Namun, apa yang perlu kita fikirkan adakah blog kita itu memberi manfaat untuk diri kita atau orang lain..Mula2 nak buat blog,terfikir juga, apa yang aku nak masukkan dalam blog?Namun, bila memikirkan ada juga faedah dengan posting2 yang memberi manfaat sedikit sebanyak, aku tidak akan melepaskan peluang ini..
Lagipun, dakwah fardhiah melalui penulisan ini mesti teruskan untuk mempelbagaikan penyampaian mesej dakwah selain menggunakan lisan..Lagipun, sesetengah orang tidak boleh terima dengan dakwah lisan kita, tapi terbuka hati untuk membaca entry2 yang bermanfaat..
Alangkah eloknya jika kita dapat memanfaatkan masa kita berblog dengan entry-entry yang mempunyai pengajaran,berbanding membazir masa lapang dengan entry tanpa mesej pengajaran yang jelas..Sahabat~sahabatku,teruskan dakwah anda melalui penulisan yang bermanfaat..semoga istiqamah..
Saya berdoa agar ruang yang diwujudkan ini menjadi penambah peluang untuk meraih rahmat dan redha Allah swt dan tidak menjadi beban kita di akhirat kelak..
GAMBAR, BLOG DAN FRIENDSTER
(ni saya petik dari blog Ust Zaharuddin)
"ana rasa anta patut tulis satu artikel berkenaan etika berblog, khususnya blogger wanita muslimah" kata seorang ustaz popular kepada saya semasa menziarahi rumahnya.
Elok juga sebenarnya jika beliau sendiri yang menulis topik itu berbanding meminta saya untuk menulisnya.
Namun memang benar, ada diantara pemilik blog yang tiada menjaga auratnya, dipaparkan gambarnya di rumah yang adakalanya tidak sempurna tutupan auratnya, jika sempurna pun terlalu banyak gambar dirinya sehingga boleh membuat pembaca yang kurang beriman ditarik Syaitan untuk melihat dengan ‘pandangan tembus baju' di setiap gambar-gambarnya di blog, selain itu, banyak juga gambarnya yang sedang duduk dengan pelbagai gaya, malah berbaring.
Selain blog, ruangan facebook dan friendster juga menjadi tempat sumbatan ribuan gambar dengan pelbagai gaya. Padahal berita rasmi sudah memaklumkan bahawa setiap info dan gambar di facebook, adalah hak milik facebook dan tidak boleh dipadam buat selamanya oleh tuan punya gambar.
Justeru itu, berpadalah dan fahamilah, diri ini bukan milik kita, ia milik Allah swt dan tertakluk dengan batas-batasan yang ditentukan Allah swt. Bukan tidak boleh meletak gambar tetapi wajiblah menutup aurat penuh, dalam kedudukan yang sopan dan seterusnya tidaklah pula terlalu banyak sehingga boleh membuka ruang fitnah. Khususnya seorang wanita yang boleh saja seorang lelaki jahat memetik gambarnya lalu dibomohkan.
Setiap pemilik blog sememangnya bebas untuk memuatkan apa jua coretan dan gambar yang mereka sukai, namun mereka juga WAJIB bertanggungjawab untuk meemastikan entrynya tidak menggalakan pembzairan waktu dan masa diri sendiri dan pembaca tanpa mesej jelas. Selain itu, WAJIB pula dijaga dari sebarang komen buruk dan negatif terhadap Islam.Ibn Umar berkata :
Ertinya : "Ilmu itu punyai tiga cabang, al-kitab yang bertkata ( nas alquran), sunnah baginda nabi yang lalu, dan kata-kata "aku tida tahu" ( Uyun al-Akhbar, 5/130 ; Riwayat Al-Khatib secara Mawquf )
Sekian.Wassalam..