Insan Yang Kurindui..  

Posted by: ~princess Islam~

Insan yang ku rindui..

Abah,,Pergimu tidak kusangka,,Begitu cepat rasanya waktu berlalu,,9 tahun sudah dikau meninggalkan kami,,Meninggalkan anak-anakmu yang masih kecil ketika itu,,Namun Allah lebih menyayangimu dirimu,,Menjemputmu pergi terlebih dahulu,,Masih kuingat di waktu kecilku,,Membonceng di belakang motor menjadi kegemaranku,,Aku gembira didampingimu,,Aku gembira di sisimu,,Pemergianmu ku cucuri dengan air mata,,Walau tika itu aku masih mentah dalam mengerti erti hidup yang sebenar,,Masih kuingat,,Ibu kerap kali menangisi pemergianmu,,Kerna sukar mempercayai apa yang berlaku,,Namun ibu tetap tabah mengatasi ujian ini,,Kami redha dengan ketetapan sang Pencipta,,Semoga Allah memberkati dirimu,ibu..Abah,,Masih kuingat,,Kalam-kalam Allah sentiasa meniti di bibirmu,,Zikir-zikir munajat sentiasa menjadi amalanmu,,Solat tahajudmu tidak pernah dilupakan,,Semoga ia kan menjadi bekalanmu di sana,,Teguranmu masih membisik di telingaku,,Gurauanmu masih meniti di ingatanku,,Kata-kata semangatmu masih tersemat di mindaku,,Namun tidak kusangka,,Selama 11 tahun sahaja aku sempat hidup bersamamu,,Abah..Kini anak-anakmu sudah dewasa,,Sedia berbakti kepada manusia,,Tika ini air mataku mengalir,,Merinduimu di alam barzakh,,Hanya doa yang mampu ku kirimkan,,Agar dirimu di tempat yang diredhai,,Moga berbahagia di alam barzakh,,Selamat berehat,ayahanda tercinta,,Semoga kita semua dipertemukan semula di akhirat sana,,Ini bukan ratapan,,Tapi sekadar luahan perasaan,,Kepada insan yang kurindui,,ABAH..

Ikhlas dari anakmu yang merinduimu,

Su'aidah..

Barakallahufik,ya ummi..
* Hari ni, 20 hb Februari, genaplah 9 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga..Walaupun jauh di mata, namun dikau tetap bersemi di hati kami..

saya : sebenarnya, tercetus nak tulis luahan ni selepas membaca posting di blog kakakku,Aziemah tentang Abah yang kurindui..bleh buka di Tinta Nuraziemah..

saya : Kepada yang masih mempunyai ayah, hargailah selagi mereka masih ada..Berbaktilah kepada ibu ayah kita..Jangan nanti kita menyesal dek kesilapan kita mengabaikan mereka..


This entry was posted on 7:48 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Salam.
Barokallah ya ukhti Dah tersayang.
Ngaji ssungguh. (hihi..sedap pesan kat org).
Gembirakan ma kita.
Same2lah jadi anak yg solehah ea=)
I luv n miss our mum at home;-)

Post a Comment