~Usrah oo Usrah~  

Posted by: ~princess Islam~ in


Usrah Tunjang Tarbiah

Assalamualaikum wbt...

Tika dan waktu ini aku baru sahaja pulang dari surau untuk meluangkan sedikit masa bersama ahli usrah 'pilihan'. Walaupun sedikit berat kaki kuuntuk melangkah disebabkan hari peperiksaan yang semakin dekat, namun ku cuba ikhlaskan diri kerana Allah. Ku tekadkan diri bahawa semua yang akan berlangsung bukan menghabiskan masa dengan sia-sia. Semuanya dari batchku sendiri yang telah dibentuk dari sem 1 oleh lajnah usrah sendiri. Kesemuanya seramai 10 orang dari muslimat dan 1o dari muslimin. Tadi adalah perjumpaan sesama muslimat sahaja. Bila difikir balik, apa lah kelebihanku sehingga terpilih untuk dikategorikan dalam usrah pilihan. Namun ku akui, semuanya disebabkan rahmat Allah kepadaku. Bukan senior yang memilih kita, tetapi Allah yang memilih kita semua.


Kenangan rehlah di Lata Chelak 2008

Kenangan Rehlah Usrah Pilihan di Lata Sedim 2009

Usrah tadi telah dipengerusikan oleh Kak Nurul Hidayah yang lebih mesra ku panggil Kak Nurul. Majlis dimulakan dengan sedikit tadarus al-Quran dan terjemahan. Ayat yang dibaca oleh Farhana begitu menyentuh hatiku dan mengubat laraku. Ayatdari Surah al-Baqarah, ayat 284-286. Ayat ni biasa kita baca dan dengar, namun sejauh mana kita mengahayati dan tadabbur mafhumnya. Mafhum ayat 286 yg merupakan ayat terakhir surah al-Baqarah iaitu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupaatau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir."

Subhanallah!Seolah-olah Allah memujuk kita dengan wahyu yang diturunkan. Allah tidak akan bebankan atau menganiaya hambaNya sekiranya tidak sanggup. Seringkali kita sendiri mengeluh dan hampir berputus asa. Namun, ingatlah bahawa Allah sedang menguji kita dan Allah Maha Tahu bahawa kita mampu untuk menggalasnya. Seperti ayat dia atas, terselit doa yang terbaik untuk kita amalkan bersama kerana sebaik2 doa ialah dari al-Quran itu sendiri. Allah dan RasulNya telah memberi panduan kepada kita, namun terpulang kepada kita untuk mempraktikkannya ataupun tidak.

Tafsiran ayat yang dibuat seorang demi seorang memberiku banyak input yang berguna terutamanya apa yang aku belum tahu sebelum ini. Kadang2, aku malu sendiri bila melihat kepetahan sahabat2ku berkata-kata secara ilmiah. Ku cuba koreksi diriku yang tidak seberapa ini yang penuh dengan kelemahan. Namun, ku cuba sedaya upaya untuk memberikan pandangan dan komentar yang terbaik untuk dikongsikan bersama. Apa yang kutahu, kuluahkan kepada sahabat2. Terasa puas hatiku bila dapat menyuarakan sesuatu.

Kak Nurul juga meminta kami memberi sedikit komen berkaitan ukhuwwah kami sepanjang usrah pilihan berlansung sehingga hari ini. Seorang demi seorang ku komen dengan hati terbuka dan penuh ikhlas..



Kak Wafa
~ Seorang yang banyak membantuku untuk Lajnah Usrah, juga seorang yang lemah-lembut. Aku senang dengan perwatakannya.

Kak Filzah
~ Seorang yang sangat mudah untuk memberi pertolongan kepadaku. Aku selalu ziarah biliknya disebabkan dia sama aras denganku. so, tak la jauh sangat. Juga banyak bantuku dalam Lajnah Usrah.

Farhana
~ Selalu gak p bilik dia, tapi sekarang jarang disebabkan kekangan masa yang kurang mengizinka. InsyaAllah, ada masa sue p ziarah.

Fairuzah
~ Banyak juga berkongsi ilmu dan juga cerita. Selalu p bilik dia, sebab ada toaster~hee. Ambil peluang bakar roti. Thanks,Fai!

Kak Nurul
~ Banyak menolongku terutama psl blokGemilang. Aku banyak belajar darinya. Pernah ziarah bilik dia, makan rambutan,hee~

Ida
~ Seorang yang suka berkongsi cerita. Pernah sebilik denganku semasa MUTTHQ kat UKM hari tu. Seorang pemidato yang hebat. Cayalah,ida!

Syakira
~ Kami selalu bertukar senyuman. Dan selalu naik bas sekali ke Kelantan atau balik maktab.

Nafishah
~ Banyak bertemu di atas urusan BKS, atau usrah. Selalu forward mesej untuk info berkaitan meeting atau program.

Amal
~ Walaupun amal x datang, aku tetap nak bagi komen. Seorang yang periang dan banyak berkongsi cerita. Tak boringlah kalau dengar celotehnya. Juga seorang penggemar laksa. Tadi pun dia ajak aku makan laksa,hee~



Alhamdulillah wa syukurillah, kerana dipertemukan dengan kalian semua. Sebenarnya, Allah yang mempertemukan kita. Sekiranya tiada 'usrah pilihan', mungkin kita tidak akan atau kurang berukhuwwah. Aku cukup gembira dipertemukan sahabat sefikrah seperti kalian. Ampun maaf sekiranya terdapat khilaf pada sahabatmu ini. Semoga ukhuwwah kita kan terus erat dan padu, inshaAllah!Ana uhibbukum fillah!!

This entry was posted on 8:12 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

6 comments

subhanaLLAH dik..hebatnya ukhuwwah antunna..ini lah tujuan asal kami mewujudkan usrah pilihan..bukan pilihan kami tapi pilihan Allah..akak mohon dik,,teruslah berjuang untuk BKS dan Islam terutamanya..kami mendoakan kalian sejahtera kerana tiada siapa lagi yang boleh kami harapkan untuk BKS tercinta...kalian pewaris generasi terbilang,,teruskan perjuangan..ALLAHUAKBAR!!
akak sayang adik2 kerana Allah...

Salam..syukran,kak anis..semuanya ats sokongan kak2 dan pihak bks..kami sekrng dlm proses mempereratkan ukhuwwah antra kami..kami kan cuba sedya upaya berjuang utk Islam bwh wasilah BKS..kami masih dahagakan sokongan dan tunjuk ajar dari kak2 senior yang lebih berpengalaman..jazakillah,ya ukhti!!uhibbuki fillah!

salam ziarah mahabbah-
pertama kenali blog sua'idah
ALLAHAKBAR! menulis tentanG usroh pilihan .... terharunya

dik, sama-sama doakan untuk UKHWAH ini ya- padamkan istilah dekat tapi jauh.

Terkesan dengan ukhwah kita Yg makin hambar- ambil itu sebagai satu pengajaran-

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN YA!
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..
CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONGKU JUGA PENOLONG BUATMU....

w'salam..
time kasih kak nurul sudi ziarah mahabbah..
insyaAllah,sebenrnya sue terkesan dgn prjumpaan hari tu..
mengajar sue btpa pntingnya ukhuwwah slm satu2 jamaah..
tiada ukhuwwah,tiadalah jamaah..
moga trus padu dlm menegakkn syiar Islam..

gud luck gk utk exam strusnya..
doaku kan sentiasa mengiringimu,insyaAllah..

aduhai sayang,,laju benar air mata yg menitis tika ini..mengharapkan sokongan kami bererti memikulkan kami dengan satu tanggungjawab yang maha hebat..InsyaAllah adik2 ku,,akan ku bantu selagi termampu..adikku sayang,,BKS bukan satu organisasi tepi jalan,,ia perlukan legasi pewaris yang hebat..sehebat antunna..teruskan berjuang dik..sesekali jatuh,,bangunlah kembali..usah takut pada perkataan jatuh itu kerana ia mematangkan dirimu..bangunlah!!kerana di hadapan sana masih ada sinar yang bakal menerangi...

time kasih banyak2 atas sokongan yang x pernah putus..kudoakan dakwah akan terus berkembang mekar di bumi iptb..hanya kepadaNya kita berharap..akak ku sedaya upaya menjunjung amanah yang bakal dihadapi..Teringat kata2 Rasulullah ketika bersama Saidina Abu Bakar di Gua Thur dalam peristiwa Hijrah,"Innallahama'ana.."Sesungguhnya Allah bersama kita..

Post a Comment