Suatu Perkongsian  

Posted by: ~princess Islam~ in


.::Salam sejahtera dan salam juang::.

Diriku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu tatkala ke'boring'an yang mencengkam setelah seharian mengadap buku dan hanya berkurung dalam bilik. Maklum la, aku sebenarnya lebih suka mendengar dari membaca. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan silibus Ulum Hadis dan Tamadun (Ulum Hadis n Tamadun je la.) . Yang lain banyak lagi perlu di'cover', Qiraat, Rasm Uthmani, Sirah, etc. Ni la nasibnya bila studi last minute. Hmm, pape pon, ku cuba ikhlaskan diri semuanya kerana Allah. Ku sematkan dalam diri "jangan pernah merasa jemu untuk menimba ilmu".

Seusai menghabiskan silibus Ulum Hadis, sedikit sebanyak aku telah mempelajari berkaitan dengan sunnah Rasulullah. Apabila diimbas kembali, begitu besar sumbangan yang telah dibuat oleh Para Sahabat, Tabi'in dan ulama' hadis untuk mengembangkan ilmu hadis. Begitu teliti mereka meriwayatkan sesuatu hadis. Kerana mereka bimbang dengan sabda Rasulullah saw,"Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, tempatnya di dalam neraka." Oleh itu wahai sahabat sekalian, kalian juga hendaklah bertanggungjawab terhadap hadis yang kalian sebarkan, adakah ia benar2 sohih, hasan, ataupun sebaliknya. Jangan kita sewenang-wenangnya membuat tindakan tanpa merujuk dan mengkaji terlebih dahulu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disabdakan Baginda tadi. Waiyyazubillah.

Apa yang telah ahli Hadis perjuangkan telah siap dibukukan dan sampai kepada kita dalam bentuk yang telah sempurna, dibukukan dalam kitab2 dan musnaf2 yang tersusun rapi. Jadi, apa lagi? Semuanya menuntut kita belajar dan terus belajar. Sahih Bukhari, Sahih Muslim, dan kitab hadis muktabar yang lain belum ku 'robek'. Bila masanya??Bila dihitung, banyaknya ilmu Allah yang belum aku pelajari. Ayuh sahabat2 sekalian!

Kisah tokoh2 hadis membuka fikiran dan pengetahuanku akan kebijaksanaan dan kegigihan mereka semata2 untuk menyampaikan hadis Rasulullah untuk kemaslahatan umat akhir zaman. Aku kagum dengan tokoh hadis seperti Abu Hurairah yang paling banyak meriwayatkan hadis. Menurut al-Jawzi, Abu Hurairah meriwayatkan sebanyak 5374 hadis sehingga digelar "Bendaharawan Hadis". Namun begitu, insan yang rapat dengan Rasulullah ini tetap dikritik dan tohmahan. Jika difikirkan, bagaimana mungkin tokoh yang diakui sebagai periwayat hadis bertaraf mutawatir oleh para Sahabat, Tabi'in dan sebahagian besar ulama boleh melakukan kesilapan? Semuanya telah ditolak dengan hujah2 yang bernas.

Cabaran demi cabaran datang dengan kemunculan golongan orientalis yang cuba memecah-belahkan umat Islam dengan pelbagai kontroversi dalam permasalahan pokok berkaitan hadis, dan juga kemunculan hadis2 palsu yang mendatangkan fitnah yang besar terhadap umat Islam. Ahli Hadis yang setia dalam memperjuangkan kebenaran tidak sekadar berdiam diri sebaliknya membalas dengan hujah dan menyatakan pandangan mereka tidak berasas. Duhai pejuang Islam, jangan pernah kita berputus asa selagi mana mereka tidak berputus asa untuk menjatuhkan Islam.


Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku untuk terus menimba ilmuMu. Aku percaya, sekiranya kita belajar secara mendalam akan hadis Rasulullah, kasih kita kepadanya akan mula terasa. Bagaimana mungkin cinta dan kasih kepada Rasulullah akan lahir secara mendalam jika kita tidak mempelajari dan menghayati sirah perjuangan yang agung itu??Begitu juga cinta terhadap Allah. Esakan dan tangisan dalam beribadah kepadanya di sepertiga malam, akan terasa nikmat yang tidak akan dirasai selain sesiapa yang merasainya. Betul tak?

Oleh itu, jom menghayati hadis dan sirah perjuangan Rasulullah!

Wallahuta'ala a'lam. Sekadar perkongsian. Mana2 yang tak betul, ku mengharapkan teguran dari kalian.

This entry was posted on 2:16 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

Assalamualaikum. Dah, entri yang sangat bagus untuk perkongsian. Teruskan mengkaji dan mengkaji agama Allah. Di situ ada nur buat hati-hati yang dahagakan ilmu. Benar, semakin mendalam kita menuntut ilmu, semakin kerdilnya diri merasakan kurangnya ilmu. Namun, yang sebaik-baik manusia adalah yang terus menuntut ilmu Tuhan yang amat luas. Nor harapkan Dah bakal menjadi ulamak terbilang kelak. Amin.

Wa'alaikumsalam wbt,nor..
Subhanallah,terharunya dgn doa nor tu..
Betul, banyak lagi yang mesti kita belajar..
Jasad akan luput, namun ilmu xkan luput..
Harapanku ingin menjadi seperti dlm sabda nabi,"Orang berilmu pewaris para anbiya'"..
Sama2 lah kita penuhkan ilmu di dada..
Demi melayari bahtera duniawi dan ukhrawi,insyaAllah!

Post a Comment