Maha Suci Allah!
Posted |
KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa. Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi. Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi. Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat. Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut. Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup. Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad. Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang. Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah. Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa. Sumber : Harakahdaily Hujan Turun Sebaik Saja Solat Istisqa’ DimulakanSolat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan. Sumber : http://malay.sompost.com/?p=4991 Saya : alhamdulillah..ketika saya tiba di bumi Kelantan pada Sabtu pagi, hujan berderai-derai turun..Saya pun naik heran, bukan ke sekarang musim kemarau..Alhamdulillah,berkat doa Tok Guru dan rakyat Kelantan, bumi kelantan mula disimbah hujan..Subhanallah! |
Subhanallah! Dah, nor pun ada dengar pasal ni.. Semoga Kelantan akan terus diterajui oleh pimpinan ulamak. Ni yang buat makin rindu kat klate ni.. Huhu. Tak aci la hang balik sokmo. Jelousnye. Hehe=) Kirim salam kat ma dan adik2 semua.
insyaAllah..
erm,,nak buat ghano,,dh cuti,,cek balik la..
hehehe..jelous ker??
insyaAllah dah smpaikan slm nor..
Subhanallah...