Review buku sat!  

Posted by: ~princess Islam~ in



Semalam, semasa ke kedai Gramedia,,sempat mencapai sebuah buku ni..

Tajuk : Sifat solat Nabi s.a.w.
Harga : RM 15.00 (harga saya beli- discount RM8)
Oleh : Muhammad Nashiruddin Al-Bani
Terbitan : Al-Hidayah Publication


SINOPSIS :

Sebagaimana sebda nabi s.a.w. : "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.." Solat yg sempurna adalah asas kepada kesempurnaan tiang agama. Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib menunaikan solat. Namun ibadah yang ditunaikan itu hendaklah sempurna, tertib aturan dan pelaksanaannya. Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi pelaksanaan solat, ia bukan halangan untuk kita menunaikan solat. Ini kerana setiap pendapat yang berbeza itu disertakan dalil-dalinya. Perkara yg paling penting bagi semua adalah dengan menjaga rukun solat itu sendiri. Selain itu, sangat penting juga untuk kita berusaha utk mencapai solat yang khusyuk.


CORETAN :

Sebenarnya, agak tertarik dengan kandungan buku ni..mungkin antum smua ada yg sudah memiliki buku ini..Buku ini merupakan cetakan kelima disebabkan permintaan pembaca yang tinggi. Dalam cetakan kelima ini, jumlah buku rujukan mencapai lebih kurang 150 buah kitab. Bagi saya, ia sebuah buku rujukan yang lengkap yang disertai dengan dalil2 yang sahih dari al-Quran, at-tafsir, as-Sunnah, dan juga merujuk kitab2 fiqh, usul fiqh dsb. Nota kaki juga disediakan dengan lengkap menunjukkan dari sumber mana ia diambil. Semoga aku diberi kekuatan untuk menghabiskan buku ini. Bagiku, walaupun secara dasarnya kita sudah dikira menepati rukun2 dalam solat, namun alangkah baiknya sekiranya kita tahu dalilnya dan dari mana sumbernya..juga untuk disampaikan kepada orang lain untuk dijadikan hujah..insyaAllah..
aku : "Sesungguhnya aku amat mengharapkan kesempurnaan solat sebagaimana solat Nabi s.a.w."

This entry was posted on 4:01 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

salam. Molek bebenar la buku ni. Nampak gaya boley pinjam la this book nanti balik ni.. Hehe. jangan lupa tau bawak balik nanti cuti ni;)

w'salam nor..tu la,,lengkap sangat buku ni..bleh buat rujukan..ok,,nnti dah bwk balik..=)

Post a Comment