SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN
Tarikh : 10 Disember 2009 (Khamis)
Tenpat : Dewan Besar Balai Islam, Lundang
Aqidah Islam : Asas Perpaduan Ummah dan Cabaran Dr Johari Mat -Ketua Eksekutif KIAS KOMENTAR : Pembentangan yang dibuat oleh Dr Johari begitu berkesan mengenai asas pegangan aqidah dalam seluruh aspek kehidupan. Perkara ini ditekankan memandangkan masalah kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini berpunca dari aqidah yang longgar. Betapa peri pentingnya pegangan aqidah dalam kehidupan kita untuk mencapai matlamat sebenar hidup kita iaitu menggapai redhaNya. Untuk mencapai addin yang sebenar, hendaklah mempunyai pegangan aqidah yang utuh dan mempunyai sistem hidup berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. |
Bahaya Ajaran Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah & Negara KOMENTAR : Pembentangan yang dibuat oleh Ustaz Nasim membuka mindaku tentang bahaya Syi'ah kepada pegangan aqidah kita khususnya. Antara kita sedar atau tidak, ajaran Syiah mula disebar luas termasuk di Malaysia sendiri. Seminar ini memberi jalan kepadaku untuk mengenali Syiah dengan lebih teliti supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan oleh mereka terutama secara "taqiyyah". Pembentangan yang amat berkesan dari Ust Nasim memberiku impak yang besar dalam memperbaiki diri dan berusaha memantapkan aqidah dari semasa ke semasa. Masa begitu singkat, belum puas aku mendengar penjelasan, dan banyak lagi yang perlu dikupas. Namun, aku cukup berpuas hati dengan pembentangan kali ini. |
Masalah Khilafiah Di Malaysia P/S : Untuk pembentangan kertas kerja yang ketiga. aku tidak dapat hadir disebabkan sedikit kekangan.. |
" Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama yang telah diwahyukan kepada Nuh, dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, Isa, iaitu tegakkan agama, dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.."
~ Mafhum surah asSyura :13 ~
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami atas agamaMu.."
---------------------------------------------------------------
::.HEBAHAN.::