Iktibar dari Al Quran  

Posted by: ~princess Islam~ in




1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 September dan 1 Oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat berguna untuk membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Kami menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .


*dipetik dari laman blog ustaz thantawi ~ http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Alhamdulillah..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Syukur, Alhamdulillah..kali ni sempat juga aku melakarkan secebis dua kata untuk diabadikan dalam blog kesayangan ni setelah sekian lama menyepi..disebabkan kesibukan yang tidak segan silu menerjahku dari belakang sejak dua menjak ni..hmm,alhamdulillah kerana aku disibukkan dengan program yang bermanfaat, bukan program yang menyesakkan imanku..

Sepanjang bulan Oktober ni, beberapa aktiviti yang telah berlangsung di sini yang kusertai secara langsung, ingin kunyatakan sebagai perkongsian..Antaranya..

1) Aku ditugaskan untuk menghadiri MUTTHQ di IPIS..Suatu pengalaman yang tidak dapat kulupakan sebagai pengalaman pertamaku menyertai musabaqah hafazan..Walaupun tidak mendapat tempat,namun aku tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertainya.
2) Kem Bestari Solat sepertimana entryku sebelum nie..Suatu pengalaman baru dan juga sebagai latihan untukku menjadi seorang guru..
3) Aku juga diamanahkan untuk menjadi seorang guru mengaji di sebuah sekolah di Kepala Batas..semalam merupakan hari ke-3 aku bertugas di sana..Pengalaman mengajar memberi seribu satu makna kepadaku untuk menghadapi cabaran di masa hadapan..
4) Mahrojan Lughah Arabiah peringkat zon utara yang berlangsung di IPGM Kampus Tuanku Bainun sendiri..Menarik minatku untuk mendekati dan mendalami bahasa arab..juga memberi semangat kepadaku untuk belajar dan terus belajar..Suasana arab yang merupakan idea ustaz2 menambahkan kemeriahan suasana mahrojan..turut dihadiri I4P dan IPDAuntuk menyertai musabaqah yang dianjurkan..
5) Hari Khamis baru2 ni pula merupakan Majlis Penutup Usrah..Aku sebagai wakil ahli jawatankuasa Biro Usrah dan Dakwah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dalam bekerjasama menjayakan majlis ini..
+pembentangan muqarrar+amali qiraat+dll

Kesemua program2 yang disusun ini sebenarnya banyak mengajarku erti sebuah perjuangan..Perjuangan yang bermula dari langkah pertama..



Minggu depan merupakan minggu peperiksaan..Ku harapkan doa kalian mengiringiku untuk meraih kecemerlangan dalam exam..Bukan sahaja setakat exam, tapi kejayaan kita adalah sejauh mana kita dapat mengaplikasi dan mengamalkan ilmu yang kita pelajari,sebenarnya..Namun, kejayaan yang hakiki ialah meraih keredhaan Allah bagi mendapat syurga Allah..bagi seorang daie, sebenarnya tiada istilah berehat dalam melakukan gerak kerja dakwah..begitu teruja aku dengan kata2 TG Nik Aziz,"Tiada istilah berehat dalam perjuangan saya, kerna saya takut Allah akan panggil saya dalam waktu saya rehat.."

Kepada yang sedang atau akan menduduki peperiksaan, bittaufiq wannajah fil imtihan..semoga kalian senantiasa di bawah lembayung rahmat Allah swt..






Syarah Hadis : Memantapkan Keimanan Dengan Istiqamah  

Posted by: ~princess Islam~ in

Sumber : http://www.darulkautsar.net/


عن سفيان بن عبد الله الثَّقفي قال: قلت "يا رسول الله، قل لي في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً بعدك. قال: قل: آمنت بالله، ثم استقم" رواه مسلم.


Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi berkata bahawasaya berkata: Wahai Rasulullah! Katakanlah kepadaku satu perkataan tentang Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ucapkanlah ‘aku beriman dengan Allah’ kemudian beristiqamahlah." (hadis riwayat Muslim)

Sahabat ini bertanyakan kepada baginda satu ucapan yang menghimpunkan segala kebaikan dan faedah yang membawa kejayaan abadi. Rasulullah s.a.w. telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kemampuan untuk menyampaikan ucapan yang ringkas tetapi mengandungi maksud yang padat. Baginda menasihatkannya tentang beriman dengan Allah s.w.t. yang merangkumi keseluruhan aqidah, amalan hati, penyerahan diri kepadaNya dengan perbuatan-perbuatan secara berterusan sampai akhir hayat yang dikatakan sebagai istiqamah. Hal ini selari dengan maksud al-Qur’an:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata; ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhid, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka tidak pula akan berduka cita. (Al-Ahqaf: 13)


Keimanan dan istiqamah ini akan menatijahkan keselamatan dari segala bahaya dan memperolehi keredhaan Allah dengan memasuki syurga. Nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah jelas menyatakan bahawa iman meliputi aqidah yang benar, amalan hati seperti keinginan kepada kebaikan dan membenci kejahatan, perbuatan anggota fizikal seperti solat, zakat, haji, menolong orang lain dan sebagainya.


Hadis ini menegaskan makna ayat di atas iaitu keimanan hendaklah dinyatakan dengan ucapan dan juga tubuh badan. Iman tidak memadai dengan keyakinan di dalam hati tanpa diisytiharkan dan didakwahkan kepada orang lain. Begitu juga iman bukan sekadar ucapan yang bermain di bibir tetapi merangkumi amalan hati, lidah dan tubuh badan. Pada diri muslim ini zahirnya erti keimanan kepada Allah. Pernyataan sebagai beriman kepada Allah mestilah ditegaskan dan sentiasa diteguhkan.


Keteguhan dalam keimanan akan menentukan ketepatan dalam amalan-amalan iaitu dengan mengikhlaskan diri kepada Allah serta melakukannya menurut petunjuk Rasulullah s.a.w. Amalan-amalan ini akan menjadi lebih sempurna apabila dilakukan dengan penuh istiqamah dan keteguhan baik dalam apa jua kebaikan. Halangan-halangan yang berlaku kepada seseorang tidak akan menyekatnya dari terus mengabdikan diri kepada Allah baik ketika sakit atau sihat, senang atau susah, dalam perjalanan atau di tempat sendiri. Ringkasnya, kita katakan, istiqamah merupakan tanda kesempurnaan amalan mukmin yang merangkumi hati, ucapan dan perbuatan.


Istiqamah menuntut seseorang itu menerima segala ajaran Islam mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa mengurangkan, menambahkan sesuatu yang bukan daripadanya, meminda-minda atau menukar ganti dengan yang lain. Sebagaimana yang diperintah itulah yang dilaksanakan.

فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ


Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka. (Al-Syura:15)


Dan sabda Rasulullah s.a.w.:

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "قاربوا وسددوا. واعلموا أنه لن ينجو أحد منكم بعمله" قالوا: يا رسول الله! ولا أنت؟ قال "ولا أنا. إلا أن يتغمدني الله برحمة منه وفضل".

Hendaklah kamu bersederhana dan tetap lurus beristiqamah dan ketahuilah seorangpun dari kalangan kamu tidak terselamat(dari neraka) dengan amalannya. Lalu sahabat bertanya: Anda juga wahai Rasulullah?, baginda menjawab: Ya, tidak juga saya melainkan Allah menyelimutiku dengan rahmat dan limpahan-Nya.(hadis riwayat Muslim)


Apa yang penting kita mesti berusaha sedaya usaha kita dalam keadaan mengharapkan rahmat dan kurniaan Allah s.w.t. kerana kita tidak ditugaskan dengan sesuatu hukum melainkan dalam batas kemampuan kita. Sifat berterusan patut dikekalkan dan itu lebih baik daripada amalan yang banyak kerana semangat yang yang berkobar-kobar yang kemudiannya sepi tanpa penerusan. Ibarat air paip yang kecil lebih baik daripada curahan air setangki yang kemudiannya kering tidak ada walaupun setitik.

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu (Al-Taghabun: 16)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Ali `Imran: 106)


Ketaqwaan perlu diusahakan dan dikekalkan sehingga akhir usia kita sehinggalah kita meninggal dunia dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Kehidupan ini mesti ditempuhi dalam keadaan mengharapkan rahmat Allah dan rasa takut kepada-NYa. Tidak ada jalan lain untuk memperolehi husnul khatimah kecuali dengan meneguhkan keimanan dan beristiqamah di atas jalan hidayat dan taqwa selagi hayat dikandung badan.


(Syarah hadis disediakan oleh Ust Muhammad Hanief Awang Yahya untuk www.darulkautsar.com )

Coretan Kem Bestari Solat 2009  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum wbt..

Pada Sabtu lepas iaitu 10 Oktober 2009, saya berpeluang untuk menjadi salah seorang dari fasilitator untuk mengendalikan Kem Bestari Solat dengan kerjasama SK Tanah Liat dan Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPGM Kampus Tuanku Bainun..Kem ini berlangsung dari awal 8 pagi sehinggalah berakhir pada jam 6.00 petang..Alhamdulillah, kem ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit less control..maklum la, kena handle budak2..riuh Surau al-Ghazali pada hari tu dengan suara kanak2..Antara peserta program ini adalah pelajar darjah 2 dan 3 dari SK Tanah Liat..Banyak pengalaman yang ku perolehi dari kem ni, yang merupakan latihan awal untuk diriku yang bakal bergelar 'ustazah'..Kadang2, seronok mendengar celoteh dari adik2..

Beberapa program yang disusun antaranya ; teori solat dan wudhuk, amali solat dan wudhuk, nasyid, treasure hunt dan sbgnya..Walaupun masa diberikan terhadiaitu sehari, diharapkan adik2 dapat menguasai semua yang dipelajari pada hari itu..Sesungguhnya "Solat itu tiang agama"..Selamat mengamalkannya..

Berikut merupakan gambar kenangan KBS tersebut..




::.BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN.::  

Posted by: ~princess Islam~ in


* Pasti kelak dirimu ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
* Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku kepadaNya.
* Hati akan terseksa dengan barah rindu.
* Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
* Cinta lalai akan menyebabkan alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
* Boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta.
* Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
* Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
* Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat pastinya.

Nauzubillah!


::.TIPS MENEPIS CINTA REMAJA.::

1. Tegas dengan prinsip diri.
2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
3. Bersahabat dengan rakan2 sejantina yang soleh.
4. Mengekang hawa nafsu.
5. Mendekati majlis2 ilmu.
6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.
7. Akrab dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan.

~ dipetik dari buku pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul karya Fatimah Syarha Mohd Noordin..sebagai tatapan dan peringatan buat diriku dan sahabat sekalian..~

Sajak Syed Qutb..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Saudara,
Seandainya kau tangisi kematian,
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
Maka di atas tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini,
Dan teruskan perjuangan ke gerbang jaya.

Saudara,
Kematianku adalah satu perjalanan,
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu,
Taman-taman syurga-Nya bangga menerimaku,
Burung-burungnya-Nya ebrkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana, fajar sedang memancar.

kenangan raya..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum wbt..

Untuk posting kali nie, just nak abadikan beberapa gambar kenangan semasa
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Keluarga Haji Ismail (23/09/2009) di dalam blog nie..

al-Fadhil al-Ustaz Ahmad Zakir..

menjamu selera..

Ucapan Pak Long..

Cucu2 beratur panjang untuk mendapatkan duit raya dari pak2 sedara..Aku pun tidak melepaskan peluang nie!!


Sesi fotografi..

Berikut merupakan sebahagian sahaja aktiviti..peristiwa ni tidak dapat ku lupakan dalam kotak memoriku..Moga2 majlis yang diadakan ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah..Ukhuwwah yang bertaut mudah-mudahan hingga ke syurga..insyaAllah!