Pemergian Tok Ayah..  

Posted by: ~princess Islam~ in

Assalamualaikum wbt..

“Cepat2 la buat rumah, nanti tak sempat ayah nak tengok rumah,” kata Tok Ayah kepada Su Ah yang tengah merancang ingin membuat rumah..

“Temuramah lah semasa Tok Ayah ado ni..”kata Tok Ayah ketika kakakku,Nor, menemuramah Tok Ayah untuk mengambil sedikit biodata Tok Ayah untuk dimasukkan di dalam blog khas Haji Ismail family..

“Misalnya Tok Ayah x dok, kumpul la mcm ni lagi..”pesan tok ayah ketika hari raya taun lepas..menitis air mata Tok Ayah ketika tu..aku terkedu seketika, sedih dengan ungkapan yg dilepaskan dari bibir tok ayah..

Kata-kata itu masih terngiang2 lagi di telinga kami sekeluarga apabila teringat akan Tok Ayah..

Kini, suara tok ayah tidak lagi kedengaran.. Aku masih lagi teringat peristiwa yang bersejarah ku kira yang berlaku pada hari Khamis malam..Iaitu pada 11 Jun 2009, Tok Ayah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir tepat jam 10.17 malam..Pemergiannya sukar untuk kami sekeluarga terima lantaran dialah ketua bagi kami sekeluarga..Sukar juga untuk kami percaya kerana begitu pantas masa berlalu..Namun, sikap redha kepada takdir dalam diri kami mengatasi segala-galanya..

“Cepat2, ayah su suruh pergi tempat tok ayah semua..tok ayah tengah nazak”,kata abang long ketika aku sedang asyik bersama adik2ku di dapur sebelum ketiadaan Tok Ayah..Aku bergegas ke ruang tamu melihat keadaan tok ayah..

Ketika Tok Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir, semua anak cucunya berada di hadapannya melihat pemergian Tok Ayah..Keadaaan suram menyelubungi kami semua..Tetapi, di setiap wajah ahli keluarga kulihat ketenangan sebaik sahaja melihat ketenangan di wajah Tok Ayah..

Kami mengucapkan syukur kerana roh tok ayah diangkat dengan selamat pada malam Jumaat..Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya..Tok Ayah selalu doakan dia mati pada malam Jumaat..Tenyata Allah telah mengabulkan doanya..Satu lagi doa yang dipinta dimakbulkan iaitu Tok Ayah cakap ,”Ayah x se sakit lama2”, katanya takut menyusahkan anak cucu..Masa yang begitu singkat antara tempoh tok ayah sakit dan meninggal..Peristiwa yang terjadi pada hari Isnin lepas kembali hadir di ingatanku..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selepas solat Asar, aku dan mak terus ke rumah tok ayah..Bukan kerana dia sakit, tetapi kerana aku ingin melawat tok ayah yang sudah menjadi rutin kami sekeluarga untuk berkunjung ke rumah tok ayah setiap minggu..Kebetulan, mak aku ingin memenuhi jemputan ke kenduri atas ajakan mok moh(tok sedara)..Sebelum ke tempat kenduri, mak aku meninggalkan aku di rumah tok ayah buat sementara..Semasa aku melangkah naik rumah Tok Ayah , ku lihat Tok Ayah berada di kerusi berehatnya dalam keadaan tak bermaya..namun, dia sedar akan kehadiranku..aku terus bersalaman dengannya dan bertanya khabarnya..katanya tak sihat..nenek aku cakap Tok Ayah demam sejak dua tiga hari ni..Pada masa tu, Tok Ayah dah tak larat untuk berbual panjang dan menyambung tidurnya untuk berehat..Pada jam 6.15 petang, kami dikejutkan apabila nenek aku kata Tok Ayah sakit2..aku terus menuju ke arah tok ayah melihat keadaannya..Keadaannya seolah-olah tidak sedarkan diri..Airmata yang mengalir tidak dapat dibendung lagi..Su Ah(mak sedara),dan Nor terus menelefon kepada mak dan pak sedara aku..dan saudara terdekat..Mak aku yang dalam perjalanan pulang dari tempat kenduri cepat2 memandu selepas mendengar berita ini..Semasa mak aku tiba, kami terus membawa Tok Ayah ke dalam kereta dengan bantuan jiran sebelah untuk dibawa ke hospital USM..Aku hanya tunggu di rumah Tok Ayah dan menunggu berita seterusnya berkaitan kesihatan Tok Ayah..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Setelah berbincang sekeluarga, semua bersetuju Tok Ayah di’simpan’ sebaik sahaja selepas solat Jumaat..Keesokan harinya, ramai yang berkunjung ke rumah tok ayah, sama ada yang dekat atau dari jauh, saudara mara dan orang lain..kunjungan yang tidak henti2 sehingga membanjiri rumah Tok Ayah..

Mak aku cakap, ramai yang datang melawat memuji Tok Ayah..kata orang ,”Tok Aji Ismail ni, dari orang lahir sampailah orang meninggal, dia jaga..”

“Ayah ni bukan setakat Kampung Patek jah dia jaga, malah kampong lain pun dia jaga..”

Mana tidaknya, banyak kebajikan yang Tok Ayah buat, sehinggakan ketiadannya amat dirasai oleh masyarakat sekeliling..

Orang yang hadir menitiskan air mata apabila melihat wajah tok ayah..terukir senyuman di raut wajah Tok Ayah..ku tatap wajah Tok Ayah sepuas-puasnya kerana tidak mungkin selepas ini akan ku tatap wajah itu lagi..

Tok Ayah dimandikan dan dikafankan..Selepas dikafankan, anak cucu diberi peluang untuk mengucup Tok Ayah..berderu-deru anak cucu tok ayah mengucup tok ayah..pada masa tu, air mata kami sekeluarga menitis..aku terasa amat sedih ketika ku mengucup wajah tok ayah, rasa sejuk di wajah tok ayah..sayang untuk ku lepaskan..air mataku tidak henti-henti mengalir..bukan tidak redha, tapi sedih akan kehilangan Tok Ayah yang tak akan lagi ku jumpa orang sepertinya yang bergelar datuk kepadaku..Semua cucu Tok Ayah kecik dan besar, semua menitiskan air mata..malah, kunjungan ketika itu turut sedih menyaksikan semua itu..Semasa Tok Ayah diturunkan, di atas keranda, Ayah Sir melaungkan azan di muka pintu..Syahdu sekali suara ayah sir..Kedengaran Ayah Sir juga dalam keadaan menahan sebak di dadanya..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jenazah tok ayah dibawa ke masjid Kg Patek yang berdekatan dengan rumah tok ayah..Apa yang menyedihkan kami semasa dilaungkan azan, kedengaran suara orang lain yang melaungkan azan..Mana tidaknya, biasanya suara Tok Ayah lah yang kedengaran kerana Tok Ayah merupakan Bilal di Masjid berkenaan..suasana di masjid itu amatlah ramai..Aku dapat lihat sendiri semasa aku ingin menghantar nasi bersama Cik Yah, kulihat tidak cukup runag untuk solat jumaat..malah, dikhabarkan ahli masjid di Masjid Binjai turut hadir untuk solat jenazah untuk jenazah Tok Ayah yg akan dilaksanakan selepas solat Jumaat..begitu sekali penghormatan yang diberikan kepada Tok Ayah..sebaik sahaja selepas solat jumaat, jemaah masjid terus menunaikan solat jenazah kepada jenazah Tok Ayah..setelah itu, orang ramai mengiringi jenazah Tok Ayah ke tanah perkuburan yang berada berdekatan dengan rumah Tok Ayah..aku juga turut ke tanah perkuburan untuk melihat jenazah tok ayah dikebumikan..berduyun2 orang ramai sehinggakan aku tidak ada peluang untuk melihat tok ayah dikebumikan dari dekat..aku hanya melihat dari jauh..jenazah Tok Ayah selamat di’simpan’ pada petang itu..

Ku doakan Semoga roh tok ayah dicucuri rahmat oleh Allah dan mendapat tempat bersama para solihin..Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afinuhu wa’fu’anhu..amin..


This entry was posted on 9:29 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

innalillah....
smoga ditempatkn dikalangan hamba2Nya yg soleh....aamin...
~~salam takziah dr ya...
ya trut mrasa khilangan tok ayh...

Post a Comment