Kenangan Masih Tersemat..  

Posted by: ~princess Islam~

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, bersyukur masih diberi ruang untuk bernafas dan menikmati kehidupan sebagai hamba Allah di alam fana ini..Moga diri terus menerus menikmati nikmat iman dan Islam sehingga akhir hayat,insyaAllah..

Akhirnya, berkesempatan juga untuk menukilkan sesuatu setelah berperang dengan masalah broadband..Dalam seminggu dua ni, kesibukan menghambatku dari belakang.. Minggu lepas, aku dikehendaki menghadiri Kursus Bina Insan Guru selama seminggu di Telok Senangin Pantai Remis, Perak..Masih terngiang-ngiang lagi deruan ombak dan kicauan burung mengejutkan kami setiap pagi..Alhamdulillah, selama empat hari tiga malam, akhirnya kami berjaya melaksanakan tugasan kami dengan jayanya..moga2 masa yang kami luangkan serba sedikit membina insan dan jati diri kami sebagai seorang guru..huhu~

Teringat lagi dikir dendangan kumpulanku semasa malam persembahan ;
"Mulo2 mari BIG,
Niat nok dapat degree,
tak dok langsung dale hati,
Raso ikhlas diri.."
(rangkap lain x ingat doh..huhu)

Memang pada mulanya aku tak de mood pun untuk datang BIG, namun ku betulkan niatku untuk mencari pengalaman,ilmu, dan sesuatu yang baru..Rupa-rupanya best jugak BIG ni..Pengalaman kembara ke hutan paya bakau, berkayak ke tengah lautan, "water confident" di tengah lautan, orientering, masak dalam hutan, main kereta api buta, dan lain2, semuanya tersemat dalam kotak memoriku..Yang paling terkesan, semasa kembara paya bakau,takjub dan bersyukur atas kekuasaan Allah..Sesungguhnya setiap penciptaan Allah ada manfaatnya kepada manusia..Setiap pokok yang ditunjukkan En Ibrahim masing2 ada fungsinya utk kesejahteraan hidup manusia..SUBHANALLAH!!Qiamullail di tepi pantai diiringi deruan ombak membuat kami terkesan akan keajaiban Pencipta..Terasa dekat diri denganNya..Terasa sayu melihat keindahan matahari terbit setelah mengerjakan solat Subuh berjemaah..Indahnya iman!"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku, dan matiku hanya kepadaMu.."

Tadi, telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa peringkat IPG KTB..Mukaku yang dah "burn" terus "burn" untuk kali kedua..haha..tadi kat kelas pun semuanya suram..Namun,semangat kami tak pernah padam..=)

Beberapa foto diambil sebagai kenangan..

Sebelum bertolak..wajah ceria..(ye ke??)

Senaman pagi di tepi pantai..

Rafting di tengah lautan..

Water confident.."cuak jgk"..nasib baik Miss Teo dtg membantu..huhu~

Penerangan dari En Ibrahim..santai dan banyak input baru..

Sama2 meredah paya bakau..

Wah..maggi kami dah masak!!

"Kami dah kenyang.."setelah menikmati maggi sebungkus..

Girls..gambar kenangan bersama Tuan Pengarah..

With Kak Nini n Kak Filzah..sempat bergambar sebelum balik..

Susahkah Mendidik??

Sesungguhnya peranan sebagai seorang pendidik amatlah besar dalam masyarakat..Pendidik bukan sahaja berperanan sebagai seroang mu'allim,bahkan sebagai murabbi..Apa beza mu'allim dengan murabbi??Mu'allim berperanan mengajar ilmu2 tertentu kepada muridnya. Matlamat utama mengajar ialah memahamkan pelajar tentang ilmu yang dicurahkan dan "dituang" semula semasa peperiksaan..Secara ringkasnya, antara mu'allim dengan pelajar berlakunya perpindahan ilmu melalui akal ke akal..

Murabbi pula lebih "advance" dari mu'allim kerana ia memastikan ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat muridnya..Jika tugas mu'allim berlegar di akal, tugas murabbi pula di hati muridnya..

Cabaran Pendidikan

Sampai saat ini, aku masih terfikir begitu mencabar untuk menjadi seorang pendidik..Analoginya, ketika menjalani aktiviti berkayak di lautan, semua mempunyai matlamat yang sama..Ingin sampai ke destinasi yang dituju..Namun, semangat dan daya usaha yang tinggi secara berterusan(istiqamah) perlu ada untuk mencapainya..Ombak yang bergelora, tenaga yang perlu disumbangkan secara berterusan, masalah kayak, semuanya merupakan rintangan2 yang mesti ditempuh untuk ke destinasi..Begitu juga dalam pendidikan, ia bukan perkara yang boleh dibuat "main2" dan dipandang remeh..Semuanya memerlukan pengorbanan dan keikhlasan..Kadang2, sebagai guru, kita mampu untuk memberi ilmu sebanyak2nya,tetapi gagal dalam memberi didikan setepat2nya..Akibatnya produk sistem pendidikan tidak seimbang..Ada yang cemerlang akademik,tetapi akhlaknya kurang baik.

"Yang penting sekarang adalah bagaimana melahirkan ramai murabbi..bukan sekadar mu'allim dalam masyarakat kita.."

Bukan hanya Fikrah Islam, tetapi Roh Islamiah..

*Sekadar perkongsian..

This entry was posted on 5:31 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment