Di dalam surah Al-Baqarah ayat 3 telah menyatakan tiga golongan manusia yang beruntung..Yang mana mafhumnya.."mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada meraka.."tiga golongan inilah merupakan golongan yang dikatakan golongan mereka yang bertaqwa seperti yang dikatakan oleh ayat sebelumnya..
1) Beriman kepada perkara ghaib merupakan asas untuk kita beriman kepada Allah..kenapa?Ini kerana sekiranya kita tidak beriman, kita tidak akan percaya akan kewujudan Allah, syurga dan neraka, dosa dan pahala, hari akhirat dsb..Pada hakikatnya, dunia akan menjadi kucar kacir jika manusia tidak percaya akan perkara ghaib.
2) Solat merupakan 'imad al-din dan juga merupakan rukun Islam yang kedua..Malah yang membezakan seseorang Islam dengan kafir ialah solat.Barangsiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agamanya, manakala barangsiapa yang meninggalkan solat, dia telah meruntuhkan agamanya..sanggupkah kita meruntuhkan agama Islam itu sendiri..Dalam satu hadis, ketika para sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Apakah amalan yang paling afdhal, ya Rasulullah?" Rasulullah saw menjawab, "Solat pada waktunya"..Para sahabat bertanya lagi, "Apa lagi ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Taat kepada ibu bapa".. Para sahabat bertanya lagi, "Apa lagi, ya Rasulullah?"Rasulullah menjawab,"Berjihad fi sabilillah"..Berdasarkan hadis ini, begitu tinggi darjat bagi orang yang mendirikan solat pada waktunya.
Semoga kita berada dalam golongan orang2 yang mendirikan agamaNya dengan melaksanakan solat pada waktunya..Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk melaksanakan solat pada waktunya..Walau sesibuk mana pun kita, jangan sesekali meninggalkan solat.
3) Orang yang meninfakkan sebahagian hartanya juga termasuk golongan yang bertaqwa..Jika kita perhatikan, kenapa Allah menyatakan sebahagian?Bukannya keseluruhan?Ini kerana jika Allah mengatakan keseluruhan, manusia tidak akan mampu buat atau tidak ramai yang mampu melakukannnya..Maha Pengasih Allah kerna Dia memudahkan manusia untuk melakukan amal soleh..Allah telah berjanji akan mengganti balik apa yang disedekahkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah Saba' ayat 39, yang bermaksud," Dan apa yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik..
Serba sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat..Wallahua'lam..
This entry was posted
on 7:38 PM
and is filed under
Perkongsian Ilmu
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.