur masih diberi ruang untuk bernafas dan menikmati kehidupan sebagai hamba Allah di alam fana ini..Moga diri terus menerus menikmati nikmat iman dan Islam sehingga akhir hayat,insyaAllah..

Akhirnya, berkesempatan juga untuk menukilkan sesuatu setelah berperang dengan masalah broadband..Dalam seminggu dua ni, kesibukan menghambatku dari belakang.. Minggu lepas, aku dikehendaki menghadiri Kursus Bina Insan Guru selama seminggu di Telok Senangin Pantai Remis, Perak..Masih terngiang-ngiang lagi deruan ombak dan kicauan burung mengejutkan kami setiap pagi..Alhamdulillah, selama empat hari tiga malam, akhirnya kami berjaya melaksanakan tugasan kami dengan jayanya..moga2 masa yang kami luangkan serba sedikit membina insan dan jati diri kami sebagai seorang guru..huhu~

Teringat lagi dikir dendangan kumpulanku semasa malam persembahan ;
"Mulo2 mari BIG,
Niat nok dapat degree,
tak dok langsung dale hati,
Raso ikhlas diri.."
(rangkap lain x ingat doh..huhu)

Memang pada mulanya aku tak de mood pun untuk datang BIG, namun ku betulkan niatku untuk mencari pengalaman,ilmu, dan sesuatu yang baru..Rupa-rupanya best jugak BIG ni..Pengalaman kembara ke hutan paya bakau, berkayak ke tengah lautan, "water confident" di tengah lautan, orientering, masak dalam hutan, main kereta api buta, dan lain2, semuanya tersemat dalam kotak memoriku..Yang paling terkesan, semasa kembara paya bakau,takjub dan bersyukur atas kekuasaan Allah..Sesungguhnya setiap penciptaan Allah ada manfaatnya kepada manusia..Setiap pokok yang ditunjukkan En Ibrahim masing2 ada fungsinya utk kesejahteraan hidup manusia..SUBHANALLAH!!Qiamullail di tepi pantai diiringi deruan ombak membuat kami terkesan akan keajaiban Pencipta..Terasa dekat diri denganNya..Terasa sayu melihat keindahan matahari terbit setelah mengerjakan solat Subuh berjemaah..Indahnya iman!"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku, dan matiku hanya kepadaMu.."

Tadi, telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa peringkat IPG KTB..Mukaku yang dah "burn" terus "burn" untuk kali kedua..haha..tadi kat kelas pun semuanya suram..Namun,semangat kami tak pernah padam..=)

Beberapa foto diambil sebagai kenangan..

Sebelum bertolak..wajah ceria..(ye ke??)

Senaman pagi di tepi pantai..

Rafting di tengah lautan..

Water confident.."cuak jgk"..nasib baik Miss Teo dtg membantu..huhu~

Penerangan dari En Ibrahim..santai dan banyak input baru..

Sama2 meredah paya bakau..

Wah..maggi kami dah masak!!

"Kami dah kenyang.."setelah menikmati maggi sebungkus..

Girls..gambar kenangan bersama Tuan Pengarah..

With Kak Nini n Kak Filzah..sempat bergambar sebelum balik..

Susahkah Mendidik??

Sesungguhnya peranan sebagai seorang pendidik amatlah besar dalam masyarakat..Pendidik bukan sahaja berperanan sebagai seroang mu'allim,bahkan sebagai murabbi..Apa beza mu'allim dengan murabbi??Mu'allim berperanan mengajar ilmu2 tertentu kepada muridnya. Matlamat utama mengajar ialah memahamkan pelajar tentang ilmu yang dicurahkan dan "dituang" semula semasa peperiksaan..Secara ringkasnya, antara mu'allim dengan pelajar berlakunya perpindahan ilmu melalui akal ke akal..

Murabbi pula lebih "advance" dari mu'allim kerana ia memastikan ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat muridnya..Jika tugas mu'allim berlegar di akal, tugas murabbi pula di hati muridnya..

Cabaran Pendidikan

Sampai saat ini, aku masih terfikir begitu mencabar untuk menjadi seorang pendidik..Analoginya, ketika menjalani aktiviti berkayak di lautan, semua mempunyai matlamat yang sama..Ingin sampai ke destinasi yang dituju..Namun, semangat dan daya usaha yang tinggi secara berterusan(istiqamah) perlu ada untuk mencapainya..Ombak yang bergelora, tenaga yang perlu disumbangkan secara berterusan, masalah kayak, semuanya merupakan rintangan2 yang mesti ditempuh untuk ke destinasi..Begitu juga dalam pendidikan, ia bukan perkara yang boleh dibuat "main2" dan dipandang remeh..Semuanya memerlukan pengorbanan dan keikhlasan..Kadang2, sebagai guru, kita mampu untuk memberi ilmu sebanyak2nya,tetapi gagal dalam memberi didikan setepat2nya..Akibatnya produk sistem pendidikan tidak seimbang..Ada yang cemerlang akademik,tetapi akhlaknya kurang baik.

"Yang penting sekarang adalah bagaimana melahirkan ramai murabbi..bukan sekadar mu'allim dalam masyarakat kita.."

Bukan hanya Fikrah Islam, tetapi Roh Islamiah..

*Sekadar perkongsian..