TAAT DAN WALA' DALAM RUANG LINGKUP HARAKAH ISLAMIYYAH  

Posted by: ~princess Islam~ in


TAAT

Taat bermaksud mematuhi segala arahan dan melaksanakannya dalam apa keadaan sekalipun samada susah atau senang bersesuaian dengan kehendak ataupun tidak. Firman Allah swt yang bermaskud : " Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, "kami mendengar, dan kami patuh", dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."~surah an-Nur ayat 51~

Namun, perlu diingat ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebajikan yang tidak melanggar syara' dan bukan ketaatan membuat tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa.

WALA'

Apa pula yang dimaksudkan dengan wala'? Wala' bererti penjaga, pemimpin, pelindung dan penyerahan. Wala; ini terkandung di dalam 3 unsur iaitu ; kasih sayang, tolong-menolong, dan persefahaman. Dalam organisasi Islam, konsep wala' bermaksud kesetiaan seorang Muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pimpinan, imam atau kawan. Secara ringkasnya, wala' dan taat dalam ruang lingkup harakah Islamiyyah ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpinan dlm saf perjuangan Islam.

HUKUM MEMBERI WALA' DAN KETAATAN

~WAJIB ~
Firman Allah dalam surah an-Nisa yang bermaksud ,“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (yang bertaqwa) di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu berselisih di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul” (Surah an-Nisa: 59)

Apabila kita perhatikan ayat di atas, perkataan "athi'u" iaitu kepatuhan hanyalah diletakkan di hadapan Allah dan Rasul. Namun, kepada pemimpin tidak pula diletak "athi'u" kerana tidak pasti pemimpin itu menurut perintah Allah atau tidak. Ini bermakna ketaatan yang mutlak dan total hanyalah kepada Allah dan RasulNya. Ketaatan kepada pemimpin hanyalah kepada pemimpin yang bertaqwa dan menyuruh melakukan kebaikan sahaja. Tidak harus bagi seseorang muslim memberi ketaatan kepada pemimpin yang membawa mereka ke jalan yang dimurkai Allah.

Sabda Rasulullah saw :

“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

Sabdanya lagi:

“Dengarlah dan taatlah, sekalipun kamu diperintahkan oleh seorang budak Habsyah yang rambutnya seperti anggur kering”

Dalam sabda Rasulullah ini, bahawa ketaatan tidak mengira paras rupa dan wajah seseorang, wajib taat terhadap kepimpinannya sekiranya ia menyuruh ke arah kebaikan. Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi orang yang paling bertaqwa di antara manusia. Lihatlah Bilal bin Rabah, sahabat Rasulullah yang berasal dari Habsyah, diangkat darjatnya kerana Islam dan ketaqwaannya di sisi Allah.

Dalam sabdanya yang lain :

" Engkau dengarlah dan taatilah pemimpin(mu) walaupun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas. Maka dengarlah dan taatilah! (HR Muslim)

al-Imam Fakhrur Razi memberi ketegasan di dalam hal ketaatan ini dengan meletakkan keputusan syura secara ijma’ adalah satu sumber dalil. Keputusan ini menjadi kewajipan kepada manusia untuk mentaati secara jazam. Martabat ini lahir disebabkan ijma’ ummah itu bukan keputusan yang ma’sum. Hak ketaatan yang asahaja. Sungguhpun begitu kewajipan untuk meletakkan kepatuhan kepada ketua atau pimpinan seterusnya memberi wala’ adalah diputuskan sebagai kewajipan dalam agama.

~HARAM ~

Dalam hal ini jelas sebab-sebab mengapa Islam mengharamkan penganutnya memberi wala’ kepada pemimpinnya. Rasulullah saw sendiri telah menggariskan batas-batas ketaatan kepada para pemimpin. Sabda Rasulullah saw:

“Tiada ketaatan untuk makhluk dalam perkara maksiat (derhaka) kepada pencipta (Allah)”

KESIMPULAN :

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah dan RasulNya. Adapun terhadap pemimpin yang derhaka kepada Allah tidak diharuskan kepada orang beriman memberi wala’ dan ketaatan bahkan Islam mewajibkan umatnya supaya menentang kemungkaran dan kezaliman.

BEBERAPA MASALAH DISEKITAR WALA’ DAN PENYELESAIAN

Permasalahan memberi wala’ ini sering berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah:

1. Tidak meletakkan wala’ yang mutlak kepada Allah.

2. Tidak memahami konsep berjemaah

3. Tidak menghayati waqi’ semasa

4. Tidak mempunyai pendidikan Islam

5. Tidak ada unsur tawadhu’ ketika berjemaah

6. Tidak ada perasaan cintakan kepimpinan.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Secara dasarnya masalah yang timbul sekitar wala’ dan ketaatan di dalam Harakah Islamiyyah ini dapat dibendung melalui:

1. Mengemaskinikan kembali organisasi saf

2. Membuat pengisian pentarbiyyahan kepada anggota.

3. Mengemaskinikan lagi tanzim dalaman.

4. Membuat tindakan dan perancangan melalui keputusan syura

5. Meluaskan medan perjuangan keperingkat global.

6. Memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan am.

Permasalahan wala’ dan ketaatan ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pendokong-pndokong Islam tetapi ia merupakan satu pentarbiyyahan dalaman yang tidak sekali-kali melemahkan semangat perjuangan bahkan meningkatkan lagi prestasi perjuangan.

KESIMPULAN

Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu”(Muhammad : 7)

* Sumber : beberapa artikel di internet

Kita adalah pemimpin..Selamat berjuang, sahabat-sahabatku..
*Gambar sekadar hiasan..=)

* sebenarnya, tajuk ini merupakan tajuk untuk pembentanganku di usrah qiyadi..ditulis semula untuk dikongsi bersama..

This entry was posted on 10:32 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment