.::.Salam Aidil Adha.::.  

Posted by: ~princess Islam~ in

SALAM AIDIL ADHA
kepada semua muslimin dan muslimat..
Barakallahufikum..Kullu 'am wa antum bikhair..



AMALAN-AMALAN UTAMA DI BULAN ZULHIJJAH

Dipetik dari : Zaharuddin.net

Amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )


7 Golongan di Bawah Naungan Allah di Akhirat Kelak  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum wbt..

Kali ini, besar hati saya untuk berkongsi sebuah hadis Rasulullah saw untuk dijadikan panduan hidup kita. Mungkin hadis ini biasa kita baca atau dengar, namun cuba tanya diri kita sejauh mana kita menghayati, merenungi , dan seterusnya mengamalkannya dalam hidup kita sehari-harian.

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi saw, ia bersabda : Tujuh orang yang akan dinanungi akan mereka oleh Allah pada naunganNya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya sahaja iaitu :

1) Imam(pemimpin) yang 'adil
2) Pemuda yang hidup terdidik pada 'ibadat Tuhannya

3) Lelaki yang hatinya bergantung dengan masjid2
4) Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kedua-duanya keranaNya, dan berpisah keranaNya
5) Lelaki yang meminta kepadanya oleh perempuan yang mempunyai kemuliaan dan kecantikan, maka dia berkata, "bahawa aku takut kepada Allah.."
6) Lelaki yang bersedekah dan menyembunyikan sedekah hingga tiada yang mengetahui oleh tangan kirinya apa yang dibelanjakan tangan kanannya

7) Lelaki yang mengingati Allah dengan ikhlas maka mengalirlah dua matanya kerana menangis..


Komentar dariku : Sama2 muhasabah dan koreksi diri, adakah kita tergolong dalam salah satu dari 7 golongan tersebut?? Mudah-mudahan kita digolongkan dalam salah satu dari golongan tujuh golongan di atas lalu mendapat naunganNya di hari kiamat kela yang mana tiada naungan pun selain naunngaNya..Amin..

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009  

Posted by: ~princess Islam~ in


KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

From : Harakah Daily

Komentar dariku : Tahniah Tok Guru atas penghormatan yang diberikan..Semuanya menunjukkan hasil kewibawaan TGNA sebagai pemimpin, ulama, yang berpengaruh bukan sahaja di Malaysia malah di dunia..Bangga jadi rakyat Kelantan di bawah pemerintahan Tok Guru..


Kaedah-Kaedah Mengenal Hadith Palsu  

Posted by: ~princess Islam~ in


Oleh: al-Ustaz Abu Umaimah Mohd Arif bin Nazri

Ulama-ulama hadith memang terkenal dengan usaha-usaha agung mereka dalam memelihara hadith-hadith Rasulullah SAW daripada dicemari oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Di antara usaha-usaha murni mereka ialah memgenal pasti hadith-hadith palsu serta mengadakan kaedah-kaedah am atau garis panduan untuk mengenali hadith-hadith tersebut.

Menurut Syeikh Umar bin Hasan Uthman Fallatah dalam tesis Phd beliau yang bertajuk الوضع في الحديث , sebahagian kaedah-kaedah tersebut ada yang bersifat umum berkenaan sifat-sifat kepalsuan hadith dan ada yang lebih bersifat terperinci. Ini semua hasil daripada penelitian yang berterusan dan istiqra’ yang menyeluruh terhadap sanad-sanad hadith berserta matan-matanya yang akhirnya membolehkan untuk mereka merumuskan perkara tersebut.

Antara kaedah-kaedah atau tanda-tanda khusus tersebut adalah:

1. Setiap hadith yang menyebutkan (pada teksnya) iman itu bertambah atau berkurang, atau sebaliknya tidak bertambah dan tidak berkurang, maka matan-matan sedemikian adalah palsu atau maudhu’

2. Setiap hadith yang menyebutkan bahawa al-Quran itu makhluk, atau bukan makhluk, begitu juga mana-mana hadith yang menyatakan ancaman terhadap orang yang berkata sedemikian ( makhluk atau tidaknya al-Quran) kesemuanya adalah palsu.

3. Kesemua hadith yang mengisbatkan disyariatkan untuk mengelap anggota wudhu selepas berwudhu juga tidak ada yang sahih.

4. Hadith yang menetapkan tempoh minimum bagi haidh begitu juga tempoh maksimum.

5. Setiap hadith yang menyebut; barangsiapa berbuat amalan tertentu mendapat pahala seorang Nabi atau lebih. Maka kesemuanya adalah palsu.

6. Mana-mana hadith yang menyatakan adanya solat-solat sunat pada malam-malam tertentu atau pada siangnya, seperti solat malam Ahad atau Isnin atau pada setiap hari daripada seminggu. Tidak ada satu pun yang sahih dari Nabi.

7. Hadith solat Ragha’ib الرغائب (solat sunat pada malam pertama bulan Rajab)

8. Hadith solat khas malam Nisfu Sya’ban.

9. Hadith solat sunat hari Asyura’ عاشوراء begitu juga galakan untuk melakukan perkara-perkara lain seperti bercelak, berhias, mengadakan kenduri. Kesemuanya tidak thabit dari Nabi melainkan hadith-hadith berkenaan puasa pada siangnya.

10. Hadith-hadith berkenaan puasa pada bulan Rajab dan solat pada sebahagian malamnya.

11. Hadith-hadith yang melarang atau tidak menggalakan pernikahan sebaliknya menggalakan hidup berseorangan العزوبة.

12. Hadith-hadith yang menggalakan untuk menyimpan perempuan, dengan anggapan bahawa perempuan sedemikian memiliki rahim-rahim yang diberkati.

13. Hadith-hadith yang mencela zuriat dan galakan untuk tidak beranak yang kononnya Allah tidak lagi berhajat kepada mana-mana anak yang dilahirkan selepas seratus tahun dari kewafatan nabi.

14. Hadith-hadith yang menyebutkan akan Khidr dan pertemuanya dengan Rasulullah, Ilyas dan Jibril pada setiap tahun di Arafah.

15. Hadith yang mengisbatkan bahawa nabi menta’yinkan (menyatakan dengan menyebut nama seseorang) sebagai khalifah selepasnya.

16. Mana-mana hadith yang ada disebutkan lafaz Ya Humaira’ يا حميراء atau al-Humaira’ الحميراء

17. Hadith-hadith manaqib Muawiyah معاوية atau keburukanya secara langsung atau yang mencela Amru ibnu ‘Ash.عمرو بن العاص

18. Hadith-hadith yang mencela Abu Musa al-‘Asyari أبو موسى الأشعري .

19. Hadith-hadith yang mencela Marwan bin al-Hakam atau al-Walid bin Abdul Malik.

20. Hadith-hadith yang menaskan khilafah untuk anak al-‘Abbas atau yang mengharamkan mereka daripada neraka, juga yang memuji ahli Khurasan yang keluar bersama Abdullah bin Ali bin al-Abbas atau mana khulafa Bani Abbas atau yang memuji al-Mansur, al-Saffah atau al-Rasyid.

21. Hadith-hadith yang menyebutkan manaqib مناقب (kebaikan) imam-imam mazhab yang empat dengan nama-nama mereka begitu juga yang mencelanya.

22. Setiap hadith yang memuji Baghdad (بغداد) Basrah (بصرة) Kufah(الكوفة) Marwu (مرو) Asqalan (عسقلان) Iskandariah (الاسكندارية) Antakiah (الأنطاقية) atau mencelanya. Begitu juga yang menyebutkan pada permulaanya ‘bandar ini Bandar syurga atau bandar itu Bandar neraka.

23. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan al-Khalil الخليل (Palestin) begitu juga as-Sakhrah (الصخرة) .

24. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan setiap surah al-Quran satu persatu,

25. Hadith-hadith yang mencela Habasyah, Sudan, Turki, Mamalik, dan Khasiyan.

26. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan ayam jantan dan galakan untuk membelanya, tidak ada hadith yang thabit berkenaan tersebut melainkan dua hadith, Pertama: “janganlah kamu mencela ayam jantan kerana ia mengejutkan kamu untuk solah” (H.R Abu Dawud dalam bab hadith-hadith berkenaan ayam jantan dan binatang-binatang ternak). Kedua: “Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka mintalah kepada Allah akan kelebihan-kelebihanya kerana ia telah melihat malaikat…” (H.R Ahmad dan lain-lain). Kedua-duanya adalah sahih. Begitu juga hadith-hadith berkenaan membela merpati dan ayam betina.

27. Hadith-hadith yang memuji kacang Dal, beras, Baqilla’ الباقلاء ( sejenis tumbuhan rumpai) terung, delima, kismis, tembikai, Kurrath الكراث dan Hindia’ الهندباء ( kedua-duanya sejenis tumbuhan), lobak, dan keju.

28. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan beberapa jenis bunga seperti Nirjisiah, Ward (ros), al-Ban, dan Marzinjusy.

29. Hadith-hadith yang memuji inai dan kelebihannya, melainkan hadith riwayat Abu Daud: sebaik-baik yang kamu gunakan untuk mengubah putih uban ialah Hinna’ الحناء dan Katam الكتم( jenis dedaun seperti inai)

30. Hadith-hadith yang menyebut rupa paras yang cantik dan memujinya dan menggalakan memandang kearahnya serta meminta bantuan darinya, begitu juga yang menyatakan bahawa neraka tidak akan menyentuhnya.

31. Hadith-hadith yang melarang tabarrum تبرم (menyebut secara marah dan putus asa) tatkala menunaikan hajat manusia.

32. Kesemua hadith yang melarang dari mencela Baraghithالبراغيث ( sejenis binatang kecil seperti pepijat)

33. Hadith yang menyatakan sesiapa yang diberikan sesuatu hadiah maka orang yang ada bersamanya sama-sama ada hak terhadap hadiah tersebut.

34. Hadith yang menggalakan untuk memakai cincin daripada batu Aqiq.

35. Hadith-hadith yang menyatakan keharusan atau pengharaman bermain catur.

36. Hadith-hadith yang menyebutkan jenis-jenis wali seperti yang masyhur dalam dunia kesufian seperti al-Abdal الأبدال, al-Aqthab الأقطاب, al-aghwat الأغواث, al-Nuqaba’النقباء, al-Nujabaالنجباء, dan al-Awtadالأوتاد

37. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan aqal.

38. Hadith-hadith yang menyebutkan طنين الأذنان bunyi-bunyian dengungan telinga.

39. Setiap hadith yang menyebut tarikh-tarikh tertentu di masa akan datang atau yang menyebutkan pada tahun sekian berlakunya sekian atau yang seumpama denganya.

Inilah di antara ciri-ciri khusus terhadap hadith palsu. Maka apabila terdapat mana-mana hadith yang mengandungi lafaz lafaz sebagaimana yang disebutkan maka dikhuatiri ianya adalah hadith yang palsu. Tidak dinafikan ada di antara perkara-perkara yang disebutkan itu benar dari sudut fakta dan hakikatnya tetapi yang menjadi kesalahannya disini ialah menyandarkanya kepada Rasulullah S.A.W, beliau sendiri telah memberi amaran keras berkenaan ini dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya

إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta ke atasku tidaklah sama seperti berdusta keatas orang lain, maka sesiapa yang telah berdusta keatas ku secara sengaja maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka.” ( H.R al-Bukhari: 1291, Muslim)

Sumber : al-qayyim.net

Seuntai Kata Untuk Dirasa  

Posted by: ~princess Islam~ in


Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..
Banyak yang perlu dikorbankan..
Banyak juga yang terpaksa dilepaskan
Sekali langkah tersadung,rebah menyembah..
Sekali melangkah gagah, tersenyum megah..
Dan semua itu memerlukan pengorbanan..
Menentu kesabaran dan air mata..
Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul..
Usah digusar pada "ANUGERAH ALLAH"..
Anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan kita..
Dan mengajar kita bangun untuk menjadi..
~MANUSIA SESEMPURNA INSAN..~

Keberkatan dan kemanisan dalam perjuangan hanya untuk
mereka yang mampu bermujahadah di dalam kepayahan,
berkorban dalam tangisan,
dan rela imannya diuji dalam keperitan..
Bukan perjuangan tanpa kesulitan,
tapi dalam kesulitan tercatit ketenangan,
kita tidak sendirian kerana
ALLAH sentiasa bersama..

"Barangsiapa menghendaki pahala di dunia sahaja (maka dia akan rugi),
kerana di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat."
~Surah an-Nisa':134~

Suatu Perkongsian  

Posted by: ~princess Islam~ in


.::Salam sejahtera dan salam juang::.

Diriku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu tatkala ke'boring'an yang mencengkam setelah seharian mengadap buku dan hanya berkurung dalam bilik. Maklum la, aku sebenarnya lebih suka mendengar dari membaca. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan silibus Ulum Hadis dan Tamadun (Ulum Hadis n Tamadun je la.) . Yang lain banyak lagi perlu di'cover', Qiraat, Rasm Uthmani, Sirah, etc. Ni la nasibnya bila studi last minute. Hmm, pape pon, ku cuba ikhlaskan diri semuanya kerana Allah. Ku sematkan dalam diri "jangan pernah merasa jemu untuk menimba ilmu".

Seusai menghabiskan silibus Ulum Hadis, sedikit sebanyak aku telah mempelajari berkaitan dengan sunnah Rasulullah. Apabila diimbas kembali, begitu besar sumbangan yang telah dibuat oleh Para Sahabat, Tabi'in dan ulama' hadis untuk mengembangkan ilmu hadis. Begitu teliti mereka meriwayatkan sesuatu hadis. Kerana mereka bimbang dengan sabda Rasulullah saw,"Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, tempatnya di dalam neraka." Oleh itu wahai sahabat sekalian, kalian juga hendaklah bertanggungjawab terhadap hadis yang kalian sebarkan, adakah ia benar2 sohih, hasan, ataupun sebaliknya. Jangan kita sewenang-wenangnya membuat tindakan tanpa merujuk dan mengkaji terlebih dahulu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disabdakan Baginda tadi. Waiyyazubillah.

Apa yang telah ahli Hadis perjuangkan telah siap dibukukan dan sampai kepada kita dalam bentuk yang telah sempurna, dibukukan dalam kitab2 dan musnaf2 yang tersusun rapi. Jadi, apa lagi? Semuanya menuntut kita belajar dan terus belajar. Sahih Bukhari, Sahih Muslim, dan kitab hadis muktabar yang lain belum ku 'robek'. Bila masanya??Bila dihitung, banyaknya ilmu Allah yang belum aku pelajari. Ayuh sahabat2 sekalian!

Kisah tokoh2 hadis membuka fikiran dan pengetahuanku akan kebijaksanaan dan kegigihan mereka semata2 untuk menyampaikan hadis Rasulullah untuk kemaslahatan umat akhir zaman. Aku kagum dengan tokoh hadis seperti Abu Hurairah yang paling banyak meriwayatkan hadis. Menurut al-Jawzi, Abu Hurairah meriwayatkan sebanyak 5374 hadis sehingga digelar "Bendaharawan Hadis". Namun begitu, insan yang rapat dengan Rasulullah ini tetap dikritik dan tohmahan. Jika difikirkan, bagaimana mungkin tokoh yang diakui sebagai periwayat hadis bertaraf mutawatir oleh para Sahabat, Tabi'in dan sebahagian besar ulama boleh melakukan kesilapan? Semuanya telah ditolak dengan hujah2 yang bernas.

Cabaran demi cabaran datang dengan kemunculan golongan orientalis yang cuba memecah-belahkan umat Islam dengan pelbagai kontroversi dalam permasalahan pokok berkaitan hadis, dan juga kemunculan hadis2 palsu yang mendatangkan fitnah yang besar terhadap umat Islam. Ahli Hadis yang setia dalam memperjuangkan kebenaran tidak sekadar berdiam diri sebaliknya membalas dengan hujah dan menyatakan pandangan mereka tidak berasas. Duhai pejuang Islam, jangan pernah kita berputus asa selagi mana mereka tidak berputus asa untuk menjatuhkan Islam.


Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku untuk terus menimba ilmuMu. Aku percaya, sekiranya kita belajar secara mendalam akan hadis Rasulullah, kasih kita kepadanya akan mula terasa. Bagaimana mungkin cinta dan kasih kepada Rasulullah akan lahir secara mendalam jika kita tidak mempelajari dan menghayati sirah perjuangan yang agung itu??Begitu juga cinta terhadap Allah. Esakan dan tangisan dalam beribadah kepadanya di sepertiga malam, akan terasa nikmat yang tidak akan dirasai selain sesiapa yang merasainya. Betul tak?

Oleh itu, jom menghayati hadis dan sirah perjuangan Rasulullah!

Wallahuta'ala a'lam. Sekadar perkongsian. Mana2 yang tak betul, ku mengharapkan teguran dari kalian.

Exam dah bermula!  

Posted by: ~princess Islam~ in

::.EXAMINATION TIMETABLE.::

[Rabu]
04/11/2009
Paper minor~English Language Academic

[Khamis]
05/11/2009
Paper minor~Lughah 'Arabiah

[Rabu]
11/11/2009
Paper major~Tarbiah Islamiah 1

[Khamis]
12/11/2009
Paper major~Tarbiah Islamiah 2



Doakan daku sukses dalam imtihan..
Kepada semua sahabat,bittaufiq wannajah!

~Usrah oo Usrah~  

Posted by: ~princess Islam~ in


Usrah Tunjang Tarbiah

Assalamualaikum wbt...

Tika dan waktu ini aku baru sahaja pulang dari surau untuk meluangkan sedikit masa bersama ahli usrah 'pilihan'. Walaupun sedikit berat kaki kuuntuk melangkah disebabkan hari peperiksaan yang semakin dekat, namun ku cuba ikhlaskan diri kerana Allah. Ku tekadkan diri bahawa semua yang akan berlangsung bukan menghabiskan masa dengan sia-sia. Semuanya dari batchku sendiri yang telah dibentuk dari sem 1 oleh lajnah usrah sendiri. Kesemuanya seramai 10 orang dari muslimat dan 1o dari muslimin. Tadi adalah perjumpaan sesama muslimat sahaja. Bila difikir balik, apa lah kelebihanku sehingga terpilih untuk dikategorikan dalam usrah pilihan. Namun ku akui, semuanya disebabkan rahmat Allah kepadaku. Bukan senior yang memilih kita, tetapi Allah yang memilih kita semua.


Kenangan rehlah di Lata Chelak 2008

Kenangan Rehlah Usrah Pilihan di Lata Sedim 2009

Usrah tadi telah dipengerusikan oleh Kak Nurul Hidayah yang lebih mesra ku panggil Kak Nurul. Majlis dimulakan dengan sedikit tadarus al-Quran dan terjemahan. Ayat yang dibaca oleh Farhana begitu menyentuh hatiku dan mengubat laraku. Ayatdari Surah al-Baqarah, ayat 284-286. Ayat ni biasa kita baca dan dengar, namun sejauh mana kita mengahayati dan tadabbur mafhumnya. Mafhum ayat 286 yg merupakan ayat terakhir surah al-Baqarah iaitu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupaatau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir."

Subhanallah!Seolah-olah Allah memujuk kita dengan wahyu yang diturunkan. Allah tidak akan bebankan atau menganiaya hambaNya sekiranya tidak sanggup. Seringkali kita sendiri mengeluh dan hampir berputus asa. Namun, ingatlah bahawa Allah sedang menguji kita dan Allah Maha Tahu bahawa kita mampu untuk menggalasnya. Seperti ayat dia atas, terselit doa yang terbaik untuk kita amalkan bersama kerana sebaik2 doa ialah dari al-Quran itu sendiri. Allah dan RasulNya telah memberi panduan kepada kita, namun terpulang kepada kita untuk mempraktikkannya ataupun tidak.

Tafsiran ayat yang dibuat seorang demi seorang memberiku banyak input yang berguna terutamanya apa yang aku belum tahu sebelum ini. Kadang2, aku malu sendiri bila melihat kepetahan sahabat2ku berkata-kata secara ilmiah. Ku cuba koreksi diriku yang tidak seberapa ini yang penuh dengan kelemahan. Namun, ku cuba sedaya upaya untuk memberikan pandangan dan komentar yang terbaik untuk dikongsikan bersama. Apa yang kutahu, kuluahkan kepada sahabat2. Terasa puas hatiku bila dapat menyuarakan sesuatu.

Kak Nurul juga meminta kami memberi sedikit komen berkaitan ukhuwwah kami sepanjang usrah pilihan berlansung sehingga hari ini. Seorang demi seorang ku komen dengan hati terbuka dan penuh ikhlas..



Kak Wafa
~ Seorang yang banyak membantuku untuk Lajnah Usrah, juga seorang yang lemah-lembut. Aku senang dengan perwatakannya.

Kak Filzah
~ Seorang yang sangat mudah untuk memberi pertolongan kepadaku. Aku selalu ziarah biliknya disebabkan dia sama aras denganku. so, tak la jauh sangat. Juga banyak bantuku dalam Lajnah Usrah.

Farhana
~ Selalu gak p bilik dia, tapi sekarang jarang disebabkan kekangan masa yang kurang mengizinka. InsyaAllah, ada masa sue p ziarah.

Fairuzah
~ Banyak juga berkongsi ilmu dan juga cerita. Selalu p bilik dia, sebab ada toaster~hee. Ambil peluang bakar roti. Thanks,Fai!

Kak Nurul
~ Banyak menolongku terutama psl blokGemilang. Aku banyak belajar darinya. Pernah ziarah bilik dia, makan rambutan,hee~

Ida
~ Seorang yang suka berkongsi cerita. Pernah sebilik denganku semasa MUTTHQ kat UKM hari tu. Seorang pemidato yang hebat. Cayalah,ida!

Syakira
~ Kami selalu bertukar senyuman. Dan selalu naik bas sekali ke Kelantan atau balik maktab.

Nafishah
~ Banyak bertemu di atas urusan BKS, atau usrah. Selalu forward mesej untuk info berkaitan meeting atau program.

Amal
~ Walaupun amal x datang, aku tetap nak bagi komen. Seorang yang periang dan banyak berkongsi cerita. Tak boringlah kalau dengar celotehnya. Juga seorang penggemar laksa. Tadi pun dia ajak aku makan laksa,hee~



Alhamdulillah wa syukurillah, kerana dipertemukan dengan kalian semua. Sebenarnya, Allah yang mempertemukan kita. Sekiranya tiada 'usrah pilihan', mungkin kita tidak akan atau kurang berukhuwwah. Aku cukup gembira dipertemukan sahabat sefikrah seperti kalian. Ampun maaf sekiranya terdapat khilaf pada sahabatmu ini. Semoga ukhuwwah kita kan terus erat dan padu, inshaAllah!Ana uhibbukum fillah!!