Wajah Suci itu..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah,,aku baru sahaja pulang dari menghadiri satu Forum Remaja yang mana tajuknya : Kemelut Jiwa Remaja yang mana bertempat di Auditorium Perpustakaan Awam Seberang Perai. Forum yang berlangsung dari pukul 9 pagi hinggalah jam 12 tengahari yang diulas oleh 3 panelis yang hebat2 telah membuka mata mereka yang hadir (walaupun aku terlelap seketika..hee). Kebanyakan yang hadir adalah daripada pelajar2 sekolah. Agak sesuailah kerana memang forum ini ditujukan kepada golongan remaja yang akan meningkat dewasa. Bagiku, forum2 seumpama ini wajar diteruskan bagi mengulas isu2 semasa memandangkan terlalu banyak cabaran remaja darsawarsa ini. Pada hari ini, seperti yang kita lihat, statistik pembuangan bayi meningkat dari hari ke hari. Beginilah jadinya sekiranya hidup tidak berlandaskan apa yang disyariatkan oleh Allah swt. Hidup dengan tiada tujuan dan matlamat, hanya untuk meraih nafsu semata-mata. Agak dangkal fikiran mereka. Mereka lalai dan larut di dalam dunia yang hanya permainan semata-mata. Mereka lupa dengan apa yang difirmankan Allah di dalam al-Quran:

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS. Al-Hadid: 57)

Tatkala kehidupan dunia diukur dengan ukuran duniawi dan timbangan duniawi, tampaklah pada mata dan rasa sebagai sesuatu yang besar dan mencengangkan. Namun, tatkala diukur dengan timbangan alam nyata dan ditimbang dengan timbangan akhirat, tampak sebagai sesuatu yang hina dan tidak bererti.

Hasil daripada itu, larangan Allah diabaikan. Sang lelaki bijak dengan taktiknya, manakala sang perempuan terus cair dengan pujukan sang lelaki. Ya Allah, mengapa semurah itu sang perempuan meletakkan maruah dirinya? Jauhkan aku dari semua itu..Islam datang menaikkan taraf dan harga diri wanita, namun mereka sendiri yang tidak menghargainya. Hasilnya, berlakulah perkara yang dikeji Allah dan RasulNya iaitu perbuatan zina. Adakah semudah itu? Dalam dunia sekarang pun berlaku seumpama ini, bagaimana pula di hari-hari mendatang??Bagaimana harus aku menghadapi hari2 mendatang?Bayi yang suci dan tidak berdosa dibuang merata2 seolah-olah mereka tidak layak untuk hidup. Kadang-kadang menitis air mataku melihatkan bayi yang tidak berdosa dibunuh oleh tangan ibunya sendiri. Begitulah sekiranya hidup tidak berlandaskan agama. Semua menjadi rosak, kacau-bilau, dan hancur.

Ayuh sahabat2 ku, perkemaskan ilmu di dada, mantapkan jiwa rohani kita, jaga hubungan dengan Pencipta, jaga dirimu sebaik2-baiknya, kerna kita adalah sebaik2 kejadian. Mengapa pula kita ingin meletakkan diri kita sebagai seburuk2 kejadian??!

Renungan dari firman Allah swt di dalam surah at-Tin ayat 4-5 yang bermaksud :

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.




This entry was posted on 12:12 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment