::.SALAM AIDILFITRI.::  

Posted by: ~princess Islam~ in

Di kesempatan kali ini, saya ingin mendedikasikan ucapan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
Maaf, zahir dan batin..

Khususnya kepada:-

1) Bonda tercinta ; Hjh Fauziah bt Ismail

2) Adik-beradik tersayang ; Kak Long, Kir, Nor, In, Din, Rah, Fah, dan Syir..

3) Seluruh ahli keluarga besar Haji Ismail..

4) Semua sepupu2ku khususnya KAK YA yang sekarang berada di perantauan..

5) Warga IPGM Kampus Tuanku Bainun terutamanya kepada ahli kelas 3PPISMP Pengajian Agama 1 ; Ustazah Amanisah (tutor), Fai, Kak Waniey, Kak Filzah, Amal, Farah Syafiqah, Kak Fiqa, Kak Nini, Kak Og, Kak Bela, Nani, G-ha, Farah Hani, An, Anis, Isa, Bad, Hassan, Emi, Anam, & Afiq..

6) Semua guru dan pensyarah2ku ; Tadika, SKSM, SMKAM, IPGM KTB..

7) Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor..terutama kepada guru2, dan bekas kelas 5 Ibnu Sina 2007..

8) Sahabat karib ; Robiey, Mc Shah, Kak Teen, Kak Shah, Pqah, dan Mirah..

9) Semua yang mengenali diriku..

10) Seterusnya para pengunjung blog nie..

Kehadiran kalian dalam hidupku membawa seribu satu makna..Ribuan kemaafan ku pohon seandainya ada khilaf sama ada sengaja atau tidak sengaja..Mintak maaf, ye=)

" Pemergian Ramadhan Ditangisi, Syawal Disambut Penuh Kesyukuran.."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berikut merupakan ringkasan amalan yang perlu kita titipkan dalam menyambut Syawal mengikut amalan sunnah..selamat mengamalkannya..

(dipetik dari laman blog Ust Zaharuddin)

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

This entry was posted on 9:42 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

3 comments

salam aidilfitri dari prantauan~
maaf zahir batin...

salam aidilfotri. maaf zahir & batin... =)

Post a Comment